Azan Subuh bergema mengejutkan aku dari tidur yang nyenyak. Aku
bangkit dari tidur lantas mencapai tuala lalu memasuki bilik air untuk
membersihkan diri dan bersiap sedia untuk Solat Subuh. Tak seperti hari-hari
lain, Subuh hari ini aku laksanakan seorang diri. Nampaknya aku keseorangan
hari ini. Permulaan hari yang suram ini aku isi dengan aktiviti rutin ku
selepas selesai solat Subuh. Tiada apa yang istimewa mengenai rutin pagi aku
yang aku kira sama seperti insan lain yang seusia dengan aku. Usia? Istilah itu
tiba-tiba membuatkan aku tersenyum keseorangan. YA ALLAH!
Hari ini merupakan hari jadiku yang ke 19. Namun senyuman yang terukir dibibir ku hilang sejurus aku sedar bahawa walaupun hari ini hari jadi aku namun aku tetap kesorangan. Kenangan hari jadiku yang ke 18 melompat ke dalam minda ku lantas membuat ku rasa sungguh kehilangan. Aku rindukan mereka. Namun apa yang berlaku adalah takdir tuhan. Siapalah aku yang berhak mengesali takdir yang ditentukan Ilahi. Seperti awal pagi hari- hariku yang lain, aku mulakan dengan log in akaun facabook aku dengan harapan ada insan-insan yang sudi mengucapkan Selamat Hari Jadi di dinding Facebook ku.
Hari ini merupakan hari jadiku yang ke 19. Namun senyuman yang terukir dibibir ku hilang sejurus aku sedar bahawa walaupun hari ini hari jadi aku namun aku tetap kesorangan. Kenangan hari jadiku yang ke 18 melompat ke dalam minda ku lantas membuat ku rasa sungguh kehilangan. Aku rindukan mereka. Namun apa yang berlaku adalah takdir tuhan. Siapalah aku yang berhak mengesali takdir yang ditentukan Ilahi. Seperti awal pagi hari- hariku yang lain, aku mulakan dengan log in akaun facabook aku dengan harapan ada insan-insan yang sudi mengucapkan Selamat Hari Jadi di dinding Facebook ku.
Senyuman kembali
terukir, 302 notifikasi! Alhamdulilah! Masih ada insan yang mengingati hari
jadi aku. Walaupun aku sedikit musykil sama ada mereka ikhlas mengucapkan
selamat pada aku ataupun sekadar respon kepada peringatan pada dinding Facebook
mereka, namun aku buang jauh-jauh fikiran tersebut agar aku tidak terus
murung di hari jadi ku ini. Selepas selesai membalas beberapa ucapan selamat
hari jadi yang aku termampu untuk balas, cawan pemberian abang ku, aku capai
lantas menyediakan secawan milo kegemaran aku. Sambil menikmati keenakan rasa
coklat yang membasahi lidahku, ucapan Selamat Hari Jadi terus menghiasi dinding
Facebook dan telefon bimbit ku. Dalam kesibukan aku melayani ucapan
selamat kepada ku, satu mesej muncul di Facebook ku. Ia dihantar oleh seorang
hawa yang aku tidak aku kenali. ‘Boleh kita berkenalan?’ Aku tersenyum lantas
membalas, ‘cliché nye ayat U ni...
But no thanks I belum ready la nak ade ape-ape dengan mane-mane gurls’. Dengan
pantas dia membalas, ‘SOMBONG!’ lalu appear offline. Hmmm.. aku bukan
jual mahal atau sombong seperti yang dikatakan olehnya Cuma ade sesuatu tentang
diriku yang lain dari lelaki lain. Lamunan aku memikirkan rasa bersalah kepada
gadis tersebut terganggu dengan panggilan telefon dari sahabat karibku, Izman
Ibrahim. Mungkin kerana nama daddy sama dengan nama ayah Izman, aku rapat
dengannya seperti adik-beradik. Dia mengingatkan aku untuk tidak lewat ke kelas
hari ini kerana ada presentation dan test yang perlu aku tempuhi.
Selepas ketiadaan keluargaku, dialah yang sering membantu aku menjalani
kehidupan aku seharian.
Aku tinggalkan
Facebook ku dan mencapai kunci kereta dan beg lalu keluar rumah untuk ke kolej
yang terletak tidak jauh dari rumah peninggalan keluargaku yang aku diami.
Sebaik sahaja tiba di kolej, pintu kereta ku dibuka oleh Izman. Happy Birthday,
bro! Itulah ucapan pertama beliau selepas
dua minggu kami tidak berjumpa kerana aku mengambil cuti atas peristiwa
yang aku tak mahu disebut-sebut lagi. Aku tersenyum lalu memeluk erat tubuhnya
yang segak seakan Fahrin Ahmad. ‘Thanks, Bro! U are my one and only one BFF!’
kataku padanya. Aku berjalan bersamanya menuju ke kelas. Dalam perjalanan
menuju ke kelas, aku terlihat kelibat gadis yang menghantar mesej yang cliché
pada ku pagi tadi. Aku ingin menegurnya dan meminta maaf atas kedinginan
aku terhadapnya dalam Facebook. Namun niatku tidak tercapai sebaik
sahaja bahuku tiba-tiba ditepuk oleh seseorang. Aku toleh ke belakang lalu aku
lihat Dr. Razman, lecturer aku yang mengajar aku subject account semester
lepas. Senyuman terukir di wajahnya lalu memeluk sambil berkata ‘Malam ni cam
biase ye, I miss U la’. Perasaan aku tak dapat digambarkan ketika itu. Selepas
dia melepaskan tubuhku aku menjawab. ‘Okay, sir! I miss U too.’ Dr Razman
meninggalkan aku dengan kenyitan mata yang dia selalu buat kepada
pelajar-pelajar lelakinya yang lain sambil meninggalkan sesuatu di tangan ku.
Sampul surat tertulis wang saku. Aku buka sampul surat tersebut dan mendapati
wang sejumlah RM 2000 terkandung di dalamnya. Aku melihat Dr Razman berlalu
pergi. Lamunanku tersentak dengan gesekan bahu Izman. ‘Cepat la, kite dah
lambat ni’. Gadis tadi hilang dari pandangan mataku. Aku bergegas ke kelas
bersama Izman.
Sebaik sahaja aku
sampai di pintu kelas, aku dikejutkan dengan tepukan gemuruh course mates ku
yang kemudiannya menyanyi kan lagu selamat hari jadi kepada ku. Sunggu bertuah
rasa diri ini dihargai oleh orang yang berada disekeliling aku. Sebelum
lecturer masuk, aku sempat mengajak semua coursemates aku untuk makan tengah
hari secara percuma di restoren kakak ku yang kini aku menjadi pemiliknya sejak
peristiwa yang aku tak mahu bercakap dengan sesiapa. Kelas bermula dan berakhir
dengan baik pada hari tersebut. Aku dapat membuat presentation yang baik dan
menjalani test dengan lancar. Aku bersyukur walaupun hariku bermula
dengan murung tapi menjelang tengah hari aku rasa sungguh gembira. Sebaik
sahaja habis kelas pada jam 1 petang, aku menuju ke kereta untuk pulang ke
rumah. Sebaik sahaja aku sampai di kereta aku menjumpai nota diselitkan dibawah
wiper keretaku. Aku menjangkakan itu adalah satu lagi ucapan hari jadi
kepadaku. Namun sangkaan aku meleset. Rupa-rupa itu adalah nota yang aku yakin
ditinggalkan oleh gadis yang menghantar mesej kepadaku awal pagi tadi kerana
tertulis pada nota tersebut, ‘U ingat U kaya, ramai suka kat U, U boleh sombong
dengan orang lain.’ Sungguh aku tidak menyangka kedinginan aku terhadap gadis
tersebut betul-betul mengguris perasaan gadis tersebut. Aku mengambil nota
tersebut dan menyimpanya dalam beg. Kunci kereta aku keluarkan lalu aku
menghidupkan enjin dan berlalu meninggalkan kolej.
Dalam perjalanan
pulang, aku teringat bahawa aku mengajak coursemates ku makan di restoran kakak
aku. Tak manislah jika aku tidak muncul di sana dan melayani mereka semua. Dari
jauh aku lihat, restoran tersebut penuh dengan pelanggan. Alhamdulillah! Di
celah-celah kesibukan suasana aku terlihat coursemates sedang begitu selera
menjamu selera. Aku rasa gembira kerana dapat membuat sesuatu bagi membalas
ingatan mereka terhadapku sempena hari jadi aku. Course matesku selesai menjamu
selera kira-kira jam 3 petang. Mereka pulang dengan memberikan aku beberapa
bungkusan hadiah. Ada yang besar, ada yang kecil. Namun aku tidak menentukan
keikhlasan course matesku berdasarkan hadiah yang mereka berikan. Aku menerima
semua hadiah dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Dengan bantuan pekerja
restoran, semua hadiah dimasukkan ke dalam keretaku. Aku memilih untuk tidak
tinggal lama di restoran tersebut kerana aku tidak mahu terus merindui kakakku
yang selalu meluangkan masa di situ.
Sebelum aku pulang
ke rumah, aku singgah sebentar di surau berdekatan rumahku bagi menunaikan
Solat Zohor yang sebenarnya sudah agak lewat. Aku tidak mahu solat bersendirian
lalu aku berharap aku dapat menunaikan Solat Zohor berjemaah agar aku tidak
berasa keseorangan. Alhamdulilah. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam surau, ade
jemaah sedang menunaikan solat. Aku sertai jemaah mereka pada raakaat yang
kedua. Sebaik sahaja aku selesai menunaikan solat, Imam surau menegurku dan
mengucapkan takziah kepadaku atas apa yang memimpa aku tidak kurang dua minggu
yang lepas. ‘Sejak perstiwa tu, jarang Pak Imam nampak Kamal datang berjemaah
di sini.’ katanya padaku. Aku memandang wajah Pak Imam dan entah kenapa air
mata mula mengalir di wajahku. ‘Kamal rindu keluarga Kamal, Pak Imam.’ Tanpa
banyak bicara Pak Imam memeluk erat tubuhku. Air mataku berhenti mengalir. Pak
Imam berpesan jika rindukan keluarga sedekahkanlah Al-Fatihah kepada mereka.
Pak Imam berlalu meninggalkan surau. Aku terlihat sesuatu yang kembali membuat
aku rindu kepada keluargaku. Ianya kain pelekat abang aku yang dia tertinggal
sebelum peristiwa itu berlaku. Aku mengambil kain pelekat tersebut dan
membawanya pulang.
Setibanya di
rumah, kesunyian dan kemurungan kembali menghantui aku. Tiada sesiapa di rumah.
Tidak seperti hari-hari lain sebelum ini, sebaik sahaja aku pulang, mum akan
menyambutku di pintu dan menyediakan minuman petang. Kemesraan dan kehangatan
layanan seorang ibu itu memang tidak dapat aku lupakan. Namun semua itu tinggal
kenangan. Aku mengeluarkan hadiah hari jadiku dan meletakkannya dalam bilik.
Selepas selesai meletakkan hadiah di dalam bilik, azan solat Asar pula
berkumandang. Aku dengan segera mengambil wuduk dan menunaikan solat Asar. Aku
memilih untuk tidak ke surau lalu aku solat bersendirian di rumah. Selepas
solat biasanya aku akan ke gelanggang futsal. Tapi hari ini aku lebih selesa
melayan perasaan sambil menonton televisyen. Tapi aku sedari aku tertidur di
depan televisyen. Izman yang mengejutkan aku dari tidur. Sejak ketiadaan
keluargaku di rumah Izman sering datang ke rumah malah dia juga memilik kunci
rumahku. ‘Macam mane plan ko dengan Dr Razman ko malam ni, Kamal? Jadi ke? Aku
tengok ko ni cam nak demam je’ Izman mengingatkan aku pada janji yang aku buat
yang aku ingin berjumpa dengan Dr Razman malam ini. ‘Boleh tolong aku, ko
tolong call dia kate aku demam, malas la pulak nak jumpa dia malam ni’ pinta ku
kepada Izman. ‘Tak kecik ke hati sugar daddy ko tu nanti r? ‘ tanye Izman
kepada ku. Aku berlalu masuk ke dalam bilik sambil berkata ‘please, aku tak
larat la’. Izman membalas permintaan aku dengan gurauan yang agak kasar, ‘ Ko
ni mengandung anak Dr Razman ke ape? Dah pucat macam orang mengandung! Hahaha!’
Aku tidak menghiraukan gurauanya lalu masuk ke dalam bilik. ‘La merajuk ke?
Yela aku tolong bohong sunat kat Dr kesayangan ko tu ye’. Aku juga menghiraukan
gurauan itu.
Aku baring di atas
katil sambil memerhatikan kipas yang berpusing perlahan seakan memahami
perasaanku yang sedang murung ini. Sebelum aku terlelap, tiba-tiba aku
mengucapkan Selamat Hari Jadi Kamal Ibrahim! Sambil tersenyum dah kemudian
melayari mimpi yang belum tentu indah. Selamat Malam Mum, Daddy, Along dan
Angah!
No comments:
Post a Comment