Thursday, 8 November 2012

Biarkan Aku Jatuh Cinta Bab 6 : Desa Permai Nan Indah


Sudah lama aku rasakan sejak kali terakhir aku melawat kampung halaman daddy. Maklumlah daddy seorang yang sibuk bekerja. Tambahan pula grandpa dan granny sudah lima tahun meninggal dunia. Sejak itu, daddy kurang mengajak kami sekeluarga pulang ke kampung halaman daddy. Katanya tidak ada apa yang tinggal buatnya di sana kecuali kesedihan. Selepas kehilangan misteri Pak Cik Azam, aku kira inilah masa terbaik untuk aku pulang ke kampung halaman daddy. Bukan sahaja untuk mengimbau kembali kenangan lalu malahan juga untuk mencari jawapan kehilangan Pak Cik Azam. Manalah tahu jika ada seseorang di sana yang boleh memberikan jawapan buat persoalan yang berada di minda aku saat ini. Kebetulan pula cuti pertengahan semester bakal tiba tak lama lagi. Beberapa hari sebelum cuti, seperti biasa kehidupan sebagai pelajar kolej, ada banyak test dan tugasan
yang harus disiapkan. Tidak kurang juga ada pelajar kolej yang sudah pulang awal ke kampung halaman masing-masing kerana sudah habis menduduki test. Maklumlah mereka semua tinggal di hostel bukan seperti aku yang tinggal bersama keluarga di rumah sendiri. Tidak perlu rasanya untuk terburu-buru dan begitu teruja untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi cuti pertengahan semester kali ini, agak berbeza tanpa keluargaku. Jika dahulu mummy yang selalu merancang percutian kami sekeluarga, kali ini aku harus merancang percutian aku sendiri. Sekali sekala menghirup udara segar desa setelah apa yang berlaku kebelakangan ini mungkin rehat yang terbaik bagi aku.
Hari ini adalah hari terakhir sebelum cuti pertengahan semester bemula. Namun begitu keadaan kolej sudah mula lengang. Aku kira keadaan yang sama berlaku di kolej-kolej yang lain. Aku mengambil kesempatan pada hari terakhir ini untuk mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan kolej aku yang belum lagi pulang ke kampung halaman. Ada juga yang mengeluh kesedihan tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana terdapat tugasan dan program yang perlu diuruskan. Tidak kurang juga ada yabg bertanyakan soalan yang aku tidak mahu menjawabnya seperti "Family kau rancang pergi mana pula kali ni? Maklumlah orang kaya mesti pergi bercuti jauh-jauh kan" Mereka masih tidak tahu yang aku tinggal. sebatang kara di dunia ini. Aku yang memilih untuk tidak memberitahu mereka mengenai kehilangan ahli keluarga aku kerana aku tidak mahu menerima simpati yang tidak ikhlas dari mereka kerana keluarga aku berada dan juga barangkali ada yang mengambil kesempatan terhadap situasi yang aku hadapi ini.
Dalam kelekaan aku bersalam salaman dengan rakan-rakan aku sambil mengucapkan selamat jalan, aku teringat akan gadis cliche. Mungkin aku juga patut mengucapkan selamat jalan buatnya. Setelah hubungan kami semakin baik sejak perbualan di restoren tempoh hari, aku rasa aku harus menemuinya sebelum aku juga berangkat pulang ke kampung halaman daddy.
Setelah selesai. semua urusan aku di kolej maka berakhirlah kuliah bagi separuh semester ini. Akhirnya Tiba juga giliran untuk aku berehat setelah penat belajar selama 7 minggu ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang timbul kebelakangan ini, aku yakin bukan aku sahaja yang menanti saat cuti pertengahan semester ini. Selepas pulang dari kolej aku terus menuju ke restoren untuk bertemu dengan gadis cliche. Agak-agaknya apakah yang akan dilakukan gadis cliche sepanjang cuti ini. Pulang ke kampung halaman barang kali. Aku tiba di kafe lewat tengah hari. Restoren masih penuh dengan pelanggan walaupun lunch hour hampir berakhir.Alhamdulilah. Perniagaan angah masih berjalan lancar walaupun dia sudah tiada. Dalam keramaian di restoren, aku cuba mencari gadis cliche. Aku lihat dia sibuk melayan pelanggan yang ada.Gigih sungguh dia bekerja. Dalam kesempatan yang ada, aku menegurnya. "Hi, U. Rajin kerja" "Mestilah rajin kerja. Ramai orang ni, awak nak apa-apa ke? Awak duduk dulu nanti saya datang" Gadis cliche masih melayan aku dengan baik walaupun dia sibuk melayan pelanggan. "Tak pela. I datang nak ucap selamat bercuti semester pada U, U bila balik?" Aku cuba mencari seramah mungkin. "Saya tak balik la cuti ni. Jauh. Tiket mahal. Ingatkan nak kerja je cuti ni, nak kumpul duit sikit". Gadis cliche memberikan jawapan dengan separuh mengeluh. Aku tidak tahu apa mahu dikatakan padanya. Takkan lah aku harus membelikan tiket untuknya meski pun aku mampu, tetapi nanti adakah dia mahu menerimanya. "Ok la U.  Kite jumpe lepas cuti nanti. Saye nak balik kampung daddy I. Dah lama tak pergi sana." Aku mahu menamatkan perbualan itu seawal mungkin kerana tidak mahu mengganggu gadis cliche bekerja. Sebelum aku pulang dan mengemas barang-barang aku berjumpa dengan Kak Yati. "Kak Yati, saya tengok budak perempuan tu rajin kerja. Akak tambah la elaun dia yup." Aku rasa inilah perkara yang aku boleh buat untuk meringankan bebannya tanpa diketahui oleh gadis cliche. Kak Yati mengangguk faham sambil mengucapkan selamat jalan kepada aku.
Aku tidak berhasrat untuk menghabiskan masa cuti aku seorang diri. Jadi aku mengajak Izman untuk pergi bersama. Tetapi malangnya dia juga ingin pulang ke kampung halamannya sendiri. Aku rasa elok juga begitu dia meluangkan masa. bersama keluarga sementara mereka masih ada tidak seperti aku. Ini bermakna aku cuma ada satu pilihan sahaja lagi. Meskipun aku tidak begitu mahu dia mengikut aku pulang ke kampung halaman tetapi aku tidak ada pilihan lain selain mengajak Dr Razman untuk bersama menemani aku menempuh perjalanan yang jauh ke selatan tanah air. Nasib masih menyebelahi aku. Dr Razman bersetuju untuk menemani aku ke kampung halaman. Aku pulang ke rumah dengan segera untuk mengemas barang-barang khusunya pakaian. Kali terakhir aku mengemas pakaian adalah untuk pergi bercuti bersama keluarga aku. Tetapi kali ini, aku pergi bersama Dr Razman. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana keadaannya bila aku meluangkan masa yang banyak bersama Dr Razman. Setelah selesai mengemas barang, aku menuju ke rumah Dr Razman. Aku kira lebih baik perjalanan ini menggunakan kereta aku sahaja kerana aku yang mengajaknya jadi tidaklah Dr Razman merasakan aku mengajaknya hanya untuk menjadi pemandu aku sahaja. Dr Razman keluar dari rumah dengan beg yang agak banyak. Ya Allah! Macam nak pergi bercuti sebulan. "Dr banyak nye barang. Kite pergi seminggu je pun" Aku menyindir Dr Razman sedangkan aku tahu Dr Razman seorang yang metroseksual dan mementingkan penampilan. " Alah kereta U ni besar. Tak pe kalau I bawa peti ais I sekali kan" Dr Razman membalas sindiran aku dengan gurauan. Selesai semua barang dimasukkan ke dalam kereta aku. Dr Razman menawarkan diri untuk memandu tetapi aku kira lebih baik aku dan dia memandu secara bergilir-gilir.
Perjalanan ke kampung halaman daddy akhitnya bermula setelah sekian lama aku tidak ke sana. Sepanjang perjalanan Dr Razman menghiburkan hati aku. Pelbagai celoteh dan jenaka yang dibuat oleh Dr Razman membuat aku tidak mengantuk sepanjang perjalanan. Hari kian gelap. Dr Razman pula yang memandu. Aku mengambil kesempatan untuk berehat dan tidur sebentar setelah hampir 3 jam memandu. Aku terlelap begitu cepat. Penat barangkali. Dr Razman memandu bersendirian. Setelah kira-kira 2 jam kemudian, kami tiba di tempat daddy dilahirkan. Dr Razman mengejutkan aku dari tidur yang lena. Aku mengambil aiih kembali pemanduan kerana Dr Razman tidak mengetahui selok belok jalan di sini. Banyak perubahan yang berlaku di kampung daddy. Tidak sama seperti kali terakhir aku melawatinya. Akhirnya tiba di rumah peninggalan grandpa dan granny yang kini tdak diami oleh sesiapa. "Kamal, U biar betul, macam rumah hantu dah ni." Dr Razman menzahirkan perasaan takutnya melihat rumah yang besar dan kosong "Alah Dr ni jangan takutkan saya. Saya pun dah lama tak datang sini." Aku juga akui aku turut merasakan apa yang dirasakan oleh Dr Razman. Namun aku gagahi juga diri ini. Aku keluarkan semua lampu suluh yang ada. Banyak juga aku bawa ditambah dengan lampu suluh kepunyaan Dr Razman. Maklumlah bekalan elektrik di rumah ini sudah diputuskan bagi mengelakkab berlakunya litar pintas dan kebakaran. ´Dalam kegelapan dibantu dengan lampu suluh yang ada, kami mengeluarkan barang-barang dari kereta. Aku masuk ke rumah dengan lafaz basmalah berharap tidak ada apa yang tidak diingini berlaku. Sebenarnya aku ini penakut juga. Setelah selesai meletakkan barang di dalam rumah dan mengemas apa yang mampu, Aku dan Dr Razman terlelap di ruang tamu ditemani lampu minyak tanah yang kami jumpa di dapur. Begitu tenang rasanya dapat tidur di rumah di mana daddy membesar. Agaknya begini la suasana waktu daddy masih kecil dulu ketika era bekalan elektrik tidak berada di semua tempat.
Alhamdulilah. Tidur kami lena malam tadi. Selepas selesai solat subuh, aku keluar untuk melihat suasana pagi di sini. Ya Allah. Begitu indah ciptaan Ilahi. Berbeza dengan malam tadi yang hanya dikelilingi kegelapan malam, pagi ini disinari suria riang. Meskipun di selatan tiada sawah padi yang mendamaikan tetapi pemandangan dari rumah atas bukit tempat daddy membesar ini sungguh memukau pandangan. Dr Razman tertidur selepas solat subuh. Inilah peluang aku untuk meninjau keadaan sekeliling dab bertemu dengan orang kampung yang mungkin mengetahui misteri kehilangan Pak Cik Azam yang sehingga kini aku gagal untuk hubungi. Aku tinggalkan sekeping nota di kaca televisyen buat Dr Razman agar dia tidak tercari-cari akan aku apabila dia bangun dari tidur nanti.
Aku berjalan sambil membawa kamera dan merakam suasana kampung yang sudah banyak berubah. Pokok yang menghijau membekalkan udara segar di pagi hari. Terdapat beberapa rumah yang dahulunya penuh dengan tawa penghuninya kini sepi. Barangkali sudah berpindah ke bandar atau pun sudah pergi mengadap Ilahi yang maha Essa. Aku tiba di kedai makan yang selalu dikunjungi daddy apabila pulang ke kampung. Aku singgah sebentar di situ untuk membeli sarapan dan mana tahu barangkali aku terjumpa dengan orang yang ada jawapan kepada persoalan aku. Aku duduk bersendirian sambil melihat-lihat kembali gambar yang aku ambil. Dalam kelekaan aku membelek-belek kamera aku, seorang wanita berbaju kurung dan berusia hampir setengah abad datang ke meja aku. "Cucu Ismail ke?" Wanita itu memulakan perbualan. " Ya, Saya Kamal. Ismail datuk saya" Aku menjawab ringkas. "Lama dah mak cik tak nampak sedara arwah Ismail datang sini. Panggil mak cik, Mak Ana. Nak makan apa untuk sarapan?". Rupa-rupanya granpa dikenali di kawasan ini. "Erm, nasi lemak dua. Bungkus. Mak Ana kenal dengan ayah saya, Ibrahim. Pak Cik saya Azam?" Mak Ana membungkuskan nasi lemak sambil berkata " Mak Ana kenal diorang tu. Selalu la jugak masa kecil-kecil Mak Ana datang ke rumah Arwah Pak Ismail. Eh sebut pasal Azam, dia ada datang sini kelmarin. Nak ambil barang katanya." Pak Cik Azam pulang ke kampug untuk mengambil barang tanpa memberitahu aku. "Apa yang Pak Cik Azam cari Mak Ana?" Aku mencari kepastian. " Dia kata dia cari beg lama. Tak sempat la Mak Ana tanye apa dalam beg tu sampai penting sangat". Adakah Pak Cik Azam mencari beg galas daddy. Tetapi tidak mungkin kerana Pak Cik Azam tahu bahawa beg galas daddy ada dengan aku. "Nah, dua ringgit". Mak Ana siap membungkus nasi lemak. Aku mengeluarkan wang dan memberikan kepada Mak Ana. "Terima kasih, Mak Ana." Aku bergerak meninggalkan kedai makan. "Oh ya. Dia ada pesan kalau
ada apa-apa telefon dia". Mak Ana menghulurkan kad nama. Kad nama itu tertulis no telefon Pak Cik Azam yang dia tidak pernah berikan kepada aku. Dengan segera aku menghubungi no tekefon tersebut. Aneh. "Nombor yang anda panggil belum diaktifkan." Pak Cik Azam meninggalkan no telefon yang masih belum digunakan lagi. Mengapa dia tidak tinggalkan sahaja no telefon itu di rumah sebelum dia keluar meninggalkan aku secara misteri. Walaubagaimanapun setelah ak mendengar perkhabaran mengenai Pak Cik Azam daripada Mak Ana, aku sedikit lega. Aku tahu Pak Cik Azam baik-baik sahaja. Telefon bimbit aku berdering. Dr Razman. "Hi, U pergi mana tinggalkan I sorang-sorang kat rumah ni?" Aku tahu dia akan risau sebaik sahaja tidak melihat aku di rumah selepas bangun dari tidur walaupun aku sudah meninggalkan nota. "Saya keluar sekejap beli sarapan la Dr. Kejap lagi saya balik". Aku terus meletakkan telefon. Bimbang Dr Razman akan bertanya yang macam-macam.
Setibanya aku di rumah grandpa, Dr Razman sudah berada di laman rumah. Mengemas dan menyapu sampah. Dr Razman memang seorang yang mementingkan kebersihan. "Dr. Razman tak payah la susah-susah sapu laman ni. Bukan kita tinggal lama pun. Jom sarapan!" pelawa aku terhadap Dr Razman sambil menunjukkan bungkusan nasi lemak yang aku beli tadi. Dr Razman yang aku tahu sedang kelaparan kerana sejak malam tadi tidak menjamah apa-apa terus meletakkan penyapu dan masuk ke rumah. Semasa sarapan aku mengajak Dr.  Razman untuk melawat kebun buah milik grandpa. Aku kira sudah cukup maklumat yang aku ingin dapatkan mengenai kehilangan Pak Cik Azam. Cukup sekadar aku tahu yang dia baik-baik sahaja. Saat ini aku berada di kampung daddy untuk menghabiskan cuti semester aku dan melepaskan semua tekanan yang ada.
Selama seminggu aku menghabiskan masa bersama Dr Razman. Banyak tempat yang kami pergi sekitar kampung halaman daddy. Perkampungan nelayan, perusahaan tembikar tradisional, pembuatan keris, melihat kelas persilatan di sebelah malam, menyertai usrah di surau kampung dan berbagai lagi membuatkan aku mahu terus tinggal di sini. Kampung halaman daddy bagai DESA PERMAI NAN INDAH buatku! 

No comments:

Post a Comment