Aku masih terfikir mengenai tindakan aku terhadap gadis cliche
semalam. Adakah tindakan aku terhadapnya begitu kasar sehingga membuat dia
hampir menjatuhkan air mata. Aku kira mungkin itu kali terakhir gadis cliche
mahu berbicara dengan aku. Alangkah bagus jika along masih ada. Dapatlah aku
meminta pendapatnya mengenai situasi ini, Along bagaikan romeo semasa di bangku
sekolah dulu. Kata daddy perangai Along sama seperti Pak Cik Azam. Ya! Mengapa
tidak aku minta pendapat Pak Cik Azam mengenai hal ini. Sebut tentang Pak Cik
Azam, sejak pagi semalam aku tidak melihat kelibatnya di mana-mana. Agak aneh.
Sejak dia keluar kelmarin untuk ke tapak pembinaan, dia bagai lenyap begitu
sahaja. Aku mengambil keputusan untuk mencarinya di dalam bilik tetamu. Pintu
tidak berkunci. Aku mengetuk pintu dan membukanya dengan perlahan. Bilik kemas.
Namun tiada sesiapa di dalam. Aku semakin hairan. Adakah Pak Cik Azam tidak pulang ke rumah sejak kelmarin. Pakaian dan beg Pak Cik Azam masih ada di dalam almari. Tidak mungkin Pak Cik Azam sudah pulang ke luar negara tanpa memberitahu aku. Tanpa membiarkan lebih banyak persoalan bermain di mindaku, aku mengambil keputusan untuk menelefon telefon bimbit Pak Cik Azam. Tiada jawapan. Terus ke peti pesanan. Aku semakin risau.
Namun tiada sesiapa di dalam. Aku semakin hairan. Adakah Pak Cik Azam tidak pulang ke rumah sejak kelmarin. Pakaian dan beg Pak Cik Azam masih ada di dalam almari. Tidak mungkin Pak Cik Azam sudah pulang ke luar negara tanpa memberitahu aku. Tanpa membiarkan lebih banyak persoalan bermain di mindaku, aku mengambil keputusan untuk menelefon telefon bimbit Pak Cik Azam. Tiada jawapan. Terus ke peti pesanan. Aku semakin risau.
Pak Cik Azam bukan
seorang yang akan menghilang tanpa memberikan sebarang pesanan. Barangkali
sesuatu telah berlaku pada Pak Cik Azam. Tiba-tiba ku teringatkan Cik Khatijah
iaitu peguam daddy yang juga bekerja bersama Pak Cik Azam untuk menguruskan
harta keluargaku. Hari ini hari pertama dalam semester ini aku tidak menghadiri
kelas tanpa sebab yang dianggap kukuh oleh lecturer iaitu bimbang akan pak cik
yang tidak pulang ke rumah hakikatnya Pak Cik Azam bukan lagi anak kecil yang
perlukan perlindungan. Tetapi kehilangan Pak Cik Azam benar-benar membuatkan
aku risau sehingga aku nekad untuk menuju ke pejabat peguam daddy, Cik
Khatijah. Setibanya aku di pejabat Cik Khatijah, aku dimaklumkan bahawa dia
mengambil cuti dan ada meninggalkan nota buat aku di mejanya. Aku semakin
binggung. Cik Khatijah juga menghilangkan diri seperti Pak Cik Azam. Pembantu
Cik Khatijah menghulurkan nota yang ditinggalkan oleh Cik Khatijah kepadaku
yang juga ditulis di atas kertas berwarna kuning. Sama seperti surat daddy yang
ditunjukkan oleh Cik Khatijah tempoh hari. Cuma kali ini tulisan yang digunakan
agak kemas berbanding tulisan daddy. Aku kira ini adalah tulisan Cik Khatijah
sendiri. Tertulis di situ ''HATI-HATI". Aku semakin hairan. Apakah yang
sedang berlaku. Aku masih ingat lagi kali pertama aku datang ke pejabat ini dan
pulang dengan perasaan yang bercampur baur. Aku kira kali ini pun begitu juga.
Cuma ditambah lagi dengan perasaan risau yang menghantui diri.
Setibanya aku di rumah,
Izman berada di dalam. Menunggu aku di ruang tamu. Aku tahu Izman mahukan
jawapan mengapa aku tidak ke kelas hari ini. Walaupun Izman adalah rakan karib
aku yang paling rapat, aku tidak tahu sama ada aku patut memberitahu hal
sebenar kepada Izman. Tentang harta peninggalan mummy dan daddy, tentang
kehilangan PaK Cik Azam dan tentang nota yang ditinggalkan oleh Cik Khatijah
buatku. Sama ada aku boleh percayakan Izman untuk aku berkongsi perkara ini.
Belum sempat aku membuat keputusan, Izman bertanyakan sesuatu pada aku
"Kau pegi mane tadi? Aku tak nampak kau dalam kelas tadi?" Tanpa
berfikir panjang aku menjawab dengan jawapan mudah yang aku kira sering
digunakan oleh pelajar kolej untuk menjelaskan ketidakhadiran ke
kelas."Aku keluar pergi klinik tadi. Tak sihat sikit ni". Aku tahu
dengan memberi jawaapan sebegitu, aku terpaksa menghadapi situasi yang aku
alami ini sendirian kerana selain Pak Cik Azam dan keluarga aku, dia adalah
orang yang paling rapat dengan aku. Namun dia tetap orang luar yang aku perlu
berjaga-jaga. Bukan apa. Sehingga aku belum boleh betul-betul mempercayai
Izman, biarlah aku seorang yang menghadapi situasi ini. "Kau tak bagitahu
aku pun kau tak sihat, kalau tak aku boleh bawa kau ke klinik, pak cik kau
mane? Tak temankan kau pegi klinik?" Satu lagi pertanyaan Izman yang bakal
aku jawab dengan penipuan. "Dia dah balik dah semalam, ada hal penting dia
kata, jadi dia terus balik." Izman seperti tidak berpuas hati dengan
jawapan aku. "Aku lapar la. Jom pegi kedai. Aku belanja". Aku sengaja
mengubah topik perbualan. "Jom la. Aku dari tadi tunggu kau kat sini.
Bagus la ko nak belanja aku. Duit pun dah tak da nih Hahaha." Balas Izman
terhadap pelawaan aku.Mujur dia tidak mengesyaki apa-apa.
Dari jauh aku lihat gadis cliche sudah berada di restoren. Sibuk
melayan pelanggan. Aku kira walaupun dia sibuk melayan pelanggan dan bekerja
untuk mencari duit lagi beruntung daripada aku yang sejak kebelakangan ini
ditimpa pelbagai peristiwa yang tidak aku duga akan berlaku. Tiba-tiba aku
teringat akan peristiwa semalam.
Buat seketika, kehilangan Pak Cik Azam tidak lagi menjadi persoalan
utama di mindaku. Saat ini aku lebih risau mengenai hal yang berlaku semalam.
Aku sedar kata-kata aku terhadap gadis cliche semalam agak kasar. Aku cuba
membawa Izman untuk ke kedai makan yang lain, tetapi hasrat aku tidak
kesampaian. Langkah keluar aku dari restoren dihentikan oleh orang yang aku
tidak sangka akan berbuat demikian. Gadis cliche memanggil aku dari belakang.
"Awak nak pergi mana? Belum order lagi kan. Cuaca panas ni, Kalau saya
buatkan awak jus tembikai nak tak?" Kata-kata gadis cliche itu betul-betul
membuatkan aku rasa serba salah. Aku tidak mampu untuk menatap wajahnya sejak
aku melemparkan kata-kata yang kasar semalam. "Kiteorang tak minum jus
tembikai, air tebu ade? " Izman tiba-tiba mencelah. "Alah mengada la
korang ni. Duduk la kejap. Saya buatkan." Aku masih tidak boleh berkata
apa. Izman yang seakan tidak ingat perbuatan gadis cliche terhadapnya semalam
terus duduk di meja yang sedang dibersihkan oleh gadis cliche. Aku masih
berdiri di situ. "Awak ni nak duduk ke tak? Kalau tak nak saya buat air
untuk Izman je" Gadis cliche sekali lagi mempelawa aku untuk duduk.
"Eh, nak. Mestila nak". Jawapan aku terhadap pelawaan gadis cliche
agak tersekat-sekat keluar dari mulut ku dek rasa bersalah yang masih berada di
minda. Selepas aku duduk, gadis cliche menunjukkan raut muka yang manis sambil
berkata "Tunggu kejap. Jangan balik pulak". Tindakan gadis cliche
hari ini sungguh aneh. Biasanya dia sungguh kasar terhadap aku. "Kenapa
dia macam tu? Tak macam biasa pun. Pelik la." Aku mengajak Izman untuk
berbicara mengenai tingkah laku gadis cliche. "Kau ni orang buat baik
salah, buat tak baik salah, kau nak dia macam mana lagi?" Izman seperti
benar-benar tidak kisah mengenai kejadian semalam. "Bukan ape. Dia tu baik
semacam. Macam kene rasuk jin aje". Aku masih tidak berpuas hati dengan
tindak tanduk gadis cliche. "Eh kau ni bukan-bukan je". Izman
menyangkal sangkaan aku. Adakah tindak tanduk gadis cliche ade kaitan dengan
Kak Yati. Apa yang Kak Yati beritahu gadis cliche sehingga dia berubah begitu.
Dalam aku sibuk memikir banyak perkara yang berada di minda aku, gadis cliche
kembali ke meja sambil membawa dua gelas air tebu. "Nah, air tebu dua.
Saya buat extra sejuk untuk korang." Gadis cliche menghidangkan minuman
dengan begitu sopan sekali. Izman tiba-tiba mengajak gadis cliche duduk bersama
di meja. "Awak tak penat ke kerja hari ni. Pelanggan pun tak ramai. Duduk
la kejap sembang dengan kiteorang." Argh. Lagi aku ingin mengelak dari
gadis cliche, lagi Izman cuba membuat sesuatu yang mendekatkan kami berdua.
" Boleh la. Lagi pun syif saya dah nak abis dah ni". Gadis cliche
menarik kerusi dan duduk bersama kami. Buat kali pertama aku duduk semeja dengan
gadis cliche. Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan. Tapi aku tak risau, kerana Izman berada
bersama aku. "Kite dah selalu jumpe tapi aku tak tahu pun nama awak?"
Izman bertanyakan sesuatu yang aku sendiri dari dahulu ingin tahu mengenainya.
" Nama saya? Saya ingat awak takkan tanye. Dah sombong semacam. Nak
berkenalan kat facebook pun tak boleh kan". Aku tahu gadis cliche
menyindir tindakan aku tempoh hari menolak permintaannya untuk berkenalan
denganku. Hakikatnya aku bukanlah sombong seperti yang disangka oleh gadis
cliche. Cuma aku tidak bersedia untuk ada apa-apa hubungan dengan mana-mana
perempuan di kolej. Aku mengubah topik perbualan. " U okay ke? Pasal
semalam I minta maaf terkasar dengan U. I betul-betul tak sengaja." Gadis
cliche tersenyum. " Alah okay je. Saje je buat drama semalam. Nak buat
Awak rasa bersalah" Gadis cliche tertawa kecil. Kata-katanya membuatkan
aku lega seketika.
Kami berbual
panjang petang itu. Perbualan bersama gadis cliche tidak seperti yang aku
sangka. Aku kira dia seorang yang sentiasa pemarah. Tetapi kadang kala dia juga
berjaya membuat aku tertawaa dengan jenaka dan celotehnya. Hubungan kami
semakin baik. Tindakan Izman mempelawa gadis cliche untuk duduk bersama, pada
mulanya aku tidak setuju tapi kini akku berterima kasih kepadanya. Jika tidak,
aku tidak akan pernah tahu sikap sebenar gadis cliche yang aku masih tidak.
tahu namanya. Perbualan kami berakhir dengan begitu baik sekali. Aku meminta
Izman menemani aku malam ini. Kehilangan Pak Cik Azam membuatkan rumahku
kembali kosong. Apatah lagi Pak Cik Azam hilang tanpa khabar berita. Disebalik
keseronokkan aku berbual dengan Izman dan gadis cliche, aku tetap risau akan
KEHILANGAN PAK CIK AZAM.
No comments:
Post a Comment