DUDA
BERHIAS
Tersebutlah
al-kisah seorang duda di Kampung Kunang-kunang. Lain daripada duda-duda lain,
duda ini usianya sangat muda. Baru berumur 23 tahun. Alangkah begitu muda sudah
mendapat gelaran duda. Nasib badan jodohnya bersama bekas isteri tidak panjang.
Duda ini bernama Ahmad Fakrul bin Megat.Orang kampung memanggilnya Atan. Kenapa
Atan? Hanya orang-orang Kampung Kunang-Kunang saja yang tahu. Bekas isterinya pula Wani Binti Zahar.
Pekerjaannya polis bantuan. Fakrul tinggal bersama dengan kedua orang tuanya
dan adik perempuannya yang masih bersekolah di tingkatan 5. Ahmad Fakrul ini
kerjanya membantu Pak Bilal di kedai runcit di tengah-tengah kampung.
Lenggang lengguknya memang
menjadi bualan ramai. Dari jauh pun, bunyi langkah kakinya tetap dinanti. Walaupun
bertudung labuh dan berpakaian ala muslimah, namun rupa parasnya tetap menjadi
pujaan jejaka-jejaka kampung. Itu lah Faatihah. Anak Pak Bilal kampung Kunang-kunang.
Faatihah ini ada hobinya iaitu menjahit. Ibu Fakrul, Mak Linbau juga begitu. Satu
lagi nama yang unik. Nama sebenar ibu Fakrul, Fazlin Binti Fazli. Ada kisah
yang menjadikan panggilan Linbau itu melekat pada dirinya sejakya dia anak dara
lagi di kampung itu. Berbalik kepada hobi mereka. Faatihah suka menjahit
sulaman-sulaman pada baju kurung. Manakala Mak Linbau menjahit baju kurung.
Pada suatu hari di rumah Fakrul
tinggal. Pada pagi yang segar selepas turunnya hujan di malam hari. Embun juga
belum sempat kering.
Mak Linbau :
Atan! Oh Atan! Lihat di pintu siapa yang datang pagi-pagi ini.
Fakrul : Yelah.
Mak! Oh Mak! (Fakrul memimik ibunya-bergurau)
Mak Linbau : Ada
sahaja anak bujang aku ini. Lekas lihat di pintu siapa yang datang.
Fakrul : Baik.
Bonda. Bukan bunjang lagi mak. Duda. Ayah pun tak da gelaran itu. (Fakrul
bergurau lagi)
Di pintu. Fakrul keluar dan
mengeliat seolah-olah baru bangun dari tidur tanpa menyangka siapa yang datang.
Fakrul: Siapa
saja yang menganggu pagi-pagi buta ini?!
Faatihah : Ni
Teha la. Mak Linbau nya ada?
Fakrul : (Terkejut) Ada. Nanti Atan
panggilkan. Jemput la masuk. (Fakrul masuk ke dalam mendapatkan ibunya yang sedang
menghiris bawang)
(Faatihah dengan
keayuannya menanggalkan kasut dan naik tangga untuk masuk ke rumah)
Mak Linbau :
Siapa yang datang? Tak jemput masuk?
Fakrul : Menantu
mak la. Ada kat depan tu.
Mak Lindau: Tadi
baru saja kau kata kau duda. Baru berapa minit aku sudah dapat menantu? Siapa?
Fakrul : Teha,
mak.
Mak Linbau: Itu
anak dara majikan kau, Pak Bilal. Jangan dibuat main. Sambungkan kerja mak ni.
Mak nak jumpa menantu mak tu. ( Mak Linbau turut bergurau dengan anaknya. Dia
sebenarnya menyimpan hasrat menjadikan Faatihah menantunya sehinggalah
peristiwa itu)
Di Ruang tamu.
Mak Linbau :
Mana pulak cermin mata aku ni. Rabun pulak tak nampak siapa yang datang.
Faatihah :
(Mengambil cermin mata di atas televisyen dan menyerahkan kepada Mak Linbau).
Ni dia, Mak Linbau.
Mak Linbau :
Terima kasih. Baik menantu aku ini. (Mak
Linbau bergurau dengan Faatihah)
Faatihah :
Apalah Mak Linbau ni. Bergurau saja pagi-pagi ni.
Fakrul: (Muncul
dari dapur membawakan minuman) Kalau betul apa salah nya.
Mak Linbau :
Rajin pulak kau buat airnya, Atan. Selalu mak minta kau buat ada saja alasannya.
Fakrul: Hurm
yelah. Bonda. (Fakrul berlalu pergi masuk ke dapur)
Faatihah :
(Tersenyum kecil melihat gelagat dua beranak itu mengusiknya). Oh ya. Ini baju
kurung yang Mak Linbau minta saya sulamkan.
Mak Linbau : Cantik sulamannya seperti
orangnya juga.
Faatihah : Mak
Linbau ini ada-ada saja.
Mereka berbual
seketika. Hal orang perempuan. Tak lama seketika Faatihah beransur pulang. Mak
Linbau masuk ke dalam dapur menyambung rutin hariannya. Masak Gulai Asam Pedas.
Mak Linbau :
Atan! Oh Atan! Nanti petang kau ke kedai jangan lupa bawa balik sekali batu
lesong Pak Bilal kau pinjam hari tu.
Fakrul : Bila
pulak Pak Bilal pinjam batu lesong mak. Buat apa?
Mak Linbau :
Itu.. anu… isterinya nak tumbuk inai. Mengandam anak Pak Leman kampung sebelah
kan anaknya baru kahwin kelmarin. Batu lesong dia hilang dicuri orang.
Fakrul : Haish.
Batu lesong pun kene curi.
Mak Linbau :
Zaman sekarang bukan batu lesong saja yang dicuri. Is.. (Mak Linbau tidak
sempat menghabiskan ayatnya)
Fakrul : Sudah
lah mak. Cerita lama jangan diungkit lagi. Atan nak siap. Nak pergi kerja. (Air
muka Fakrul berubah. Barangkali tidak suka ibunya mengungkit hal yang lama)
Bab 2 : Pulang
Sireh ke Ganggang
Di Kedai Runcit
Pak Bilal
Fakrul tiba di
Kedai Runcit Pak Bilal untuk menggantikan Pak Bilal menjaga kedai sehinggalah
ke malam hari. Sudah lama Fakrul bekerja dengan Pak Bilal. Sejak Fakrul tamat
sekolah lagi.
Pak Bilal : Hah!
Sampai pun kau. Aku ingat tak datang tadi.
Fakrul : Maaf,
Pak Bilal. Lambat sikit.
Pak Bilal : Tak
apalah. Nasib baik kau ada tolong aku kat kedai ni. Kau tolong aku parutkan
kelapa sehelai. Aku nak bawa balik nih.
Fakrul : Eh, Pak
Bilal. Kalau kelapa bukan sehelai, sebiji.
Pak Bilal :
Haha. Tahulah. Saje je.
Fakrul : Baik la
Pak Bilal. Saya pergi parut sehelai kelapa sekarang.
Pak Bilal : Eh,
budak ini. Mainkan aku pulak.
Fakrul
meneruskan tugaskannya. Sementara itu, tibalah pelanggan tetap Pak Bilal. Datin
Pipah. Bukannya isteri seorang Datuk, tetapi gayanya memang seperti seorang
datin. Hobinya seperti boleh diteka. Bergosip. Dia umpama radio bergerak
Kampung Kunang-kunang. Datin Pipah yang berumur pertengahan merupakan anak dara
bertahan di kampung ini.
Datin Pipah :
Amboi. Rajin kau kerja ye Atan. (Datin Pipah mengipaskan kipas tangan dengan
gaya menggoda)
Pak Bilal : Ai,
dah dalam kedai aku ni pun kau nak pakai payung lagi? Tutup. Masuk ular nanti. (Pak
Bilal menegur Datin Pipah)
Fakrul: Dah
masuk dah ular pun. Haha. (Atan bergurau dengan Datin Pipah)
Pak Bilal : Aáh.
Besar. Eh kau ini pakai baju macam ular sawa ye, Datin.
Datin Pipah :
Ada pulak macam ular sawa. Cantik la ni, kan Atan. (Datin menutup kipas
tangannya dan memukul manja pada bahu Atan)
Fakrul : Aáh.
Cantik. Ni kelapanya, Pak Bilal. (Fakrul mengangguk terpaksa)
Pak Bilal : Eh,
Datin! Kau datang nak beli barang ke nak ngorat si Atan ni?
Datin Pipah :
Lupa pulak. Atan, bungkuskan barang yang Datin selalu beli macam biasa ye.
Fakrul : Okay.
Beres.
Pak Bilal : Kau
uruskanlah ye Atan. Aku nak balik ni. Asar dah nak masuk ni.
Setelah Fakrul
selesai membungkuskan barang-barang Datin Pipah.
Datin Pipah :
Nah. Duitnye. Datin nak balik ni. Daa.. (Datin Pipah berlalu pergi dengan
payung dan kipas tangannya yang merah menyala)
Dalam perjalanan
pulang. Datin Pipah terserempak dengan Kak Syidah. Kak Syidah ini merupakan
sekutu kumpulan gossip Kampung Kunang-kunang yang diketuai oleh Datin Pipah.
Datin Pipah: Eh,
Syidah! Marilah sekejap.
Kak Syidah : Ada
apa Datin ? Ada cerita baru ke?
Datin Pipah :
Mestilah. I kan radio Kampung Kunang-kunang.
Kak Syidah: Ape
dia? (Sungguh teruja ingin mengetahui
gossip terkini)
Datin Pipah : U
tahu, anak Pak Leman kampung sebelah nak balik dari luar negara.
Kak Syidah : Si
Naim tu? Yang lembut-lembut tu ke? Wah. Balik jugak budak itu.
Datin Pipah :
Aáh. U ingat tak dulu. Budak tu la yang kecik-kecik dulu curi I punye kasut
tinggi buat pakai pergi sekolah. Hahaha (bukan main gembira Datin Pipah dapat
mengungkit kisah lama yang memalukan orang lain)
Kak Syidah:
Iyelah. Apalah rupa budak tu sekarang ye? Dah jadi perempuan ke? Hahaha. (Kak
Syidah ketawa jahat)
Datin Pipah : Eh
taklah. Dengar cerita budak Naim tu dah tak macam sotong goreng tepung. Segak
dah sekarang. Duduk luar negeri lah kan.
Kak Syidah : Oh
ade peluang la I kan.
Datin Pipah : Eh.
U ni dah macam mak dia U tau tak? Hahaha (Datin Pipah mengusik Kak Syidah)
Perbualan antara
mereka berterusan. Banyaknya tentang gurau senda kosong saja. Ketibaan Naim Pak
Leman amat dinantikan penduduk Kampung Kunang-Kunang.
Duda Berhias! Bab
3: Kasih Bertaut Mata Berair
Pagi ini,
Kampung Kunang-kunang bakal menyambut kepulangan yang dinanti-nantikan oleh
orang kampung. Abu Naim Bin Leman bakal tiba. Di rumah Fakrul pula, seperti
biasa pada hari minggu semua orang ada di rumah. Fakrul bangun awal hari ini
membantu ibu menyidai pakaian di laman rumah. Tiba-tiba ada teksi yang berhenti
di hadapan rumahnya. Keluar seorang pemuda yang segak bergaya dengan beberapa
buah beg pakaian.
Fakrul : (Siapa
pulak nak pindah masuk rumah aku ni? Beg besar bagai. Sedara mak ke? Abah ke?)
– Fakrul mengomel seorang diri.
Naim : Hello, my
friend! Bro! Lame tak jumpe. How are U? Sihat ke? –Naim menyapa mesra.
Fakrul
: Eh, engkau. – Fakrul menyahut mesra tangan Naim sambil memeluk Naim.
Tiba-tiba dia melepaskan tubuh Naim.
Naim
: Eh, apesal? Tak suka aku balik jumpa kau?
Fakrul:
Bukan.. Bukan.. Bukan tak suka… Erm.. aku nak tanye kau sikit ni.
Naim
: Ape dia? Weh ni buah tangan dari New York untuk kau. – Naim menghulurkan beg
yang berisi kotak yang dibungkus kemas.
Fakrul:
Eh, terima kasih lah. Susah-susah ja. Boleh bukak sekarang?
Naim
: Bukak kemudian la. Kita borak-borak dulu. Eh kau nak Tanya ape tadi?
Fakrul:
Erm.. aku tanye ni kau jangan marah eh. Aku nak kepastian je.
Naim:
Ape dia?
Fakrul
: Kau masih suka aku macam dulu ke?
Naim
: Eh…. Tak de lah. Tu dulu. Aku taubat dah. Tak makna nye lah.
Fakrul
: (Fakrul menarik nafas lega dan kembali memeluk Naim). Lega aku. Tak delah
dulu kan kau blah blaja luar negara pun sebab aku kawin dengan wani kan. Kot2
kau simpan lagi perasaan kau kat aku macam dulu.
Naim:
Tak da2. Aku da berubat elok2. Awek kat sana cun2 kot. Rugilah kalau aku buat
perangai macam dulu.
Fakrul
: Welcome back, my friend! Eh. Tapi kau bawak beg-beg kau datang rumah aku ni.
Kau tak balik rumah kau dulu ke? Tengok mak bapak kau?
Naim:
Kejap lagi aku balik la. Eh adik aku mane? Tido lagi?
Fakrul
: Ada tu kat dalam. Buat sarapan. Meh join sekali.
Naim
: Eh tak palah. Aku datang jumpa kau je.
Perbualan
mereka berterusan sehinggalah ditegur oleh Mak Linbau.
Mak
Linbau : Eh Atan! Kau tu sidai kain atau buat kain. Sarapan dah lama siap.
Sejuk pulak nanti tak sedap. Siapa pulak tu?
Fakrul:
Mak. Ni ha.. Anak Pak Leman. Naim. Baru sampai ni ha.. Beg baju dia pun ade
sini lagi ni ha.
Naim
: Apa khabar Mak Linbau? Sihat?
Mak
Linbau: Aáh sihat. Meh la Atan masuk. Kau Naim, balik la cepat. Entah Pak Leman
kat rumah tu menunggu kau dari pagi. – Mak Linbau seakan tidak gemar kehadiran
Naim.
Naim
: Yelah. Nak Balik la ni.
Fakrul
: Aku hantar kau balik la. Takkan nak jalan kaki. Aku amek kunci motor sekejap.
Mak
Linbau: Tak payah la, Atan. Masuk dulu sarapan. Tak elok keluar rumah pagi-pagi
tak alas perut.
Naim
: Atan, aku balik dulu.
Naim
bergerak pulak ke rumahnya. Di kampung sebelah. Dalam perjalanannya pulang, dia
terserempak dengan Datin Pipah dan Kak Syidah.
Kak
Syidah: Eh, U. Tgk tu? sape tu? Hensemnya.
Datin
Pipah : Mana? Tu? Alah, anak Mak lInbau tu lagi hensem. Sekejap. Tu bukan ke si
Naim? Betul la Naim!
Kak
Syidah dan Datin Pipah berlari anak dengan kasut tumit tinggi untuk mendapatkan
Naim.
Datin
Pipah : Eh balik jugak kau ye. Agak2 sbb Atan tu dah bercerai kau balik kan?
Kak
Syidah : Eh tak baik cakap macam tu. Naim, bila sampai?
Naim:
Pagi tadi. Tak pelah. Naim balik dulu ye. Jumpa mak dengan abah. Diorang dah
tunggu tu.
Kak
Syidah: Aáh yelah. Elok2 jalan.
Naim
berlalu pergi.
Datin
Pipah : Dia tak layan I, syidah. Dah sombong sekarang.
Kak
Syidah: Dah U cakap bukan2, mane la dia nak layan.
Datin
Pipah : Ish. Sombong. Atan I jugak yang baik.
Kak
Syidah: Eh U ni ade2 je. Jom la kita.
Naim
tiba di hadapan rumahnya. Pak Leman dan Isterinya berada di beranda di hadapan
rumah. Hanya air mata yang meneruskan sesi pertemuan tersebut. Setelah sekian
lama, Naim pulang juga ke Kampung Kunang- Kunang.
Bab 4 : Bagai
Aur Tak Bertebing.
Kepulangan Naim
ke Kampung Kunang-kunang mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk
kampung. Ada yang suka, ada yang tidak. Adatnya bila ada sejarah hitam yang
diketahui ramai, walaupun hitamnya pudar masih ada kelabunya. Hari ini matahari
bersinar cerah. Awan tidak kelihatan, hari bagai akan berjalan lancar hari ini.
Mak Linbau bangun pagi untuk memulakan sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan.
Kelekaan Mak Linbau mengerjakan pekerjaannya di pagi hari diperhatikan
seseorang.
Fakrul : Mak..
Apa yang dibuat dalam semak tu?
Mak Linbau : Eh
kau ni Atan, terkejut aku. Kau tolong aku ambil bekas tu bawa ke mari.. ( Mak
Linbau menghalakan jari telunjuknya ke
suatu arah)
Fakrul : Yang ni?
Mak Linbau :
Iyelah. Lekas bawa ke mari.
Fakrul : Mak
buat apa ni? Kenapa tak cakap kat Atan biar Atan yang buat.
Mak Linbau: Aku…
anu…. Mencabut ubi ni.. Nak buat kerepek ubi. Esok petang ada kenduri di surau. Aku nak
buatkan untuk jamah-jamah orang yang datang.
Fakrul : Kenduri
apa mak? Malam tadi kat surau tak da pulak orang bagitahu.
Mak Linbau:
itulah. Pak Leman kau baru aje bagitahu pagi tadi, kenduri kesyukuran untuk si Naim tu.
i'm waiting for more~~~
ReplyDelete