Cuti semester yang baru sahaja berlalu begitu memberikan aku ruang
yang cukup bagi aku untuk melepaskan tekanan selepas apa yang berlaku
kebelakangan ini. Melawat kampung halaman daddy bagai melahirkan kembali aku ke
dunia dan menjadikan aku orang yang baru. Aku rasa lebih tenang dan berseedia
untuk menghadapi masalah mendatang. Mengetahui Pak Cik Azam baik-baik sahaja
benar-benar membuatkan aku lega dan tidak begitu risau lagi. Walaupun satu-satu
cara untuk aku berhubung dengan Pak Cik Azam adalah dengan mendail no yang
belum diaktifkan sehingga tiba masanya, sekurang-kurangnya ada juga maklumat
dan faedah yang aku perolehi dari kampung halaman daddy. Kampung halaman daddy
aku tinggalkan, kolej pula aku tuju.
Hari ini hari permulaan
pengajian di kolej selepas seminggu bercuti. Seperti biasa, banyak perkara yang ingin dikongsikan oleh rakan kolej aku tentang cuti semester yang baru berlalu. Rata-rata datang ke kolej hari ini dengan semangat yang baru untuk meneruskan pengajian. masing-masing. Suasana riang pada hari pertama selepas cuti semestinya mewarnai setiap kolej hari ini. Walaupun ada yang aku perhatikan pulang ke kolej dengan balutan di tangan, mungkin cedara ketika bercuti, aku dapat rasakan hari inni permulaan yang baik bagi aku dan rakan-rakan yang lain. Selepas kehilangan Pak Cik Azam, aku bersendirian lagi di rumah.Memulakan hari dengan mandi, solat subuh dan sarapan menjadi rutin yang biasa. Apa yang lain pagi ini aku menerima panggilan dari Dr Razman. "Hi, U dah bangun ke? Biasa seminggu ni I bangun je nampak muka U. Hari ni rasa lain la." "Hi Dr. Saya dah bangun da. Nak buat macam mana cuti dah habiskan kenalah uruskan urusan masing-masing". Aku melayan panggilan Dr Razman agak panjang pagi ini. Dr Razman turut mengajak aku keluar makan malam ini. Mungkin seminggu menghabiskan masa bersama Dr Razman membuatkan aku lebih selesa dan tidak menolak pelawaannya itu.
pengajian di kolej selepas seminggu bercuti. Seperti biasa, banyak perkara yang ingin dikongsikan oleh rakan kolej aku tentang cuti semester yang baru berlalu. Rata-rata datang ke kolej hari ini dengan semangat yang baru untuk meneruskan pengajian. masing-masing. Suasana riang pada hari pertama selepas cuti semestinya mewarnai setiap kolej hari ini. Walaupun ada yang aku perhatikan pulang ke kolej dengan balutan di tangan, mungkin cedara ketika bercuti, aku dapat rasakan hari inni permulaan yang baik bagi aku dan rakan-rakan yang lain. Selepas kehilangan Pak Cik Azam, aku bersendirian lagi di rumah.Memulakan hari dengan mandi, solat subuh dan sarapan menjadi rutin yang biasa. Apa yang lain pagi ini aku menerima panggilan dari Dr Razman. "Hi, U dah bangun ke? Biasa seminggu ni I bangun je nampak muka U. Hari ni rasa lain la." "Hi Dr. Saya dah bangun da. Nak buat macam mana cuti dah habiskan kenalah uruskan urusan masing-masing". Aku melayan panggilan Dr Razman agak panjang pagi ini. Dr Razman turut mengajak aku keluar makan malam ini. Mungkin seminggu menghabiskan masa bersama Dr Razman membuatkan aku lebih selesa dan tidak menolak pelawaannya itu.
Aku tiba di kolej agak awal hari ini. Biarpun kuliah bermula jam 10
pagi, aku lebih selesa duduk di library berbanding sendirian di rumah sementara
menunggu kuliah. Mungkin baca surat
khabar di pagi hari satu permulaan yang baik di hari yang baik ini. Aku
berjalan menuju ruangan surat khabar. Tiada siapa di situ. Maklumlah masih
pagi. Aku mengambil senaskah surat khabar dari rak. Tiba-tiba aku terasa ada
sesuatu yang menarik naskah akhbar yang aku sedang ambil. Gadis cliche. Dia
juga ingin membaca akhbar yang aku sedang pegang. Kami tidak berkata apa-apa
buat seketika. Ada sesuatu tentang wajah gadis cliche yang mebuatkan aku
terpaku sebentar. Gads cliche kelihatan lebih ayu daripada biasa. Seperti
perempuan Melayu terakhir. Aku tidak pernah bertentangan wajah sedekat ini
dengan gadis cliche. Gadis cliche juga memandang tepat ke wajah aku. Buat kali
pertama tiada apa yang berada di minda aku selain wajah gadis cliche. Lamunan
aku tersentak apabila gadis cliche tiba-tiba berkata sesuatu " Eh,awak saya
dapat surat khabar ni dulu. Lepaslah!" Aku masih mengelamun seketika.
"Eh awak dengar tak ni?" Kali ini suaranya agak perlahan diringi
dengan ketawa kecil. "Dengar. I dengar." Aku sedikit mengelabah
menjawab pertanyaan gadis cliche. " Baru cuti seminggu dah mamai. Kalau
sebulan tak tahu la apa jadi"Gadis cliche merampas akhbar dari tangan aku
dan berlalu pergi. Aku masih di situ memerhatikan gadis cliche berjalan pergi.
Apakah yang baru berlaku tadi. Tiba-tiba wajah aku terasa hangat. Dengan segera
aku meninggalkan library. Aku tidak pasti ke mana aku ingin tuju tapi yang
pasti bukan di sini.
Langkah aku laju. Peluh mula mengalir. Aku terus berjalan. Aku
ditegur dari belakang. Izman memanggil aku dengan raut wajah yang riang. Aku
pula? "Hi, bro. Amacam cuti? Honeymoon dengan Dr Razman nampak. Eh apasal
muka ko merah-merah ni? Ni peluh kat muka? Kau kenapa bro?" Izman tak henti-henti bertanyakan soalan. Aku
menjawab ringkas. "Aku okay. Jom r aku ajak kau pergi minum. Haus ni"
Sengaja aku mengelak dari soalan Izman. Dengan apa yang baru berlaku aku rasa
segelas air tebu diperlukan untuk menenangkan fikiran aku. Izman mengekori aku
dari belakang dengan penuh kehairanan.
Di kafe aku masih teringatkan apa yang berlaku di library tadi. Air
minuman air teguk dengan laju. Izman cuma memerhatikan tingkah laku aku. Aku
tidak mahu kejadian tadi memenuhi minda aku lagi. "Cam ne cuti kau Izman?
Seminggu balik kampung takkan ada apa-apa nak cerita dengan aku?" Aku
memulakan perbualan dengan Izman. "Biase la. Balik kampung sekali sekala.
Tolong mak bapak kat kebun. Buat kerja rumah sikit. Masa lapang aku lepak ngan
kawan-kawan lama. Tak pun tidur." Izman meringkas aktiviti cutinya dalam
satu lafaz. "Kau pulak buat apa ngan Dr Razman tu? Honeymoon?" Izman
melontarkan pertanyaan itu sekali lagi. "Kalau honeymoon pun kenapa? U
cemburu ke?" Dr Razman tiba-tiba mencelah. Entah muncul dari mana.
"Eh, Dr tak perasan Dr ada kat sini. Duduk la sekali." Izman cuba
menutup silapnya kerana cakap bukan-bukan mengenai Dr Razman. Dr Razman
mengambil tempat sambil menghulurkan aku segelas air. Dia seperti tahu air
minuman aku baru sahaja habis dan tidak cukup. "Terima kasih, Dr."
Aku menerima minuman itu dengan senyuman. "Aku pergi lawat kampung my dad
je. Dr Razman teman aku je. Kau jangan pikir bukan-bukan pulak." Aku
menjawab soalan Izman sebaik sahaja Dr Razman duduk. "U all ni tak da
kelas ke? Lapang je nampak?"Dr Razman bertanya sambil meneguk minumannya.
"Ada Dr. pukul 10 nanti. Saja lepak-lepak kejap lama tak jumpa Izman
ni." Aku makin selesa berbual dengan Dr Razman. "Lepak-lepak juga,
malam ini jangan lupa ya, Kamal. Kalau nak ajak Izman pun boleh." Dr
Razman mengingatkan tentang program kami malam nanti. "Korang nak pergi
mana ni?" Izman akhirnya mencelah selepas diam seketika. " Aku nak
pergi makan-makan je pastu terpulang la Dr Razman ni nak main boling ke karok
ke. Aku ikut je. Sebagai terima kasih dia teman aku seminggu cuti aritu."
Aku menerangkan program malam ini kepada Izman. " Macam kacau korang
dating la pulak kan?" Izman tidak habis-habis mengusik aku.
"Izman!" Nada suara aku agak keras. "Okay2. Aku ikut."
Izman seperti dipaksa setuju untuk keluar bersama aku dan Dr
Razman. Sekurang-kurangnya aku tidaklah janggal. Apa yang lebih baik berbanding
keluar dengan rakan karib ngan lecturer kolej yang aku paling rapat sekali.
Perbualan kami yang kadang kala diselangi ketawa berakhir apabila aku harus
masuk ke kuliah.
Setelah kuliah tamat. Seperti biasa aku akan pergi ke restoren
pula. Kali ini aku tiba di restoren lebih awal berbanding gadis cliche. Gadis
cliche tiba di restoern kira-kira setengah jam aku berada di sana dalam keadaan
kelam kabut. Gadis cliche sedar dia terlewat dan segera memohon maaf kepada Kak
Yati. Aku cuma memerhatikan tingkah lakunya. Secara jujur di dalam hati ini aku
masih segan dengan apa yang berlaku pagi tadi tetapi aku gagahi juga diri ini
untuk bertemu dengannya di restoren. Selepas dia mengambil pesanan beberapa
pelanggan, akhirnya dia datang ke meja aku. "Hari-hari datang sini. Sedap
ke air yang saya buat?" Kata-katanya membuatkan aku tersenyum. "Okay2
je la." Aku membalas ringkas. Tanpa aku sedari wajahku terasa hangat
seperti pagi tadi. " Awak demam ke? Muka awak merah je dari pagi
tadi?" Dalam sekelip mata tangan gadis cliche menyentuh dahiku. "Eh
U. Tak manis la orang nampak." Aku tidak mahu gadis cliche terus menyentuh
dahiku walaupun hakikatnya aku rasa dimanjai tetapi batas tetap batas.
"Saya nak check je. Bukan apa. Ke awak malu? Air tebu macam biasa
kan?" Gadis cliche tersenyum dan meninggalkan meja aku. Oh Tuhan! Apakah
perasaan yang ku rasa saat ini.
Gadis cliche kembali ke meja aku. "Air tebu. Air suam. Panadol
dua biji." Gadis cliche meletakkan air minuman di meja aku. "Eh U, I
tak demam la." Walaupun aku rasa badan semakin hangat, aku tidak mahu
makan panadol yang diberikan. Aku malu mahu mengaku yang hakikatnya aku tidak
pandai menelan pil. "Awak ni degil kan. Sebelum makin panas badan awak
baik awak ikut je cakap saya ni ke awak tak reti telan pil?" Argh. Gadis
cliche meneka dengan sangat tepat. Aku menganggguk malu. Gadis cliche kembali
ke dapur mencuci tangannya dan kembali dengan sudu. Panadol tadi diletakkan di
atas sudu bersama sedikit air. Gadis cliche menghancurkan pil tadi dengan
jarinya. "Buka mulut." Gadis cliche cuba menyuapkan panadol itu.
"U, segan I. Orang tengok ni." Aku cuba menolak dan mahu mengambil
sudu dari tangannya. " Lagi awak tak nak makan ubat saya ni, lagi lama
saya berdiri dekat sini." Gadis cliche tidak memberikan pilihan kepada
aku. Aku menurut sahaja kemahuannya. "Kan senang. Macam budak-budak kecik
je la. Comel." Gadis cliche berjaya membuatkan aku malu di khalayak ramai.
Kali ini berbeza dengan sebelumnya. Jika yang sebelum ini aku rasa marah
kepadanya, kali ini tidak tergambar perasaan aku. "Dah awak pergi balik
la. Tak yah lepak sini lama-lama. Awak kan tak sihat ni." Gadis cliche
begitu mengambil berat tentangku. Meskipun agak aneh tetapi aku sukakannya. Aku
pun mengambil nasihat gadis cliche untuk balik dan berehat. Apatah lagi malam
ini aku sudah janji dengan Dr Razman dan Izman untuk keluar bersama. Takkanlah
aku mahu menghampakan Dr Razman buat kali kedua.
Rehat yang cukup di waktu petang membuat aku segar di waktu malam.
Kali ini Dr Razman yang menjemput aku dan Izman di rumah. Malam itu kami
bertiga keluar makan bersama. Kali ini bukan di restoren milikku tetapi di
suatu tempat yang begitu menarik. Aku pikir Dr Razman membawa kami ke kedai
makan lain tetapi rupa-rupanya dia sudah menyediakan set bbq malam itu. Kami
berhenti di suatu kawasan bukit yang aku dan Izman selalu datang suatu ketika
dahulu. Dari sini seluruh kota kelihatan. Ditemani cahaya unggun api dan bau
ayam panggang yang sungguh menyelerakan membuatkan aku rasa gembira dan teruja
sekali. Hubungan semakin rapat antara aku, gadis cliche, Dr Razman dan Izman.
No comments:
Post a Comment