Pagi ini aku bangun sedikit lewat kerana hari ini hari minggu dan
aku tiada kelas untuk dihadiri. Pak Cik Azam yang mengejutkan aku dari tidur.
Aku bangun lantas menuju ke bilik air selepas menyedari aku hampir terlepas
solat subuh. Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakkan remaja apabila tiba
hari minggu akan bangun dan lewat solat
subuh. Selepas solat subuh aku bersarapan dengan Pak Cik Azam. Semasa sarapan
Pak cik Azam memberitahu dia akan keluar hari ini untuk menyelesailkan beberapa
urusan. Aku kira jika Pak Cik Azam keluar, akku pasti akan keseorangan di
rumah. Tetapi tidak mengapa kerana hari ini hari minggu dan aku hanya mahu
berehat dan tidur sahaja di rumah. Pak Cik Azam yang sudah siap berpakaian
formal mencapai beg bimbitnya dan sempat
berpesan kepada aku,
‘Jaga diri elok-elok kat rumah, Jangan bawa perempuan pulak pak cik keluar ni.’ Aku tahu Pak Cik Azam sekadar mengusik aku di pagi hari. Tinggal aku seorang di rumah. Aku menghilangkan kebosanan dengan membuat sikit kerja rumah yang selama ini banyak dibuat oleh Pak Cik Azam sepanjang dia berada di sini. Basuh baju, mop lantai, mengemas ruang tamu, membuang smapah, memasak dan lain-lain kerja rumah cukup membuatkan masa pagi aku terisi dengan penuh bermakna. Selepas makan tengah hari dan solat zohor, aku berhasrat untuk tidur sebentar untuk menghilangkan kepenatan aku memerah keringat membuat kerja rumah.
‘Jaga diri elok-elok kat rumah, Jangan bawa perempuan pulak pak cik keluar ni.’ Aku tahu Pak Cik Azam sekadar mengusik aku di pagi hari. Tinggal aku seorang di rumah. Aku menghilangkan kebosanan dengan membuat sikit kerja rumah yang selama ini banyak dibuat oleh Pak Cik Azam sepanjang dia berada di sini. Basuh baju, mop lantai, mengemas ruang tamu, membuang smapah, memasak dan lain-lain kerja rumah cukup membuatkan masa pagi aku terisi dengan penuh bermakna. Selepas makan tengah hari dan solat zohor, aku berhasrat untuk tidur sebentar untuk menghilangkan kepenatan aku memerah keringat membuat kerja rumah.
Aku baring di atas
katil dan mula melelapkan mata. Tidak sampai 2 minit aku melelapkan mata,
telefon bimbit ku berdering. Argh! Ada sahaja yang mengganggu di saat aku
sedang berehat. Namun aku yakin bukan aku sahaja yang pernah mengalami situasi
seperti ini. Aku lihat pada paparan skrin telefon bimbit tertera ‘Pejabat
Restoren’. Aku membetulkan nada suara aku suapaya tidak kedengaran seperti aku baru bangun dari tidur. ‘Selamat
petang,Kamal. Kak Yati ni. Hari tu Kamal ade cari pekerja perempuan kan? Ni ada
seorang perempuan datang minta kerja. Saya dah minta dia tunggu di pejabat.
Kamal nak datang sini ke atau nak Kak Yati yang uruskan?’ ujar salah seorang
pekerja restoren. Aku kira sekarang ini aku adalah pemilik restoren tersebut,
jadi menjadi tanggungjawab aku untuk menguruskan hal pekerja termasuklah
pengambilan pekerja. ‘Kak Yati pesan dekat dia suruh tunggu dalam 15 minit
nanti Kamal sampai.’ Balas aku lalu menamatkan perbualan telefon tersebut. Aku
bersiap-siap untuk menuju ke restoren.
Ini adalah kali pertama aku mengambil pekerja sejak aku menjadi pemilik
restoren tersebut. Jadi aku tidak begitu arif tentang soalan-soalan yang akan aku
tujukan kepada bakal pekerja baru aku itu.
Sepaanjang
perjalanan aku menuju ke restoren aku berlatih seorang diri di dalam kereta
supaya di depan bakal pekerja baru aku itu nanti aku boleh kelihatan seperti
pemilik restoren yang berwibawa. Agak lucu memikirkan seawall umur aku 19 tahun
ini aku sudah boleh menemu duga orang lain untuk mencari pekerjaan. Lazimnya,
remaja seusia akulah yang ditemuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Kerana itulah
aku sedikit gugup untuk menemu duga
bakal pekerja aku yang aku tidak tahu siapa. Adakah lebih tua atau seusia
dengan aku? Adakah dia cantik atau tidak? Adakah dia orang yang yang aku kenal?
Pelbagai persoalan bermain di minda aku. Setibanya aku di restoren aku cuba
menenangkan diriku. Sepatutnya yang ditemu duga yang berasa gugup. Namun kali
ini aku kira pernyaataan itu salah. Sebelum aku masuk ke dalam pejabat, aku
berjumpa dengan Kak Yati untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai bakal
pekerja baru tersebut. Kak Yati bakal pekerja baru tersebut merupakan pelajar
di kolej aku. Aku berasa sedikit lega sekurang-kurangya beza umur aku dengan
bakal pekerja baru tidaklah terlalu jauh berbeza jadi tidaklah aku berasa
begitu jangkal untuk menemu duga.
Aku membuka pintu
pejabat dengan perlahan. Ya Allah! Rupa-rupanya gadis cliché yang
menunggu untuk ditemuduga. Aku kira inilah sebab dia datang ke restoren semalam
bersama fail biru yang berada di atas meja yang dia gunakan untuk memukul aku
semalam. Seluruh perasaan gugup aku hilang dan berganti dengan perasaan marah
akibat disiram dengan air minuman aku semalam. Aku masuk lantas berkata,
‘Mana-mana I pergi mesti ade U kan? U ikut I ke? Ape masalah U ni? Gadis cliché
yang tidak tahu aku adalah pemilik restoren tersebut dan bakal menemu duganya
bertindak memarahi aku kembali, ‘Eh, awak yang ikut saye kan? Saye nak mintak
kerja kat sini, awak pun nak kerja kat sini, pergi la cari kerja kat tempat
lain!’ Wow. Yang ditemuduga memarahi penemu duga. Jarang berlaku. Aku ingin
sahaja memberitahu kepada gadis cliché tersebut yang aku adalah pemilik
restoren ini namun tiba-tiba idea yang sangat bernas muncul di minda aku. ‘Ok
fine! U nak keje sangat kat sini kan? U keje la. I tak ingin nak keje sama-sama
dengan U la!’ Aku keluar dari pejabat dan berjumpa kembali dengan Kak Yati. Aku
meiminta Kak Yati memberitahu gadis cliché tersebut yang pemilik
restoren tidak dapat datang dan dia diterima kerja di sini mulai hari esok. Aku
kira inilah peluang terbaik untuk aku mengenakan gadis cliché yang
sering kali menyakitkan hati aku apabila dia menjadi pekerja aku.
Selepas beberapa ketika
Kak Yati memasuki pejabat, mendengar jeritan gadis cliché, YES! Lantas
gadis cliché itu keluar dari pejabat. Aku cuba untuk menyembunyikan
dirku agar tidak dilihat oleh gadis cliché.Namun aku tidak berjaya.
Gadis cliché meluru ke arah aku nak menunjukkan surat penerimaan
bekerja. ‘Saye dah dapat kerja kat sini. Awak dapat? Kan pemilik restoren nak
sorang je pekerja baru. Lagipun dia cari pekerja perempuan. Of course la saye
yang dapat!’ Lagak gadis cliché itu memualkan aku. ‘Ala, sebab u
perempuan je U dapat kerja sini. Tu je. Bukan sebab U cantik ke ape.’ Balas aku
kepadanya. ‘Lantakla awak nak cakap ape
pun yang penting, saye yang dapat kerja kat sini!’ kata gadis cliché itu
lalu pergi meninggalkan aku dengan penuh senyuman kemenangan. Tapi sebenarnya
senyuman kemenangan itu milik aku. Andai gadis cliché tahu bahawa
sekarang kini dia bergelar pekerja aku, sudah tentu dia akan berhenti kerja
serta merta. Aku tidak boleh biarkan itu terjadi kerana rancangan aku untuk
mengenakan gadis cliché itu akan gagal. Aku yang tadinya datang ke
restoren dengan perasaan gugup, kini bagai mahu melonjak gembira kerana
akhirnya aku punya peluang untuk membalas semua perbuatan gadis cliché kepada
aku termasuklah memalukan aku di depan orang ramai. Bermacam-macam rancang
sudah bermain di fikiran aku.
Hari minggu aku yang sepatutnya aku berehat di
rumah selepas penat berada di kolej, berakhir menjadi hari yang begitu
memenatkan. Hari ini seperti biasa aku akan ke kolej untuk menghadiri kelas.
Pagi ini Pak Cik Azam tidak menyediakan sarapan. Penat barangkali terpaksa
bekerja di hari minggu. Aku kira untuk dibandingkan kepenatan hariku semalam
tidak sama dengan kepenatan yang dialami oleh Pak Cik Azam sehingga sekarang
masih belum keluar dari bilik tetamu. Maih tidur barangkali. Sarapan pagi ini
cuma roti dan milo. Syukurlah dengan apa yang ada. Aku tidak mengejutkan Pak
Cik Azam dari tidur. Sepanjang Pak Cik Azam berada di sini ini kali pertama Pak
Cik Azam bangun lewat. Aku meninggalkan rumah untuk ke kolej. Pagi ini tanpa
bersalam dengan Pak Cik Azam. Di kolej, aku menghadiri kelas seperti biasa.
Cuma hari ini aku tidak lihat kelibat Dr Razman di mana-mana. Biasanya waktu
makan tengah hari dia ada di kafe. Entah mengapa aku merasakan hari ini orang
yang berada di samping aku menghilang seketika. Sedang asyik memikirkan
ketiadaan Dr Razman, aku terlihat dari jauh gadis cliché juga menuju ke kafe. Aku
memilih untuk tidak mencari gaduh dengannya. Bukan apa, aku kira lebih baik aku
melepaskan geram aku terhadapnya di restoren nanti. Maklumlah hari ini hari
pertama gadis cliché bekerja di restoren aku. Tetapi apabila aku lihat
riak muka dan gayanya yang riang dan gembira dari biasa membuatkan aku rasa
sedikit ragu-ragu untuk meneruskan rancangan aku terhadap gadis cliché.
Ada sesuatu tentang gadis cliché hari ini yang membuatkan dia nampak
lain. Barangkali gadis cliché gembira kerana dapat bekerja di restoren
aku. Mungkin dia benar-benar memerlukan wang buat masa dan berita dia diterima
bekerja benar-benar mengembirakannya. Sedang asyik aku memikirkan mengenai
gadis cliché, bahu aku ditepuk dari belakang. Izman tersenyum. Aku kira
aku sudah tahu apa yang ingin Izman katakan. ‘Dari tadi aku tengok ko asyik
perhatikan budak tu. Takkan baru langgar semalam dah jatuh hati bro? Dia yang
jatuh atas lantai, kau jatuh hati kat dia?’ Izman tak berubah dengan
perangainya yang asyik mengusik aku. ‘Mana ade. Giler aku jatuh hati kat gurl
cam tu. Dah la macam lelaki. Pukul orang sini sana.’ Balas aku kepada Izman.
‘Tapi bukan ko suka lelaki ke? Tu Dr Razman tu apa?’. Izman terus mengusik
aku.‘Itu lain la, bro!’ jawapan mudah aku kepada Izman. Aku tahu lagi banyak
jawapan aku, lagi banyak coleteh Izman.
Petang ini aku
datang ke restoren agak lewat. Sengaja. Tidak mahu gadis cliché menyedari
aku terlalu banyak meluangkan masa di
situ. Setibanya di restoran, aku lihat gadis cliché sudah mula bekerja.
Agak kekok tapi rajin. Cara gadis cliché melayan pelanggan begitu
berbeza dengan cara layanannya terhadap aku. Siapa sangka singa kolej yang
asyik memukul orang sini dan sana dengan
failnya boleh menunjukkan sikap yang berbeza bila berkerja. Tindak tanduknya
hari ini membuatkan aku seperti tidak pernah berjumpa dengan gadis cliché
sebelum ini. Tiba-tiba sesuatu dilempar ke atas meja aku. Menu! Gadis cliché
berdiri di sebelah aku. ‘Awak lagi kan? Nak kacau saye keje? Cepat nak
makan apa? Saya ada banyak pelanggan lain nak layan ni! Keras sungguh
layanannya terhadap aku. Aku sangka gadis cliché sudah berubah.
Rupa-rupanya masih sama. ‘Eh U ni tak boleh cakap elok sikit ke? I report kat
manager tempat ni baru U tau’. ‘Suka hati saya la. Awak tu asyik menghabiskan
duit mak bapak je. Orang kaya kan? Cepat la nak ape? Gadis cliché terus
menerus dengan sikap singa kolejnya. ‘Mak bapak U jangan main ok! I tak minta
duit U pun. Duit mak bapak I suka hati I la, rupa macam jantan ada hati nak
nasihat orang lain’ aku membalas keras kepadanya. Pekikan aku membuatkan gadis cliché
terdiam. Tiba-tiba dia menunduk ke bawah dan seaakan-akan mahu mengalirkan air
mata. Aku tidak tahu kata-kata agak terlalu kasar terhadapnya. Kak Yati
tiba-tiba muncul entah dari mana dan menyuruh gadis cliché masuk ke
dalam dapur. Kak Yati kemudiannya berkata kepada aku dengan lembut, ‘Perempuan
walau keras mana pun di luar, tapi di dalam memang lembut, Kamal. Tak pe Kak
Yati settlekan dia. Kamal nak apa-apa tak? Kak Yati buatkan.’ Kata-kata Kak
Yati membuat aku rasa begitu bersalah. ‘Tak pe la Kak Yati. Saye balik dulu.
Penat’ alasan mudah aku berikan kepada Kak Yati untuk melepaskan diri dari
situasi yang agak janggal itu. Aku terus
bangun dan meninggalkan restoren dengan perasaan yang bercampur baur.
Aku kah yang
bersalah? Layanan gadis cliché yang begitu dingin terhadap aku
mengingatkan aku pada saat mula-mula aku kenali gadis cliché. Aku juga
pada mulanya melayan dia dengan dingin. Mungkin ini cara gadis cliché membalas
perbuatan aku terhadapnya dulu. Walaubagaimana pun, jika tidak kerana insiden
tadi aku merasakan gadis cliché tidaklah begitu teruk sebagai PEKERJA
BARU!
No comments:
Post a Comment