Thursday, 8 November 2012

Biarkan Aku Jatuh Cinta Bab 2 : Pusaka


Kini sudah hampir sebulan sejak peristiwa hitam dalam hidupku berlalu. Orang di sekeliling aku sudah mula memulakan kehidupan seperti biasa seakan-akan tidak ada apa yang pernah berlaku. Namun sehingga saat ini aku masih lagi merasakan kehilangan ahli keluargaku. Kesunyian yang menyelubungi diri bagai tiada penghujungnya. Mujur beberapa hari yang lepas, aku menerima panggilan daripada bapa saudaraku, Pak Cik Azam yang mengatakan dia akan menemani aku buat beberapa hari
di rumahku disebabkan dia mempunyai kerja yang perlu diselesaikan berhampiran dengan rumahku. Sekurang-kurangnya apabila aku pulang ke rumah, ada orang yang menemani aku. Ketibaan Pak Cik Azam amat dinanti-nantikan. Walaubagaimanapun, aku masih ingat pesan mummy sekiranya apa-apa berlaku aku mesti kuat dan meneruskan hidup ini. Tidak aku menyangka pesanan itu bukan sekadar pesanan tapi suatu wasiat yang diamanahkan.
            Pagi ini aku bertekad untuk tidak lagi membiarkan kesunyian dan kemurungan ini menghantui diriku selamanya. Aku mula banyak menghabiskan masa di kolej, mengambil jam kredit lebih daripada biasa agar aku boleh menyibukkan diri dengan pelajaran lantas tidak selalu mengingati peristiwa hitam tersebut. Selain itu, aku juga mula menjalankan tugas sebagai pemilik baru restoran yang dahulunya dimiliki oleh kakak. Aku mengubah beberapa perkara di dalam restoran agar restoran tersebut tidak terlalu mengingatkan aku pada kakak. Segala hiasan dan perabut disusun atur semula. Walaupun restoran itu menyimpan pelbagai memori bersama kakak dan keluarga, aku fikir ini adalah yang terbaik bagi aku untuk meneruskan hidup dan melaksanakan wasiat mummy.
            Pak Cik Azam yang dinanti-nanti telah tiba di rumahku. Aku harap dengan kehadiran Pak Cik Azam kehidupan aku akan menjadi lebih baik dan tidak terlalu memikirkan peristiwa yang lalu. Setibanya Pak Cik Azam di rumah, dia mengajak aku ke suatu tempat yang dia enggan beritahu. Rahsia katanya. Elok juga dia mengajak aku keluar sekurang-kurangya aku tidak selalu terperap di rumah. Sepanjang perjalanan, Pak Cik Azam menceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah keluarga mummy daddy. Katanya mummy dan daddy bercinta sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka tidak ubah seperti merpati dua sejoli. Mummy dan daddy tidak pernah menceritakan sejarah perhubungan mereka kepada ku mahupun kepada kakak dan abang. Malu mungkin kali nya. Aku tersenyum mendengar celoteh Pak Cik Azam sepanjang perjalanan ke tempat aku tidak pasti mana tujunya.
            Setelah lebih kurang satu jam perjalanan, Pak Cik Azam memberhentikan kereta di hadapan bangunan yang tersergam indah. ‘Tempat apa ni pak cik? ‘. Pertanyaan aku itu tidak dijawab malah dibalas dengan senyuman sahaja. Pak Cik Azam membawa aku masuk ke dalam bangunan tersebut lalu menaiki lif ke tingkat 8. Sejurus keluar daripada lif, kami disambut oleh seorang wanita berkulit sawa matang dan memakai pakaian seperti peguam. ‘Hai, saya CIk Khatijah, peguam En Ibrahim Bin Ismail.’ Wanita itu tersenyum mesra dan memperlawa kami ke pejabatnya. Kemas dan tersusun penuh dengan fail-fail. Dengan tenang dia mengambil beberapa fail daripada rak yang berkunci dan meletakkanya di atas meja sambil mempelawa kami duduk. Sehelai demi sehelai kertas diselak oleh wanita tersebut. Lalu dia berhenti menyelak pada sebuah kertas berwarna kuning. Dia mengeluarkan kertas tersebut dan meletakkan di hadapanku. Aku masih terpinga-pinga apakah yang ingin disampaikan oleh wanita ini dan Pak Cik Azam.
            ‘En Kamal, baca dokumen ini dahulu kemudiaan saya akan terangkan.’ Kata wanita tersebut sambil menyelak-nyelak beberapa helaian lain dari fail yang ada di atas meja. Aku meneliti kertas kuning yang diberikan kepadaku. Ianya sepucuk surat yang ditulis oleh daddy. Tulisannya yang agak sukar dibaca membuat aku binggung seketika. ‘Sudah selesai, En Kamal? ‘ Aku mengangguk sahaja walaupun aku tidak berapa memahami kandungan surat tersebut. ‘Dalam surat ini ada mengatakan bahawa sekiranya apa-apa berlaku kepada En Ibrahim Bin Ismail, wasiatnya hendaklah dilaksanakan dengan segera.’ Wanita itu seakan mengetahui aku masih dalam keadaan kebingungan. ‘Wasiat? ‘ Tanyaku kembali kepada wanita tersebut. Kali ini Pak Cik  Azam mencelah. ‘Mummy dan daddy Kamal mahu Kamal menguruskan perniagaan mereka sebaik sahaja Kamal tamat belajar nanti’. Wanita itu kemudian menyambung ‘Tetapi sementara En Kamal belum menamatkan pengajian, perniagaan En Ibrahim akan diuruskan oleh adiknya iaitu En. Azam Bin Ismail.’ Pak Cik Azam cuma diam sambil mengangguk setuju. Wanita itu meneruskan penerangannya lagi, ‘Bersama dengan dokumen ini dilampirkan senarai aset di bawah nama En. Ibrahim Bin Ismail dan Pn. Marissa Stage’. Aku mendapati bahawa jumlah aset tersebut melebihi RM 2.3 billion. Terdapat banyak dokumen hartanah yang tidak pernah disebutkan oleh mummy dan daddy semasa mereka masih bersamaku. Aku tidak mengerti mengapa mummy dan daddy menyembunyi aset-aset tersebut daripada pengetahuan aku.
            Wanita itu mengambil kembali dokumen-dokumen tersebut dan meletakkannya di dalam fail dan kembali mengunci fail-fail tersebut dalam rak yang berkunci tadi. ‘En. Kamal tidak perlu risau mengenai semua perkara yang saya tunjukkan tadi’. Segala aset dan perniagaan akan diuruskan dengan baik oleh pihak syarikat dan En Azam Bin Ismail sehinggalah En Kamal tamat pengajian.’ Kata wanita tersebut sambil menghulurkan aku secawan kopi. Aku menghirup kopi tersebut tanpa berkata apa-apa kerana banyak perkara yang bermain di mindaku saat ini. Sementara aku menghabiskan minuman tersebut, wanita tersebut menceritakan mengenai serba sedikit mengenai perniagaan mummy dan daddy. Aku diberitahu bahawa mummy dan daddy merupakan ahli perniagaan yang terkenal tetapi mereka mengasingkan aset mereka di beberapa buah negara Asia dan Eropah atas alasan keselamatan keluarga ku. Pertemuan aku dengan wanita tersebut bagai satu pertemuan yang aku tidak pernah aku jangkakan daripada Pak Cik Azam. Sangkaanku Pak Cik Azam mahu mengajak aku keluar mengambil angin ternyata meleset sama sekali. Sebelum mengakhiri pertemuan tersebut, wanita itu memberikan aku satu beg galas. Katanya ini adalah kepunyaan daddy dan lebih berharga berbanding semua aset-aset lain. Kata-katanya sungguh tidak masuk akal, bagaimana sebuah beg galas boleh berharga lebih RM 2.3 billion!
            Aku menggalas beg tersebut dan meninggalkan pejabat tersebut dengan seribu satu macam perasaan dan perkara yang bermain di mindaku. Jikalau tadi, sepanjang perjalanan menuju ke pejabat tersebut aku tersenyum mendengar celoteh Pak Cik Azam, kini aku hanya mampu diam dan memerhatikan suasana diluar tingkap kereta. Pak Cik Azam cuba memecah kesunyian, ‘kenapa ni Kamal? Kamal asyik diam sejak pulang dari pejabat tadi’. Aku terus mendiamkan diri tidak tahu bagaimana mahu respon kepada pertanyaan Pak Cik Azam. Aku sendiri keliru apa yang sedang aku rasakan. Adakah aku gembira kerana disebalik peristiwa hitam yang berlaku, aku ditinggalkan dengan aset yang tidak akan pernah dapat aku habiskan sepanjang hidupku atau aku merasa terharu atas kerja keras mummy dan daddy selama ini yang tidak pernah mengeluh berusaha mencari mata pencarian agar aku boleh meneruskan hidupku. Tetapi yang pasti aku sedar bahawa kehidupan aku tidak akan sama seperti dahulu lagi. Aku meminta Pak CIk Azam agar merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan sesiapa pun termasuklah rakan karibku, Izman kerana aku bimbang persahabatan yang disemai dengan rasa prihatin dan tanggungjawab bertukar menjadi ketamakan terhadap harta dan wang. Permintaan aku itu dipersetujui oleh Pak Cik Azam.
            Perjalanan pulang ke rumah yang agak janggal itu berakhir, apabila kereta Pak Cik Azam memasuki kawasan rumahku pada saat azan Zohor berkumandang. Pak Cik Azam yang belum lagi mengeluarkan beg pakaiannya dari keretanya sejak tiba di rumahku pagi tadi, hanya banyak tersenyum dari bercakap kepada ku. Pak Cik Azam seakan memahami aku tidak mahu bercakap mengenai perjumpaan tadi buat masa ini. Aku turut membantunya mengeluarkan beg pakaiannya. Tidak banyak barang yang dibawa oleh Pak Cik Azam. Cuma ada sebuah beg pakaian dan sebuah beg computer riba. Aku membawa Pak Cik Azam masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik tetamu yang terletak di tingkat dua. Pak Cik Azam memecah kesunyian dengan berkata, ‘Rumah Kamal tak banyak berubah sejak kali terakhir pak cik datang tahun lepas kan? Cuma agak sunyi tanpa mum, daddy, along dan angah’ Walaupun Pak Cik Azam sedar kata-katanya kembali mengingatkan aku kepada mereka berdasarkan reaksi aku yang diam dan tidak berkata apa-aoa. ‘Pak cik pun rindukan mereka macam mana Kamal rindukan mereka. Pak Cik rasa amat terkilan sebab tidak sempat melawat Kamal sewaktu majlis pengebumian tempoh hari. Pak Cik tak dapat berjumpa dengan mereka buat kali terakhir.’ Kata-kata Pak Cik Azam tiba-tiba terhenti. Aku nampak mata Pak Cik Azam merah seakan mahu mengalirkan air mata tetapi dengan pantas Pak Cik Azam melapkan air mata yang tidak sempat membasahi pipinya. Cermin mata yang dipakainya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Aku yang tadi berasa hanya aku sahaja yang merasakan kehilangan keluargaku kini  merasakan bahawa mungkin Pak Cik Azam lebih merindui mereka daripada aku.
            Pak Cik Azam mengajak aku menunaikan solat Zohor bersamanya. Aku dengan segera meninggalkan Pak Cik Azam sebentar dan menuju ke bilik air untuk berwuduk. Aku sedar sebaik sahaja aku menutup pintu bilik tetamu, Pak Cik Azam kembali mengalirkan air mata menangisi pemergian keluargaku. Aku kira Pak Cik Azam adalah orang yang akan memenangkan aku daripada kesedihan ini akan berubah apabila aku pula yang seharusnya selepas ini membantu Pak Cik Azam menghilangkan kesedihannya. Aku sengaja masuk ke bilik tetamu agak lewat kerana ingin member sedikit waktu kepada Pak Cik Azam untuk melayani perasaannya. Sesaat aku memasuki bilik tetamu, Pak Cik Azam sudah siap sedia dengan baju melayu dan kain pelekatnya sambil tersenym dan mengajak aku solat bersama. Solat Zohor hari ini agak bermakna kerana selepas peristiwa hitam tersebut ini kali pertama aku dapat berjemaah dengan ahli keluarga aku di rumah. Selepas selesai solat Zohor aku bersalaman dengan Pak Cik Azam. Tanganya erat aku genggam dengan niat dapat menghilangkan sedikit rasa sedih di dalam hatinya.
            Petang ini aku ada kelas di kolej. Sebaik sahaja selesai berdoa selepas solat Zohor, aku memberitahu Pak Cik Azam aku akan ke kolej dan akan pulang agak lewat kerana petang ini aku ingin kembali ke gelanggang futsal yang lama aku tidak basahi dengan peluhku sejak peristiwa tersebut. Pak Cik Azam cuma mengangguk dan berpesan ‘Jangan pulang lewat sangat, Malam ini Pak Cik Azam masak untuk makan malam ye’. Aku juga mengangguk dan kembali meninggalkan Pak Cik Azam di bilik tetamu. Aku menuju ke bilik aku dan bersiap-siap untuk ke kelas. Fail dan computer riba aku masukkan ke dalam beg galasku. Sebelum aku meninggalkan bilik aku terpandang beg galas yang diberikan oleh peguam daddy pagi tadi. Jiwakku meronta ingin tahu apakah isi yang terkandung di dalam beg tersebut. Lamunan aku tersentak dengan teguran Pak Cik Azam, ‘Belum pergi kolej lagi?’ Aku tersenyum dan berkata ‘Nak pergi la ni’ sambil menunjukkan kunci kereta kepadanya. Perasaan ingin tahu aku terhadap kandungan beg tersebut aku terpaksa tinggalkkan.
            Aku tiba di kelas agak lewat. Lecturer aku hanya tersenyum dan meminta aku segera mengambil tempat duduk. Selalunya di dalam kelas aku dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kelas, tetapi aku asyik terfikir mengenai pertemuan pagi tadi. Pusaka yang ditinggalkan oleh mum dan daddy kepada aku datang dengan tanggungjawab iaitu menguruskan perniagaan mereka selepas aku tamat pengajian. Mungkin ini sebabnya mum beriya-iya meminta aku untuk meneruskan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan di kolej. Teringat akan tanggungjawab tersebut, aku kembali menumpukan perhatian di dalam kelas. Hati kecil aku kerkata, ‘Demi pusaka dan wasiat mum dan daddy!

No comments:

Post a Comment