Thursday, 3 January 2013

Biarkan Aku Jatuh Cinta Bab 8: Earth Hour

Menjadi kelaziman para pelajar kolej untuk terlibat dalam aktiviti berpersatuan apabila masuk ke kolej. Ada yang berpendapat masuk ke kolej adalah semata-mata untuk belajar dan memperoleh diploma dan ijazah sahaja. Bagi aku pendapat sebegitu memang tidak sepatutnya berada di minda seseorang lagi-lagi pelajar kolej. Aktiviti berpersatuan membantu aku untuk menyibukkan diri dengan perkara yang mendatangkan faedah selain memperbanyakkan kenalan dan belajar cara untuk berorganisasi. Sejak masuk ke kolej banyak persatuan yang tidak ada kaitan dengan kursus yang aku ambil iaitu pengurusan perniagaan. Aku berkecimpung dalam dalam kelab seni lakon, kelab fotografi dan yang paling aku gemari kelab pelancongan. Aku kira bila sebut fasal kelab pelancongan pasti ramai yang teruja membayangkan pergi bercuti di tempat-tempat menarik
di samping kawan-kawan dan insan tersayang. Inilah masanya untuk berjauhan seketika dengan tekanan di kolej. Walaupun aku hanya sebagai ahli biasa dalam kelab ini, aku cuba memberikan komitmen yang begitu baik untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan.. Sejak beberapa tahun yang lalu, Earth Hour telah dilaksanakan dan mendapat sambutan yang begitu baik dari seluruh penduduk bumi. Aku juga tidak terkecuali. Hujung minggu. ini kolej aku juga akan mengadakan sambutan Earth Hour bagi menyatakan sokongan. Peluang bagi menjadi runner program ini tidak aku lepaskan. Meskipun Earth Hour biasanya disambut dengan memadamkan lampu selama satu jam pada waktu malam, tetapi di kolej aku sambutannya sedikit berbeza. Masih mengekalkan konsep memadamkan lampu dan ditambah dengan aktiviti menarik. Tidaklah hanya duduk bergelap menunggu saat lampu dibuka semula. Persiapan harus dilakukan bagi memastikan aktiviti ini berjalan lancar. Hari ini mensyuarat persediaan dan pembahagian tugasan dan kumpulan akan diadakan. Seperti biasa aku selesa bekerja dengan Izman kerana dia rakan aku yang paling rapat dan mudah untuk aku bekerjasama dengannya. Pengarah program memulakan mesyuarat selepas semua runner hadir. Ramai juga yang menawarkan diri sebagai runner. Aku dapat rasakan Earth Hour kali ini akan menjadi sambutan yang paling meriah.. Aku dan Izman mendengar taklimat yang diberikan oleh pengarah program. Pengarah program begitu teliti membentangkan perjalanan aktiviti dan pembahagian tugas. Izman rajin mencatat setiap apa yang dituturkan oleh pengarah program. Maklumlah Izman bimbang tersilap melaksanakan tugas. Kini tiba giliran kumpulan aku dan Izman diberikan tugas. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan dan santapan ringan pada malam itu. Malangnya kumpulan kami kekurangan tenaga runner. Kami diminta untuk mencari seorang lagi runner untuk melengkapkan kumpulan kami. Apabila pengarah program meminta kami untuk mencari ahli perempuan, dalam minda aku hanya terbayang dia. Gadis Cliche. Ini peluang baik bagi aku lebih mengenali gadis cliche. Mesyuarat tamat selepas semua faham tentang tugasan masing-masing. Selepas mesyuarat aku bergegas ke bilik kuliah. Akku terlalu teruja dengan program hujung minggu ini sehingga terlupa aku ada kuliah yang perlu dihadiri. Aku tiba lewat di bilik kuliah. Lecturer sudah memulakan kuliah. Aku masuk dengan senyap dari belakang dan segara mengambil tempat duduk. Nasib menyebelahi aku, lecturer tidak perasan aku hadir lewat. Dalam kuliah aku asyik memikirkan bagaimanakah keadaannya aku dan gadis cliche akan bekerjasama untuk program nanti. Sebaik sahaja habis kuliah aku mencari gadis cliche untuk mengajaknya menyertai kumpulan aku. Sebelum sempat aku menelefon gadis cliche, dia sudah muncul di hadapan aku. "Panjang umur. I baru nak cari U." Aku sedikit terkejut melihat gadis cliche muncul entah dari mana. "Izman yang cakap awak cari saya. Kenapa? Rindu ke?" Gadis cliche tersenyum sambil meninggikan keningnya. "Eh, merepek la U ni. I nak U team up dengan I untuk program hujung minggu ni. Okay?". Aku sungguh berharap gadis cliche mengatakan ya. Umpama mengajak gadis untuk keluar makan malam. "Erm, saya buzy la awak. Saya banyak kerja." Gadis cliche menolak pelawaan aku. "Oh ye? Kalau macam tu tak pelah." Agak jelas raut muka kekecewaan aku. Tiba-tiba gadis cliche tertawa kecil. "Tak delah awak. Saya main-main je. Saya jumpa awak ni pun sbb nak volunteer la. Saya suka bab makan-makan ni." Aku terpedaya dengan lakonan gadis cliche. "U ni suka main-mainkan I. Suka la tengok I susah hatikan?" Entah mengapa tiba-tiba aku berkata begitu. "Alah, merajuk ke? Macam perempuan la." Gadis cliche cuba memujuk aku. Manja. "Macam tu, nanti I call U okay?" aku mengubah nada suara. "Okay. Saya tunggu awak call." Gadis cliche berlalu pergi. Entah kenapa aku tiba-tiba tersenyum. Malam ini akan berlangsung aktiviti Earth Hour yang dirancang. Seperti yang dirancang, ,mala ini hadirin semua memakai baju ala zaman dahulu. Aku memilih untuk memakai baju melayu tradisional. Semua AJK bekerja keras bagi memastikan semuanya lancar. Aku, Izman dan gadis cliché turut sama. Alhamdulilah, makanan untuk malam ini telah tersedia. Pandai juga gadis cliché mnghias meja dan susun atur makanan. “Senyum je dari tadi? Dah siap kerja ke?” Izman menyapa aku dari belakang. “Bila ko sampai? Dah siap dah. Pandai tak aku susun? Hehe” Aku cuba berlagak pandai depan Izman. “Alah, bro! Bukan aku tak tau dia yang susun kan?” Izman membalas. Aku hanya tersenyum. “Nak berlagak sikit pun tak boleh. Haha!” “Eh aku tengok ko ngan dia dah semakin rapat. Dia dah tak pukul-pukul kau cam dulu ke?” Izman saja mengusik. “Tak da apa-apalah. Haha!” Aku balas ringkas. “Ko ni dari tadi gelak-gelak je kan.” Izman terus mengusik aku. “Eh, tengok tu, dah sampai masa. Diorang nak tutup lampu dah.” Aku menarik perhatian Izman ke pentas. Suasana semakin meriah saat semua mula menghitung masa untuk menikmati kegelapan malam. “3! 2! 1!”Sorakan ramai dan kini semua lampu di seluruh kampus dipadamkan. Masing-masing memegang lilin di tangan. Cahaya lilin yang menyinari malam sungguh indah. Seperti zaman klasik. Persembahan di atas pentas pun bermula. Alatan muzik tradisional dan moden yang tidak menggunakan elektrik menyerikan lagi suasana. Dari masa ke masa, semakin banyak lilin dan pelita yang dipasang. Aku mencari gadis cliché di sebalik cahaya lilin dan pelita. “Tak datang ke dia malam ni”. Aku merungut sendirian. “Kamal, jom pergi check malanan tu.” Izman mengingatkan kembali yang kami ada tugas malam ini. Aku stand by di bahagian minuman. Izman pula bersama AJK lain di bahagian makanan. Aku mengeluarkan satu per satu cawan dan susun di atas meja. Tiba-tiba ada seseorang yang menghulurkan cawan kepada aku dari belakang. “Awak. Air ni tak sedap la. Reti ke tidak buat air?”. Aku menoleh kebelakang. Seorang gadis yang berpakaian baju kurung lama dengan kain batik di kepala sambil menutup wajah. “Awak sampai jugak! Kesian saya sorang- sorang kat tempat air ni.” Aku tahu si sebalik kain batik itu adalah gadis cliché. “Eh, awak silap orang ni. Saya bukan AJK.” Gadis itu membalas. “Oh, sorry awak!” Muka aku terasa hangat. Malu. Tapi aku yakin dengan keadaan gelap ini tidak ada yang perasan. Gadis itu berlalu pergi. Aku masih lagi menanti kehadiran gadis cliché. Hari semakin lewat dan upacara pembukaan lampu juga bakal berlangsung. Kelibat gadis cliché masih tidak kelihatan. Aku masih menantikan kehadirannya. Izman datang menyapa aku. “Amacam tauke air malam ni? Banyak untung?” “Haha. Mane ade untung kalau percuma.”Aku membalas sambil menghulurkan secawan air kepada Izman. “Dia tak datanng la tu. Dah nak abis dah.” Izman seperti tahu aku sedang menantikan kehadiran gadis cliché. Mungkin betul dia tak datang malam ini tapi mengapa? Suasana kembali meriah di saat lampu kembali dinyalakan. Terang. Mataku sedikit silau. Mungkin kerana dah terbiasa dengan suasana gelap seketika. Namun gadis cliché masih tidak kelihatan di mana-mana. Walaubagaimanapun, malam ini akan menjadi kenangan seperti mana kenangan zaman klasik yang cuba dihidupkan kembali pada malam Earth Hour ini.

No comments:

Post a Comment