Thursday, 8 November 2012

Biarkan Aku Jatuh Cinta Bab 3 : Gadis Cliché


Pagi ini aku bangun dengan begitu puas sekali. Mungkin kerana malam tadi aku dapat tidur dengan nyenyak selepas kepenatan bermain fusal bersama rakan-rakanku. Siapa sangka Pak Cik Azam adalah seorang yang pandai memasak. Masakannya malam tadi standing dengan masakan mum. Pagi ini aku tidak lagi perlu menyediakan milo kegemaranku sendiri kerana kehadiran Pak Cik Azam di rumahku bukan sahaja sebagai peneman malahan seperti mengembalikan kehadiran mum yang selama ini menguruskan segalanya bagiku. Maklumlah aku anak yang paling bongsu dan manja. Aku bersarapan dengan semangat pagi ini. Permulaan hari yang baik yang aku kira sudah lama aku tidak rasakan. Pak Cik Azam memulakan perbualan pagi ini sambil menghidangkan aku sepinggan nasi goreng, ‘Kamal banyak kelas hari ini?’. ‘Banyak juga, ade kuiz dengan discussion nanti, pak cik pula buat apa hari ini?. Pertanyaanku kepada Pak Cik Azam bagi memanjangkan lagi perbualan itu.
‘Pak cik hari ini nak pergi melawat tapak pembinaan yang pak cik cerita dalam telefon tempoh hari’. Kami terus berbual. Kadang-kadang aku tertawa dengan coloteh Pak Cik Azam pagi ini. Selepas bersarapan, aku bergegas ke kolej.
            Hari ini aku menghadiri kelas seperti biasa. Satu demi satu kelas aku hadiri dan sekarang tiba waktu tengahhari. Aku menuju ke kafe untuk makan tengahhari. Izman yang menemani aku ke kafe juga menyedari bahawa aku lebih bersemangat hari ini. Izman adalah satu-satunya rakan aku di kolej yang mengetahui mengenai peristiwa hitam yang berlaku, hakikat yang aku kini sebatang kara. Aku memintanya merahsiakannya daripada rakan-rakan aku yang lain. ‘Bro, aku tengok kau hari ini semangat je? Macam baru menang loteri dah aku tengok kau ni?’ Tanya Izman kepada aku. Dalam hati ku seperti menginya apa yang dikata oleh Izman, menang loteri. ‘Mane ade, aku cam biase je. Kalau aku memang loteri pun aku takkan kongsi dengan kau pun’ gurauan aku terhadap Izman sedikit merubah raut wajahnya. ‘Sampai hati ko tak nak kongsi dengan aku lepas menag loterikan? ‘ Lantas Izman berjalan sedikit laju ke hadapan meninggalkan aku. Aku membalas respon Izman, ‘La merajuk ke? Aku main-main jela’. Dalam aku mempercepatkan langkah aku untuk mengejar Izman di hadapan aku, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Perempuan! Perempuan itu jatuh ke lantai dan buku-buku yang dibawanya bertaburan di sisinya. Aku dengan dengan segera meminta maaf sambil membantunya mengutip buku-bukunya tanpa memandang ke wajah perempuan itu. Aku rasa sangat bersalah sehingga aku tidak dapat menatap wajah perempuan tersebut. Dalam kesibukan aku mengutip buku-buku tersebut, tiba-tiba bahu dipukul dengan buku. Agak kuat. Pukulan kuat itu diikuti dengan pekikan perempuan tersebut.’Awak lagi!’ katanya kepadaku. Rupa-rupanya perempuan yang aku langgar itu adalah gadis cliché  yang menghubungi aku melalui facebook tempoh hari.
            Tanpa banyak bicara, belum sempat aku memohon maaf, gadis cliché  itu meninggalkan aku dengan segara selepas dia merampas bukunya dari tanganku. Izman hanya menggelakkan aku dari jauh. Lalu dia berlari ke arahku sambil berkata, ‘tu la main-main dengan aku lagi kan dah kene pukul dengan perempuan’. Izman masih tidak henti ketawa. Bagi aku pun memang agak lucu apa yang baru sahaja berlaku. Sebelum gadis cliché  itu hiilang dari pandangan aku, aku sempat menjerit dari jauh kepadanya, ‘U! I sorry sangat2!’. Gadis cliché  itu meneruskan langkahnya dan kemudian hilang dari pandangan aku. Orang di sekeliling aku berbisik-bisik sesame sendiri. Ada juga yang ketawa melihat apa yang berlaku. Saat itu aku hanya tahu satu perkara. Aku mesti tinggalkan tempat itu dengan segera. Dengan pantas aku mempercepatkan langkah aku tetapi kali ini dengan lebih berhati-hati. Aku tidak mahu terlanggar sesiapa lagi. Izman yang pula yang terpaksa mengejar aku dari belakang sambil tersenyum-senyum. Aku memilih untuk membiarkan Izman mengejar aku kerana aku sedar sebaik sahaja dia dapat mengejar aku pasti akan ada kata-kata gurauannya akan keluar dari mulutnya untuk membuat aku berasa lebih segan.
            Tibanya di kafe aku, aku terus duduk di meja tanpa mengambil makanan. Peristiwa tadi tidak dapat aku hiraukan dari fikiran aku. Kadang-kadang aku tersenyum seorang diri mengenangakan apa yang berlaku. Lamunan aku terhenti apabila Izman duduk di meja aku. ‘Alamak bro, senyum sorang-sorang apehal, ko minat ke dengan budak perempuan tadi, ke ko ade tersentuh kat mana-mana kat body perempuan tadi?’ Aku tidak tahu bagaimana mahu respon kepada gurauan Izman. Aku hanya tersenyum kepadanya dan meninggalkan meja untuk mengambil makanan. Izman mengekori aku dari belakang dengan senyuman sinisnya yang tidak henti-henti. Semasa aku memilih makanan, aku terserempak dengan Dr Razman. Saat ini aku tahu aku perlu fikirkan alasan yang perlu aku berikan kepada Dr Razman kerana menolak pelawaan makan malamnya tempoh hari. Tanpa sempat aku memikirkan alasan yang munasabah untuk aku berikan, Dr Razman sudah ada di hadapan aku. Aku hanya diam tidak tahu bagaimana mahu memulakan perbualan.’Kamal sihat? Lama tak jumpa. I ade buat salah ke, Kamal lama dah tak lepak dengan I?. Pertanyaannya aku jawab dengan mengalihkan topik perbualan. ‘Dr dah makan? Dessert baru ni sedap tau Dr.’ Dr Razman menggaru kepala. Aku tahu dia sedikit ralat aku tidak respon kepada soalannya namun dia tetap melayan aku. ‘Oh, I belum makan lagi, nak makan la ni? Kamal nak teman I makan? Aku tahu kali ini aku tidak boleh mengecewakannya Dr Razman lagi. Aku menjawab ringkas pelawaan Dr Razman itu. Jom!.
            Makan tengah hari ini menjadi sedikit janggal. Biasanya sebelum peristiwa hitam tersebut aku sering makan tengah hari dengan Dr Razman. Kami bagai kawan baik. Walaupun kadang kala ada antara rakan-rakan yang menyifatkan hubungan aku dengan Dr Razman agak terlalu rapat sehingga ada gosip liar yang mengatakan kami adalah homoseksual. Tetapi makan tengahhari ini bukan antara kami berdua sahaja. Izman turut berada di meja makan. Aku tidak banyak bicara kerana rasa bersalah terhadap Dr Razman masih ada dalam diriku. Seakan memahami apa yang sedang aku rasakan, Dr Razman berkata, ‘ I tak terasa pun pasal hari tu, Izman dah bagi tahu I yang U deman  kan? I faham.’ Aku lega dengan kata-katanya itu. Aku kira pelawaan Dr Razman untuk makan tengahhari ini untuk menuntut penjelasan daripada aku. Perbualan kami kembali kepada nada yang normal. Perasaan bersalah aku berhadap Dr Razman berkurangan. Makan tengah hari itu dibayar oleh Dr Razman walaupun aku dan Izman mempelawa untuk membayarnya tetapi Dr Razman tetap ingin membayar. Rasa sedikit segan. Dr Razman lantas berkata, ‘Macam tak biasa pulak’. Sebelum meninggalkan Dr Razman aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Sekali lagi seperti biasa Dr Razman mengenyitkan matanya kepada aku. Aku cuma tersenyum bagi membalas kepada reaksi Dr Razman itu.
            Selepas makan tengah hari itu, aku kembali menghadiri kelas. Kali ini aku dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Berbekalkan wasiat mum dan daddy sebagai pembakar semangat aku, aku mencuba sedaya upaya untuk memahami pelajaran yang diajarkan oleh lecturer. Kelas berakhir pada petang itu dengan baik sekali. Kuiz dan discussion berjalan dengan lancar. Sebelum pulang ke rumah aku mengajak Izman ke restoren milik kakakku untuk minum petang. Sebagai pemilik baru restoren tersebut aku perlulah sering berada di situ bagi memastikan keaadaan dan perjalanan perniagaan  lancar. Sambil minum petang, Izman sempat mengungkit kembali peristiwa pagi tadi yang mana aku terlanggar gadis cliché  di kolej. Aku hanya mampu membiarkan Izman menggelakkan aku. Kadang-kala aku pun tergelak dengan peristiwa tersebut kerana pada aku jika peristiwa itu tidak berlaku kepada aku, aku juga akan menggelakkan gadis cliché  itu kerana cara gadis cliché  itu rebah ke lantai amat lucu sekali. Dalam keseronokan kami ketawa sesame sendiri. Aku terlihat gadis cliché  itu di dalam restoren. ‘Alamak bro! Ko nampak ape aku nampak?’ tanye aku kepada Izman. Izman memandang ke arah belakang, ‘Baru je ko cerita pasal perempuan tadi, dia dah muncul ade jodoh ke kau ni dengan dia? ‘ Barangkali kata-kata Izman sedikit kuat sehingga di dengari oleh gadis cliché   tersebut. Tanpa banyak bicara gadis cliché  itu mengambil minuman Izman lalu mencurahkan ke muka Izman. Aku gelak besar. Padan muka, Bro! Dalam pada aku menggelakkan Izman tiba-tiba gadis cliché  tersebut mencapai minuman aku dan membuat perkara yang sama kepada aku. Aku berhenti ketawa. Kali ini Izman pula yang menggelakkan aku. Aku merasakan tindakan gadis cliché   agak melampau kerana dia memalukan kami di hadapan orang ramai.  Aku bangun dan memekik kepada gadis cliché , ‘Apa masalah U ni? I dah minta maaf kan tadi? Unak ape lagi hah!?.’ Pekikan aku menarik perhatian ramai. Gadis cliché itu agak terkejut dengan pekikan lantang aku lalu memukul aku dengan fail yang dibawanya dengan kuat dan berlalu pergi dari restoren. Izman menggelakkan aku lagi sambil berkata, ‘Dua kali bro! Dua kali!’.
            Aku yang pada mulanya marah kemudian ikut ketawa bersama Izman. ‘Tu r cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik.’ Ucap salah sorang pekerja restoren sambil menghulurkan sekotak tisu kepada  aku. ‘Dah r bro. Jom balik tukar baju, dah melekit badan aku ni’. Ajak aku kepada Izman. Izman yang masih ketawa bangun dari kerusi berjalan bersama aku menuju ke kereta. Berbeza dengan makan tengah hari tadi, minum petang ini lebih menyeronokkan. Walaupun tindakan  gadis cliché itu agak melampau tetapi jauh di sudut hati aku, aku merasakan aku memang patut disimbah dengan air minuman aku sendiri selepas tidak meminta maaf dengan baik kepada gadis cliché tersebut. Maklumlah pagi ini bukan kali pertama aku mengguris perasaan gadis cliché. Apa yang mampu aku katakana sekarang aku geram sangat-sangat dengan U, gadis cliché!

No comments:

Post a Comment