Bab 1:
Selamat Hari
Jadi KAMAL IBRAHIM !
Azan Subuh bergema mengejutkan aku dari tidur yang nyenyak. Aku
bangkit dari tidur lantas mencapai tuala lalu memasuki bilik air untuk
membersihkan diri dan bersiap sedia untuk Solat Subuh. Tak seperti hari-hari
lain, Subuh hari ini aku laksanakan seorang diri. Nampaknya aku keseorangan
hari ini. Permulaan hari yang suram ini aku isi dengan aktiviti rutin ku
selepas selesai solat Subuh. Tiada apa yang istimewa mengenai rutin pagi aku
yang aku kira sama seperti insan lain yang seusia dengan aku. Usia? Istilah itu
tiba-tiba membuatkan aku tersenyum keseorangan. YA ALLAH! Hari ini merupakan
hari jadiku yang ke 19. Namun senyuman yang terukir dibibir ku hilang sejurus
aku sedar bahawa walaupun hari ini hari jadi aku namun aku tetap kesorangan.
Kenangan hari jadiku yang ke 18 melompat ke dalam minda ku lantas membuat ku
rasa sungguh kehilangan. Aku rindukan mereka. Namun apa yang berlaku adalah
takdir tuhan. Siapalah aku yang berhak mengesali takdir yang ditentukan Ilahi.
Seperti awal pagi hari- hariku yang lain, aku mulakan dengan log in
akaun facabook aku dengan harapan ada insan-insan yang sudi mengucapkan Selamat
Hari Jadi di dinding Facebook ku.
Senyuman
kembali terukir, 302 notifikasi! Alhamdulilah! Masih ada insan yang mengingati
hari jadi aku. Walaupun aku sedikit musykil sama ada mereka ikhlas mengucapkan
selamat pada aku ataupun sekadar respon kepada peringatan pada dinding Facebook
mereka, namun aku buang jauh-jauh fikiran tersebut agar aku tidak terus
murung di hari jadi ku ini. Selepas selesai membalas beberapa ucapan selamat
hari jadi yang aku termampu untuk balas, cawan pemberian abang ku, aku capai
lantas menyediakan secawan milo kegemaran aku. Sambil menikmati keenakan rasa
coklat yang membasahi lidahku, ucapan Selamat Hari Jadi terus menghiasi dinding
Facebook dan telefon bimbit ku. Dalam kesibukan aku melayani ucapan
selamat kepada ku, satu mesej muncul di Facebook ku. Ia dihantar oleh seorang
hawa yang aku tidak aku kenali. ‘Boleh kita berkenalan?’ Aku tersenyum lantas
membalas, ‘cliché nye ayat U ni...
But no thanks I belum ready la nak ade ape-ape dengan mane-mane gurls’. Dengan
pantas dia membalas, ‘SOMBONG!’ lalu appear offline. Hmmm.. aku bukan
jual mahal atau sombong seperti yang dikatakan olehnya Cuma ade sesuatu tentang
diriku yang lain dari lelaki lain. Lamunan aku memikirkan rasa bersalah kepada
gadis tersebut terganggu dengan panggilan telefon dari sahabat karibku, Izman
Ibrahim. Mungkin kerana nama daddy sama dengan nama ayah Izman, aku rapat
dengannya seperti adik-beradik. Dia mengingatkan aku untuk tidak lewat ke kelas
hari ini kerana ada presentation dan test yang perlu aku tempuhi.
Selepas ketiadaan keluargaku, dialah yang sering membantu aku menjalani
kehidupan aku seharian.
Aku
tinggalkan Facebook ku dan mencapai kunci kereta dan beg lalu keluar rumah
untuk ke kolej yang terletak tidak jauh dari rumah peninggalan keluargaku yang
aku diami. Sebaik sahaja tiba di kolej, pintu kereta ku dibuka oleh Izman.
Happy Birthday, bro! Itulah ucapan pertama beliau selepas dua minggu kami tidak berjumpa kerana aku
mengambil cuti atas peristiwa yang aku tak mahu disebut-sebut lagi. Aku
tersenyum lalu memeluk erat tubuhnya yang segak seakan Fahrin Ahmad. ‘Thanks,
Bro! U are my one and only one BFF!’ kataku padanya. Aku berjalan bersamanya
menuju ke kelas. Dalam perjalanan menuju ke kelas, aku terlihat kelibat gadis
yang menghantar mesej yang cliché pada ku pagi tadi. Aku ingin
menegurnya dan meminta maaf atas kedinginan aku terhadapnya dalam Facebook.
Namun niatku tidak tercapai sebaik sahaja bahuku tiba-tiba ditepuk oleh
seseorang. Aku toleh ke belakang lalu aku lihat Dr. Razman, lecturer aku yang
mengajar aku subject account semester lepas. Senyuman terukir di wajahnya lalu
memeluk sambil berkata ‘Malam ni cam biase ye, I miss U la’. Perasaan aku tak
dapat digambarkan ketika itu. Selepas dia melepaskan tubuhku aku menjawab.
‘Okay, sir! I miss U too.’ Dr Razman meninggalkan aku dengan kenyitan mata yang
dia selalu buat kepada pelajar-pelajar lelakinya yang lain sambil meninggalkan
sesuatu di tangan ku. Sampul surat tertulis wang saku. Aku buka sampul surat
tersebut dan mendapati wang sejumlah RM 2000 terkandung di dalamnya. Aku
melihat Dr Razman berlalu pergi. Lamunanku tersentak dengan gesekan bahu Izman.
‘Cepat la, kite dah lambat ni’. Gadis tadi hilang dari pandangan mataku. Aku
bergegas ke kelas bersama Izman.
Sebaik
sahaja aku sampai di pintu kelas, aku dikejutkan dengan tepukan gemuruh course
mates ku yang kemudiannya menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada ku. Sungguh
bertuah rasa diri ini dihargai oleh orang yang berada disekeliling aku. Sebelum
lecturer masuk, aku sempat mengajak semua coursemates aku untuk makan tengah
hari secara percuma di restoren kakak ku yang kini aku menjadi pemiliknya sejak
peristiwa yang aku tak mahu bercakap dengan sesiapa. Kelas bermula dan berakhir
dengan baik pada hari tersebut. Aku dapat membuat presentation yang baik dan
menjalani test dengan lancar. Aku bersyukur walaupun hariku bermula
dengan murung tapi menjelang tengah hari aku rasa sungguh gembira. Sebaik
sahaja habis kelas pada jam 1 petang, aku menuju ke kereta untuk pulang ke
rumah. Sebaik sahaja aku sampai di kereta aku menjumpai nota diselitkan dibawah
wiper keretaku. Aku menjangkakan itu adalah satu lagi ucapan hari jadi
kepadaku. Namun sangkaan aku meleset. Rupa-rupa itu adalah nota yang aku yakin
ditinggalkan oleh gadis yang menghantar mesej kepadaku awal pagi tadi kerana
tertulis pada nota tersebut, ‘U ingat U kaya, ramai suka kat U, U boleh sombong
dengan orang lain.’ Sungguh aku tidak menyangka kedinginan aku terhadap gadis
tersebut betul-betul mengguris perasaan gadis tersebut. Aku mengambil nota
tersebut dan menyimpanya dalam beg. Kunci kereta aku keluarkan lalu aku
menghidupkan enjin dan berlalu meninggalkan kolej.
Dalam
perjalanan pulang, aku teringat bahawa aku mengajak coursemates ku makan di
restoran kakak aku. Tak manislah jika aku tidak muncul di sana dan melayani
mereka semua. Dari jauh aku lihat, restoran tersebut penuh dengan pelanggan.
Alhamdulillah! Di celah-celah kesibukan suasana aku terlihat coursemates sedang
begitu selera menjamu selera. Aku rasa gembira kerana dapat membuat sesuatu
bagi membalas ingatan mereka terhadapku sempena hari jadi aku. Course matesku
selesai menjamu selera kira-kira jam 3 petang. Mereka pulang dengan memberikan
aku beberapa bungkusan hadiah. Ada yang besar, ada yang kecil. Namun aku tidak
menentukan keikhlasan course matesku berdasarkan hadiah yang mereka berikan.
Aku menerima semua hadiah dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Dengan
bantuan pekerja restoran, semua hadiah dimasukkan ke dalam keretaku. Aku
memilih untuk tidak tinggal lama di restoran tersebut kerana aku tidak mahu
terus merindui kakakku yang selalu meluangkan masa di situ.
Sebelum
aku pulang ke rumah, aku singgah sebentar di surau berdekatan rumahku bagi
menunaikan Solat Zohor yang sebenarnya sudah agak lewat. Aku tidak mahu solat
bersendirian lalu aku berharap aku dapat menunaikan Solat Zohor berjemaah agar
aku tidak berasa keseorangan. Alhamdulilah. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam
surau, ada jemaah sedang menunaikan solat. Aku sertai jemaah mereka pada
raakaat yang kedua. Sebaik sahaja aku selesai menunaikan solat, Imam surau
menegurku dan mengucapkan takziah kepadaku atas apa yang memimpa aku tidak
kurang dua minggu yang lepas. ‘Sejak peristiwa tu, jarang Pak Imam nampak Kamal
datang berjemaah di sini.’ katanya padaku. Aku memandang wajah Pak Imam dan
entah kenapa air mata mula mengalir di wajahku. ‘Kamal rindu keluarga Kamal,
Pak Imam.’ Tanpa banyak bicara Pak Imam memeluk erat tubuhku. Air mataku
berhenti mengalir. Pak Imam berpesan jika rindukan keluarga sedekahkanlah
Al-Fatihah kepada mereka. Pak Imam berlalu meninggalkan surau. Aku terlihat
sesuatu yang kembali membuat aku rindu kepada keluargaku. Ianya kain pelekat
abang aku yang dia tertinggal sebelum peristiwa itu berlaku. Aku mengambil kain
pelekat tersebut dan membawanya pulang.
Setibanya
di rumah, kesunyian dan kemurungan kembali menghantui aku. Tiada sesiapa di
rumah. Tidak seperti hari-hari lain sebelum ini, sebaik sahaja aku pulang, mum
akan menyambutku di pintu dan menyediakan minuman petang. Kemesraan dan
kehangatan layanan seorang ibu itu memang tidak dapat aku lupakan. Namun semua
itu tinggal kenangan. Aku mengeluarkan hadiah hari jadiku dan meletakkannya
dalam bilik. Selepas selesai meletakkan hadiah di dalam bilik, azan solat Asar
pula berkumandang. Aku dengan segera mengambil wuduk dan menunaikan solat Asar.
Aku memilih untuk tidak ke surau lalu aku solat bersendirian di rumah. Selepas
solat biasanya aku akan ke gelanggang futsal. Tapi hari ini aku lebih selesa
melayan perasaan sambil menonton televisyen. Tapi aku sedari aku tertidur di
depan televisyen. Izman yang mengejutkan aku dari tidur. Sejak ketiadaan
keluargaku di rumah Izman sering datang ke rumah malah dia juga memilik kunci
rumahku. ‘Macam mane plan ko dengan Dr Razman ko malam ni, Kamal? Jadi ke? Aku
tengok ko ni cam nak demam je’ Izman mengingatkan aku pada janji yang aku buat
yang aku ingin berjumpa dengan Dr Razman malam ini. ‘Boleh tolong aku, ko
tolong call dia kate aku demam, malas la pulak nak jumpa dia malam ni’ pinta ku
kepada Izman. ‘Tak kecik ke hati sugar daddy ko tu nanti r? ‘ tanye Izman
kepada ku. Aku berlalu masuk ke dalam bilik sambil berkata ‘please, aku tak
larat la’. Izman membalas permintaan aku dengan gurauan yang agak kasar, ‘ Ko
ni mengandung anak Dr Razman ke ape? Dah pucat macam orang mengandung! Hahaha!’
Aku tidak menghiraukan gurauanya lalu masuk ke dalam bilik. ‘La merajuk ke?
Yela aku tolong bohong sunat kat Dr kesayangan ko tu ye’. Aku juga menghiraukan
gurauan itu.
Aku
baring di atas katil sambil memerhatikan kipas yang berpusing perlahan seakan
memahami perasaanku yang sedang murung ini. Sebelum aku terlelap, tiba-tiba aku
mengucapkan Selamat Hari Jadi Kamal Ibrahim! Sambil tersenyum dah kemudian
melayari mimpi yang belum tentu indah. Selamat Malam Mum, Daddy, Along dan
Angah!
Bab 2: Pusaka
Kini sudah hampir sebulan sejak peristiwa hitam dalam hidupku
berlalu. Orang di sekeliling aku sudah mula memulakan kehidupan seperti biasa
seakan-akan tidak ada apa yang pernah berlaku. Namun sehingga saat ini aku
masih lagi merasakan kehilangan ahli keluargaku. Kesunyian yang menyelubungi
diri bagai tiada penghujungnya. Mujur beberapa hari yang lepas, aku menerima
panggilan daripada bapa saudaraku, Pak Cik Azam yang mengatakan dia akan
menemani aku buat beberapa hari di rumahku disebabkan dia mempunyai kerja yang
perlu diselesaikan berhampiran dengan rumahku. Sekurang-kurangnya apabila aku
pulang ke rumah, ada orang yang menemani aku. Ketibaan Pak Cik Azam amat
dinanti-nantikan. Walaubagaimanapun, aku masih ingat pesan mummy sekiranya
apa-apa berlaku aku mesti kuat dan meneruskan hidup ini. Tidak aku menyangka
pesanan itu bukan sekadar pesanan tapi suatu wasiat yang diamanahkan.
Pagi
ini aku bertekad untuk tidak lagi membiarkan kesunyian dan kemurungan ini
menghantui diriku selamanya. Aku mula banyak menghabiskan masa di kolej,
mengambil jam kredit lebih daripada biasa agar aku boleh menyibukkan diri
dengan pelajaran lantas tidak selalu mengingati peristiwa hitam tersebut. Selain
itu, aku juga mula menjalankan tugas sebagai pemilik baru restoran yang dahulunya
dimiliki oleh kakak. Aku mengubah beberapa perkara di dalam restoran agar
restoran tersebut tidak terlalu mengingatkan aku pada kakak. Segala hiasan dan
perabut disusun atur semula. Walaupun restoran itu menyimpan pelbagai memori
bersama kakak dan keluarga, aku fikir ini adalah yang terbaik bagi aku untuk
meneruskan hidup dan melaksanakan wasiat mummy.
Pak
Cik Azam yang dinanti-nanti telah tiba di rumahku. Aku harap dengan kehadiran
Pak Cik Azam kehidupan aku akan menjadi lebih baik dan tidak terlalu memikirkan
peristiwa yang lalu. Setibanya Pak Cik Azam di rumah, dia mengajak aku ke suatu
tempat yang dia enggan beritahu. Rahsia katanya. Elok juga dia mengajak aku
keluar sekurang-kurangya aku tidak selalu terperap di rumah. Sepanjang
perjalanan, Pak Cik Azam menceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah
keluarga mummy daddy. Katanya mummy dan daddy bercinta sejak dari bangku
sekolah lagi. Mereka tidak ubah seperti merpati dua sejoli. Mummy dan daddy
tidak pernah menceritakan sejarah perhubungan mereka kepada ku mahupun kepada
kakak dan abang. Malu mungkin kali nya. Aku tersenyum mendengar celoteh Pak Cik
Azam sepanjang perjalanan ke tempat aku tidak pasti mana tujunya.
Setelah
lebih kurang satu jam perjalanan, Pak Cik Azam memberhentikan kereta di hadapan
bangunan yang tersergam indah. ‘Tempat apa ni pak cik? ‘. Pertanyaan aku itu
tidak dijawab malah dibalas dengan senyuman sahaja. Pak Cik Azam membawa aku
masuk ke dalam bangunan tersebut lalu menaiki lif ke tingkat 8. Sejurus keluar
daripada lif, kami disambut oleh seorang wanita berkulit sawa matang dan
memakai pakaian seperti peguam. ‘Hai, saya CIk Khatijah, peguam En Ibrahim Bin
Ismail.’ Wanita itu tersenyum mesra dan memperlawa kami ke pejabatnya. Kemas
dan tersusun penuh dengan fail-fail. Dengan tenang dia mengambil beberapa fail
daripada rak yang berkunci dan meletakkanya di atas meja sambil mempelawa kami
duduk. Sehelai demi sehelai kertas diselak oleh wanita tersebut. Lalu dia
berhenti menyelak pada sebuah kertas berwarna kuning. Dia mengeluarkan kertas
tersebut dan meletakkan di hadapanku. Aku masih terpinga-pinga apakah yang
ingin disampaikan oleh wanita ini dan Pak Cik Azam.
‘En
Kamal, baca dokumen ini dahulu kemudiaan saya akan terangkan.’ Kata wanita
tersebut sambil menyelak-nyelak beberapa helaian lain dari fail yang ada di
atas meja. Aku meneliti kertas kuning yang diberikan kepadaku. Ianya sepucuk
surat yang ditulis oleh daddy. Tulisannya yang agak sukar dibaca membuat aku
binggung seketika. ‘Sudah selesai, En Kamal? ‘ Aku mengangguk sahaja walaupun
aku tidak berapa memahami kandungan surat tersebut. ‘Dalam surat ini ada
mengatakan bahawa sekiranya apa-apa berlaku kepada En Ibrahim Bin Ismail,
wasiatnya hendaklah dilaksanakan dengan segera.’ Wanita itu seakan mengetahui
aku masih dalam keadaan kebingungan. ‘Wasiat? ‘ Tanyaku kembali kepada wanita
tersebut. Kali ini Pak Cik Azam
mencelah. ‘Mummy dan daddy Kamal mahu Kamal menguruskan perniagaan mereka
sebaik sahaja Kamal tamat belajar nanti’. Wanita itu kemudian menyambung
‘Tetapi sementara En Kamal belum menamatkan pengajian, perniagaan En Ibrahim
akan diuruskan oleh adiknya iaitu En. Azam Bin Ismail.’ Pak Cik Azam cuma diam
sambil mengangguk setuju. Wanita itu meneruskan penerangannya lagi, ‘Bersama
dengan dokumen ini dilampirkan senarai aset di bawah nama En. Ibrahim Bin
Ismail dan Pn. Marissa Stage’. Aku mendapati bahawa jumlah aset tersebut
melebihi RM 2.3 billion. Terdapat banyak dokumen hartanah yang tidak pernah
disebutkan oleh mummy dan daddy semasa mereka masih bersamaku. Aku tidak
mengerti mengapa mummy dan daddy menyembunyi aset-aset tersebut daripada
pengetahuan aku.
Wanita
itu mengambil kembali dokumen-dokumen tersebut dan meletakkannya di dalam fail
dan kembali mengunci fail-fail tersebut dalam rak yang berkunci tadi. ‘En. Kamal
tidak perlu risau mengenai semua perkara yang saya tunjukkan tadi’. Segala aset
dan perniagaan akan diuruskan dengan baik oleh pihak syarikat dan En Azam Bin
Ismail sehinggalah En Kamal tamat pengajian.’ Kata wanita tersebut sambil
menghulurkan aku secawan kopi. Aku menghirup kopi tersebut tanpa berkata
apa-apa kerana banyak perkara yang bermain di mindaku saat ini. Sementara aku
menghabiskan minuman tersebut, wanita tersebut menceritakan mengenai serba
sedikit mengenai perniagaan mummy dan daddy. Aku diberitahu bahawa mummy dan
daddy merupakan ahli perniagaan yang terkenal tetapi mereka mengasingkan aset
mereka di beberapa buah negara Asia dan Eropah atas alasan keselamatan keluarga
ku. Pertemuan aku dengan wanita tersebut bagai satu pertemuan yang aku tidak
pernah aku jangkakan daripada Pak Cik Azam. Sangkaanku Pak Cik Azam mahu
mengajak aku keluar mengambil angin ternyata meleset sama sekali. Sebelum
mengakhiri pertemuan tersebut, wanita itu memberikan aku satu beg galas.
Katanya ini adalah kepunyaan daddy dan lebih berharga berbanding semua
aset-aset lain. Kata-katanya sungguh tidak masuk akal, bagaimana sebuah beg
galas boleh berharga lebih RM 2.3 billion!
Aku
menggalas beg tersebut dan meninggalkan pejabat tersebut dengan seribu satu
macam perasaan dan perkara yang bermain di mindaku. Jikalau tadi, sepanjang
perjalanan menuju ke pejabat tersebut aku tersenyum mendengar celoteh Pak Cik
Azam, kini aku hanya mampu diam dan memerhatikan suasana diluar tingkap kereta.
Pak Cik Azam cuba memecah kesunyian, ‘kenapa ni Kamal? Kamal asyik diam sejak
pulang dari pejabat tadi’. Aku terus mendiamkan diri tidak tahu bagaimana mahu
respon kepada pertanyaan Pak Cik Azam. Aku sendiri keliru apa yang sedang aku
rasakan. Adakah aku gembira kerana disebalik peristiwa hitam yang berlaku, aku
ditinggalkan dengan aset yang tidak akan pernah dapat aku habiskan sepanjang
hidupku atau aku merasa terharu atas kerja keras mummy dan daddy selama ini
yang tidak pernah mengeluh berusaha mencari mata pencarian agar aku boleh
meneruskan hidupku. Tetapi yang pasti aku sedar bahawa kehidupan aku tidak akan
sama seperti dahulu lagi. Aku meminta Pak CIk Azam agar merahsiakan perkara ini
daripada pengetahuan sesiapa pun termasuklah rakan karibku, Izman kerana aku
bimbang persahabatan yang disemai dengan rasa prihatin dan tanggungjawab
bertukar menjadi ketamakan terhadap harta dan wang. Permintaan aku itu
dipersetujui oleh Pak Cik Azam.
Perjalanan
pulang ke rumah yang agak janggal itu berakhir, apabila kereta Pak Cik Azam
memasuki kawasan rumahku pada saat azan Zohor berkumandang. Pak Cik Azam yang
belum lagi mengeluarkan beg pakaiannya dari keretanya sejak tiba di rumahku
pagi tadi, hanya banyak tersenyum dari bercakap kepada ku. Pak Cik Azam seakan
memahami aku tidak mahu bercakap mengenai perjumpaan tadi buat masa ini. Aku
turut membantunya mengeluarkan beg pakaiannya. Tidak banyak barang yang dibawa
oleh Pak Cik Azam. Cuma ada sebuah beg pakaian dan sebuah beg komputer riba. Aku
membawa Pak Cik Azam masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik tetamu yang
terletak di tingkat dua. Pak Cik Azam memecah kesunyian dengan berkata, ‘Rumah
Kamal tak banyak berubah sejak kali terakhir pak cik datang tahun lepas kan?
Cuma agak sunyi tanpa mum, daddy, along dan angah’ Walaupun Pak Cik Azam sedar
kata-katanya kembali mengingatkan aku kepada mereka berdasarkan reaksi aku yang
diam dan tidak berkata apa-aoa. ‘Pak cik pun rindukan mereka macam mana Kamal
rindukan mereka. Pak Cik rasa amat terkilan sebab tidak sempat melawat Kamal
sewaktu majlis pengebumian tempoh hari. Pak Cik tak dapat berjumpa dengan
mereka buat kali terakhir.’ Kata-kata Pak Cik Azam tiba-tiba terhenti. Aku
nampak mata Pak Cik Azam merah seakan mahu mengalirkan air mata tetapi dengan
pantas Pak Cik Azam melapkan air mata yang tidak sempat membasahi pipinya.
Cermin mata yang dipakainya ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Aku yang
tadi berasa hanya aku sahaja yang merasakan kehilangan keluargaku kini merasakan bahawa mungkin Pak Cik Azam lebih
merindui mereka daripada aku.
Pak
Cik Azam mengajak aku menunaikan solat Zohor bersamanya. Aku dengan segera
meninggalkan Pak Cik Azam sebentar dan menuju ke bilik air untuk berwuduk. Aku
sedar sebaik sahaja aku menutup pintu bilik tetamu, Pak Cik Azam kembali
mengalirkan air mata menangisi pemergian keluargaku. Aku kira Pak Cik Azam
adalah orang yang akan memenangkan aku daripada kesedihan ini akan berubah
apabila aku pula yang seharusnya selepas ini membantu Pak Cik Azam
menghilangkan kesedihannya. Aku sengaja masuk ke bilik tetamu agak lewat kerana
ingin memberi sedikit waktu kepada Pak Cik Azam untuk melayani perasaannya.
Sesaat aku memasuki bilik tetamu, Pak Cik Azam sudah siap sedia dengan baju
melayu dan kain pelekatnya sambil tersenym dan mengajak aku solat bersama.
Solat Zohor hari ini agak bermakna kerana selepas peristiwa hitam tersebut ini
kali pertama aku dapat berjemaah dengan ahli keluarga aku di rumah. Selepas
selesai solat Zohor aku bersalaman dengan Pak Cik Azam. Tanganya erat aku
genggam dengan niat dapat menghilangkan sedikit rasa sedih di dalam hatinya.
Petang ini aku ada kelas di kolej. Sebaik sahaja selesai berdoa
selepas solat Zohor, aku memberitahu Pak Cik Azam aku akan ke kolej dan akan
pulang agak lewat kerana petang ini aku ingin kembali ke gelanggang futsal yang
lama aku tidak basahi dengan peluhku sejak peristiwa tersebut. Pak Cik Azam
cuma mengangguk dan berpesan ‘Jangan pulang lewat sangat, Malam ini Pak Cik
Azam masak untuk makan malam ye’. Aku juga mengangguk dan kembali meninggalkan
Pak Cik Azam di bilik tetamu. Aku menuju ke bilik aku dan bersiap-siap untuk ke
kelas. Fail dan computer riba aku masukkan ke dalam beg galasku. Sebelum aku
meninggalkan bilik aku terpandang beg galas yang diberikan oleh peguam daddy
pagi tadi. Jiwakku meronta ingin tahu apakah isi yang terkandung di dalam beg
tersebut. Lamunan aku tersentak dengan teguran Pak Cik Azam, ‘Belum pergi kolej
lagi?’ Aku tersenyum dan berkata ‘Nak pergi la ni’ sambil menunjukkan kunci
kereta kepadanya. Perasaan ingin tahu aku terhadap kandungan beg tersebut aku
terpaksa tinggalkkan.
Aku
tiba di kelas agak lewat. Lecturer aku hanya tersenyum dan meminta aku segera
mengambil tempat duduk. Selalunya di dalam kelas aku dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada kelas, tetapi aku asyik terfikir mengenai pertemuan pagi
tadi. Pusaka yang ditinggalkan oleh mum dan daddy kepada aku datang dengan
tanggungjawab iaitu menguruskan perniagaan mereka selepas aku tamat pengajian.
Mungkin ini sebabnya mum beriya-iya meminta aku untuk meneruskan pelajaran
dalam bidang pengurusan perniagaan di kolej. Teringat akan tanggungjawab
tersebut, aku kembali menumpukan perhatian di dalam kelas. Hati kecil aku
kerkata, ‘Demi pusaka dan wasiat mum dan daddy!
Pagi ini aku bangun dengan begitu puas sekali. Mungkin kerana malam
tadi aku dapat tidur dengan nyenyak selepas kepenatan bermain fusal bersama
rakan-rakanku. Siapa sangka Pak Cik Azam adalah seorang yang pandai memasak.
Masakannya malam tadi standing dengan masakan mum. Pagi ini aku tidak lagi
perlu menyediakan milo kegemaranku sendiri kerana kehadiran Pak Cik Azam di
rumahku bukan sahaja sebagai peneman malahan seperti mengembalikan kehadiran
mum yang selama ini menguruskan segalanya bagiku. Maklumlah aku anak yang
paling bongsu dan manja. Aku bersarapan dengan semangat pagi ini. Permulaan
hari yang baik yang aku kira sudah lama aku tidak rasakan. Pak Cik Azam
memulakan perbualan pagi ini sambil menghidangkan aku sepinggan nasi goreng,
‘Kamal banyak kelas hari ini?’. ‘Banyak juga, ade kuiz dengan discussion nanti,
pak cik pula buat apa hari ini?. Pertanyaanku kepada Pak Cik Azam bagi
memanjangkan lagi perbualan itu. ‘Pak cik hari ini nak pergi melawat tapak
pembinaan yang pak cik cerita dalam telefon tempoh hari’. Kami terus berbual.
Kadang-kadang aku tertawa dengan coloteh Pak Cik Azam pagi ini. Selepas
bersarapan, aku bergegas ke kolej.
Hari
ini aku menghadiri kelas seperti biasa. Satu demi satu kelas aku hadiri dan
sekarang tiba waktu tengahhari. Aku menuju ke kafe untuk makan tengahhari.
Izman yang menemani aku ke kafe juga menyedari bahawa aku lebih bersemangat
hari ini. Izman adalah satu-satunya rakan aku di kolej yang mengetahui mengenai
peristiwa hitam yang berlaku, hakikat yang aku kini sebatang kara. Aku
memintanya merahsiakannya daripada rakan-rakan aku yang lain. ‘Bro, aku tengok
kau hari ini semangat je? Macam baru menang loteri dah aku tengok kau ni?’
Tanya Izman kepada aku. Dalam hati ku seperti menginya apa yang dikata oleh
Izman, menang loteri. ‘Mane ade, aku cam biase je. Kalau aku memang loteri pun
aku takkan kongsi dengan kau pun’ gurauan aku terhadap Izman sedikit merubah
raut wajahnya. ‘Sampai hati ko tak nak kongsi dengan aku lepas menag loterikan?
‘ Lantas Izman berjalan sedikit laju ke hadapan meninggalkan aku. Aku membalas
respon Izman, ‘La merajuk ke? Aku main-main jela’. Dalam aku mempercepatkan
langkah aku untuk mengejar Izman di hadapan aku, tiba-tiba aku terlanggar
seseorang. Perempuan! Perempuan itu jatuh ke lantai dan buku-buku yang
dibawanya bertaburan di sisinya. Aku dengan dengan segera meminta maaf sambil
membantunya mengutip buku-bukunya tanpa memandang ke wajah perempuan itu. Aku
rasa sangat bersalah sehingga aku tidak dapat menatap wajah perempuan tersebut.
Dalam kesibukan aku mengutip buku-buku tersebut, tiba-tiba bahu dipukul dengan
buku. Agak kuat. Pukulan kuat itu diikuti dengan pekikan perempuan
tersebut.’Awak lagi!’ katanya kepadaku. Rupa-rupanya perempuan yang aku langgar
itu adalah gadis cliché yang
menghubungi aku melalui facebook tempoh hari.
Tanpa
banyak bicara, belum sempat aku memohon maaf, gadis cliché itu meninggalkan aku dengan segara selepas dia
merampas bukunya dari tanganku. Izman hanya menggelakkan aku dari jauh. Lalu
dia berlari ke arahku sambil berkata, ‘tu la main-main dengan aku lagi kan dah
kene pukul dengan perempuan’. Izman masih tidak henti ketawa. Bagi aku pun
memang agak lucu apa yang baru sahaja berlaku. Sebelum gadis cliché itu hiilang dari pandangan aku, aku sempat
menjerit dari jauh kepadanya, ‘U! I sorry sangat2!’. Gadis cliché itu meneruskan langkahnya dan kemudian hilang
dari pandangan aku. Orang di sekeliling aku berbisik-bisik sesama sendiri. Ada
juga yang ketawa melihat apa yang berlaku. Saat itu aku hanya tahu satu
perkara. Aku mesti tinggalkan tempat itu dengan segera. Dengan pantas aku
mempercepatkan langkah aku tetapi kali ini dengan lebih berhati-hati. Aku tidak
mahu terlanggar sesiapa lagi. Izman yang pula yang terpaksa mengejar aku dari
belakang sambil tersenyum-senyum. Aku memilih untuk membiarkan Izman mengejar
aku kerana aku sedar sebaik sahaja dia dapat mengejar aku pasti akan ada
kata-kata gurauannya akan keluar dari mulutnya untuk membuat aku berasa lebih
segan.
Tibanya
di kafe aku, aku terus duduk di meja tanpa mengambil makanan. Peristiwa tadi
tidak dapat aku hiraukan dari fikiran aku. Kadang-kadang aku tersenyum seorang
diri mengenangakan apa yang berlaku. Lamunan aku terhenti apabila Izman duduk
di meja aku. ‘Alamak bro, senyum sorang-sorang apehal, ko minat ke dengan budak
perempuan tadi, ke ko ade tersentuh kat mana-mana kat body perempuan tadi?’ Aku
tidak tahu bagaimana mahu respon kepada gurauan Izman. Aku hanya tersenyum
kepadanya dan meninggalkan meja untuk mengambil makanan. Izman mengekori aku
dari belakang dengan senyuman sinisnya yang tidak henti-henti. Semasa aku
memilih makanan, aku terserempak dengan Dr Razman. Saat ini aku tahu aku perlu
fikirkan alasan yang perlu aku berikan kepada Dr Razman kerana menolak pelawaan
makan malamnya tempoh hari. Tanpa sempat aku memikirkan alasan yang munasabah
untuk aku berikan, Dr Razman sudah ada di hadapan aku. Aku hanya diam tidak
tahu bagaimana mahu memulakan perbualan.’Kamal sihat? Lama tak jumpa. I ade
buat salah ke, Kamal lama dah tak lepak dengan I?. Pertanyaannya aku jawab
dengan mengalihkan topik perbualan. ‘Dr dah makan? Dessert baru ni sedap tau
Dr.’ Dr Razman menggaru kepala. Aku tahu dia sedikit ralat aku tidak respon
kepada soalannya namun dia tetap melayan aku. ‘Oh, I belum makan lagi, nak
makan la ni? Kamal nak teman I makan? Aku tahu kali ini aku tidak boleh
mengecewakannya Dr Razman lagi. Aku menjawab ringkas pelawaan Dr Razman itu.
Jom!
Makan
tengah hari ini menjadi sedikit janggal. Biasanya sebelum peristiwa hitam
tersebut aku sering makan tengah hari dengan Dr Razman. Kami bagai kawan baik.
Walaupun kadang kala ada antara rakan-rakan yang menyifatkan hubungan aku
dengan Dr Razman agak terlalu rapat sehingga ada gosip liar yang mengatakan
kami adalah homoseksual. Tetapi makan tengahhari ini bukan antara kami berdua
sahaja. Izman turut berada di meja makan. Aku tidak banyak bicara kerana rasa
bersalah terhadap Dr Razman masih ada dalam diriku. Seakan memahami apa yang
sedang aku rasakan, Dr Razman berkata, ‘ I tak terasa pun pasal hari tu, Izman
dah bagi tahu I yang U deman kan? I
faham.’ Aku lega dengan kata-katanya itu. Aku kira pelawaan Dr Razman untuk
makan tengahhari ini untuk menuntut penjelasan daripada aku. Perbualan kami
kembali kepada nada yang normal. Perasaan bersalah aku berhadap Dr Razman
berkurangan. Makan tengah hari itu dibayar oleh Dr Razman walaupun aku dan
Izman mempelawa untuk membayarnya tetapi Dr Razman tetap ingin membayar. Rasa
sedikit segan. Dr Razman lantas berkata, ‘Macam tak biasa pulak’. Sebelum
meninggalkan Dr Razman aku mengucapkan terima kasih kepadanya. Sekali lagi
seperti biasa Dr Razman mengenyitkan matanya kepada aku. Aku cuma tersenyum
bagi membalas kepada reaksi Dr Razman itu.
Selepas
makan tengah hari itu, aku kembali menghadiri kelas. Kali ini aku dapat menumpukan
perhatian di dalam kelas. Berbekalkan wasiat mum dan daddy sebagai pembakar
semangat aku, aku mencuba sedaya upaya untuk memahami pelajaran yang diajarkan
oleh lecturer. Kelas berakhir pada petang itu dengan baik sekali. Kuiz dan
discussion berjalan dengan lancar. Sebelum pulang ke rumah aku mengajak Izman
ke restoren milik kakakku untuk minum petang. Sebagai pemilik baru restoren
tersebut aku perlulah sering berada di situ bagi memastikan keaadaan dan
perjalanan perniagaan lancar. Sambil
minum petang, Izman sempat mengungkit kembali peristiwa pagi tadi yang mana aku
terlanggar gadis cliché di kolej.
Aku hanya mampu membiarkan Izman menggelakkan aku. Kadang-kala aku pun tergelak
dengan peristiwa tersebut kerana pada aku jika peristiwa itu tidak berlaku
kepada aku, aku juga akan menggelakkan gadis cliché itu kerana cara gadis cliché itu rebah ke lantai amat lucu sekali. Dalam
keseronokan kami ketawa sesame sendiri. Aku terlihat gadis cliché itu di dalam restoren. ‘Alamak bro! Ko nampak
ape aku nampak?’ tanye aku kepada Izman. Izman memandang ke arah belakang,
‘Baru je ko cerita pasal perempuan tadi, dia dah muncul ade jodoh ke kau ni
dengan dia? ‘ Barangkali kata-kata Izman sedikit kuat sehingga di dengari oleh
gadis cliché tersebut. Tanpa
banyak bicara gadis cliché itu
mengambil minuman Izman lalu mencurahkan ke muka Izman. Aku gelak besar. Padan
muka, Bro! Dalam pada aku menggelakkan Izman tiba-tiba gadis cliché tersebut mencapai minuman aku dan membuat
perkara yang sama kepada aku. Aku berhenti ketawa. Kali ini Izman pula yang
menggelakkan aku. Aku merasakan tindakan gadis cliché agak melampau kerana dia memalukan kami di
hadapan orang ramai. Aku bangun dan
memekik kepada gadis cliché , ‘Apa masalah U ni? I dah minta maaf kan
tadi? U nak ape lagi hah!?.’ Pekikan aku menarik perhatian ramai. Gadis cliché
itu agak terkejut dengan pekikan lantang aku lalu memukul aku dengan fail yang
dibawanya dengan kuat dan berlalu pergi dari restoren. Izman menggelakkan aku
lagi sambil berkata, ‘Dua kali bro! Dua kali!’.
Aku
yang pada mulanya marah kemudian ikut ketawa bersama Izman. ‘Tu r cakap siang
pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik.’ Ucap salah sorang pekerja restoren
sambil menghulurkan sekotak tisu kepada
aku. ‘Dah r bro. Jom balik tukar baju, dah melekit badan aku ni’. Ajak
aku kepada Izman. Izman yang masih ketawa bangun dari kerusi berjalan bersama
aku menuju ke kereta. Berbeza dengan makan tengah hari tadi, minum petang ini
lebih menyeronokkan. Walaupun tindakan gadis
cliché itu agak melampau tetapi jauh di sudut hati aku, aku merasakan
aku memang patut disimbah dengan air minuman aku sendiri selepas tidak meminta
maaf dengan baik kepada gadis cliché tersebut. Maklumlah pagi ini bukan
kali pertama aku mengguris perasaan gadis cliché. Apa yang mampu aku
katakana sekarang aku geram sangat-sangat dengan U, gadis cliché!
Pagi ini aku bangun sedikit lewat kerana hari ini hari minggu dan
aku tiada kelas untuk dihadiri. Pak Cik Azam yang mengejutkan aku dari tidur.
Aku bangun lantas menuju ke bilik air selepas menyedari aku hampir terlepas
solat subuh. Perkara biasa yang dialami oleh kebanyakkan remaja apabila tiba
hari minggu akan bangun dan lewat solat subuh.
Selepas solat subuh aku bersarapan dengan Pak Cik Azam. Semasa sarapan Pak cik
Azam memberitahu dia akan keluar hari ini untuk menyelesailkan beberapa urusan.
Aku kira jika Pak Cik Azam keluar, aku pasti akan keseorangan di rumah. Tetapi
tidak mengapa kerana hari ini hari minggu dan aku hanya mahu berehat dan tidur
sahaja di rumah. Pak Cik Azam yang sudah siap berpakaian formal mencapai beg
bimbitnya dan sempat berpesan kepada
aku, ‘Jaga diri elok-elok kat rumah, Jangan bawa perempuan pulak pak cik keluar
ni.’ Aku tahu Pak Cik Azam sekadar mengusik aku di pagi hari. Tinggal aku
seorang di rumah. Aku menghilangkan kebosanan dengan membuat sikit kerja rumah
yang selama ini banyak dibuat oleh Pak Cik Azam sepanjang dia berada di sini. Basuh
baju, mop lantai, mengemas ruang tamu, membuang smapah, memasak dan lain-lain
kerja rumah cukup membuatkan masa pagi aku terisi dengan penuh bermakna.
Selepas makan tengah hari dan solat zohor, aku berhasrat untuk tidur sebentar
untuk menghilangkan kepenatan aku memerah keringat membuat kerja rumah.
Aku
baring di atas katil dan mula melelapkan mata. Tidak sampai 2 minit aku
melelapkan mata, telefon bimbit ku berdering. Argh! Ada sahaja yang mengganggu
di saat aku sedang berehat. Namun aku yakin bukan aku sahaja yang pernah
mengalami situasi seperti ini. Aku lihat pada paparan skrin telefon bimbit
tertera ‘Pejabat Restoren’. Aku membetulkan nada suara aku suapaya tidak
kedengaran seperti aku baru bangun dari
tidur. ‘Selamat petang,Kamal. Kak Yati ni. Hari tu Kamal ade cari pekerja
perempuan kan? Ni ada seorang perempuan datang minta kerja. Kak Yati dah minta
dia tunggu di pejabat. Kamal nak datang sini ke atau nak Kak Yati yang
uruskan?’ ujar salah seorang pekerja restoren. Aku kira sekarang ini aku adalah
pemilik restoren tersebut, jadi menjadi tanggungjawab aku untuk menguruskan hal
pekerja termasuklah pengambilan pekerja. ‘Kak Yati pesan dekat dia suruh tunggu
dalam 15 minit nanti Kamal sampai.’ Balas aku lalu menamatkan perbualan telefon
tersebut. Aku bersiap-siap untuk menuju
ke restoren. Ini adalah kali pertama aku mengambil pekerja sejak aku menjadi
pemilik restoren tersebut. Jadi aku tidak begitu arif tentang soalan-soalan
yang akan aku tujukan kepada bakal pekerja baru aku itu.
Sepaanjang
perjalanan aku menuju ke restoren aku berlatih seorang diri di dalam kereta
supaya di depan bakal pekerja baru aku itu nanti aku boleh kelihatan seperti
pemilik restoren yang berwibawa. Agak lucu memikirkan seawal umur aku 19 tahun
ini aku sudah boleh menemu duga orang lain untuk mencari pekerjaan. Lazimnya,
remaja seusia akulah yang ditemuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Kerana itulah
aku sedikit gugup untuk menemu duga bakal
pekerja aku yang aku tidak tahu siapa. Adakah lebih tua atau seusia dengan aku?
Adakah dia cantik atau tidak? Adakah dia orang yang yang aku kenal? Pelbagai
persoalan bermain di minda aku. Setibanya aku di restoren aku cuba menenangkan
diriku. Sepatutnya yang ditemu duga yang berasa gugup. Namun kali ini aku kira penyataan
itu salah. Sebelum aku masuk ke dalam pejabat, aku berjumpa dengan Kak Yati
untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai bakal pekerja baru tersebut. Kak
Yati bakal pekerja baru tersebut merupakan pelajar di kolej aku. Aku berasa
sedikit lega sekurang-kurangya beza umur aku dengan bakal pekerja baru tidaklah
terlalu jauh berbeza jadi tidaklah aku berasa begitu jangkal untuk menemu duga.
Aku
membuka pintu pejabat dengan perlahan. Ya Allah! Rupa-rupanya gadis cliché yang
menunggu untuk ditemuduga. Aku kira inilah sebab dia datang ke restoren semalam
bersama fail biru yang berada di atas meja yang dia gunakan untuk memukul aku
semalam. Seluruh perasaan gugup aku hilang dan berganti dengan perasaan marah
akibat disiram dengan air minuman aku semalam. Aku masuk lantas berkata,
‘Mana-mana I pergi mesti ade U kan? U ikut I ke? Ape masalah U ni? Gadis cliché
yang tidak tahu aku adalah pemilik restoren tersebut dan bakal menemu duganya
bertindak memarahi aku kembali, ‘Eh, awak yang ikut saye kan? Saye nak mintak
kerja kat sini, awak pun nak kerja kat sini, pergi la cari kerja kat tempat
lain!’ Wow. Yang ditemuduga memarahi penemu duga. Jarang berlaku. Aku ingin
sahaja memberitahu kepada gadis cliché tersebut yang aku adalah pemilik
restoren ini namun tiba-tiba idea yang sangat bernas muncul di minda aku. ‘Ok
fine! U nak keje sangat kat sini kan? U keje la. I tak ingin nak keje sama-sama
dengan U la!’ Aku keluar dari pejabat dan berjumpa kembali dengan Kak Yati. Aku
meminta Kak Yati memberitahu gadis cliché tersebut yang pemilik restoren
tidak dapat datang dan dia diterima kerja di sini mulai hari esok. Aku kira
inilah peluang terbaik untuk aku mengenakan gadis cliché yang sering
kali menyakitkan hati aku apabila dia menjadi pekerja aku.
Selepas
beberapa ketika Kak Yati memasuki pejabat, mendengar jeritan gadis cliché,
YES! Lantas gadis cliché itu keluar dari pejabat. Aku cuba untuk
menyembunyikan dirku agar tidak dilihat oleh gadis cliché.Namun aku
tidak berjaya. Gadis cliché meluru ke arah aku nak menunjukkan surat
penerimaan bekerja. ‘Saya dah dapat kerja kat sini. Awak dapat? Kan pemilik
restoren nak sorang je pekerja baru. Lagipun dia cari pekerja perempuan. Of
course la saye yang dapat!’ Lagak gadis cliché itu memualkan aku. ‘Ala, sebab
u perempuan je U dapat kerja sini. Tu je. Bukan sebab U cantik ke ape.’ Balas
aku kepadanya. ‘Lantakla awak nak cakap ape
pun yang penting, saya yang dapat kerja kat sini!’ kata gadis cliché itu
lalu pergi meninggalkan aku dengan penuh senyuman kemenangan. Tapi sebenarnya
senyuman kemenangan itu milik aku. Andai gadis cliché tahu bahawa
sekarang kini dia bergelar pekerja aku, sudah tentu dia akan berhenti kerja
serta merta. Aku tidak boleh biarkan itu terjadi kerana rancangan aku untuk
mengenakan gadis cliché itu akan gagal. Aku yang tadinya datang ke
restoren dengan perasaan gugup, kini bagai mahu melonjak gembira kerana
akhirnya aku punya peluang untuk membalas semua perbuatan gadis cliché kepada
aku termasuklah memalukan aku di depan orang ramai. Bermacam-macam rancang
sudah bermain di fikiran aku.
Hari minggu aku yang sepatutnya aku berehat di
rumah selepas penat berada di kolej, berakhir menjadi hari yang begitu
memenatkan. Hari ini seperti biasa aku akan ke kolej untuk menghadiri kelas.
Pagi ini Pak Cik Azam tidak menyediakan sarapan. Penat barangkali terpaksa
bekerja di hari minggu. Aku kira untuk dibandingkan kepenatan hariku semalam
tidak sama dengan kepenatan yang dialami oleh Pak Cik Azam sehingga sekarang
masih belum keluar dari bilik tetamu. Masih tidur barangkali. Sarapan pagi ini
cuma roti dan milo. Syukurlah dengan apa yang ada. Aku tidak mengejutkan Pak
Cik Azam dari tidur. Sepanjang Pak Cik Azam berada di sini ini kali pertama Pak
Cik Azam bangun lewat. Aku meninggalkan rumah untuk ke kolej. Pagi ini tanpa
bersalam dengan Pak Cik Azam. Di kolej, aku menghadiri kelas seperti biasa.
Cuma hari ini aku tidak lihat kelibat Dr Razman di mana-mana. Biasanya waktu
makan tengah hari dia ada di kafe. Entah mengapa aku merasakan hari ini orang
yang berada di samping aku menghilang seketika. Sedang asyik memikirkan
ketiadaan Dr Razman, aku terlihat dari jauh gadis cliché juga menuju ke kafe. Aku
memilih untuk tidak mencari gaduh dengannya. Bukan apa, aku kira lebih baik aku
melepaskan geram aku terhadapnya di restoren nanti. Maklumlah hari ini hari
pertama gadis cliché bekerja di restoren aku. Tetapi apabila aku lihat
riak muka dan gayanya yang riang dan gembira dari biasa membuatkan aku rasa
sedikit ragu-ragu untuk meneruskan rancangan aku terhadap gadis cliché.
Ada sesuatu tentang gadis cliché hari ini yang membuatkan dia nampak
lain. Barangkali gadis cliché gembira kerana dapat bekerja di restoren
aku. Mungkin dia benar-benar memerlukan wang buat masa ini dan berita dia
diterima bekerja benar-benar mengembirakannya. Sedang asyik aku memikirkan
mengenai gadis cliché, bahu aku ditepuk dari belakang. Izman tersenyum.
Aku kira aku sudah tahu apa yang ingin Izman katakan. ‘Dari tadi aku tengok ko
asyik perhatikan budak tu. Takkan baru langgar semalam dah jatuh hati bro? Dia
yang jatuh atas lantai, kau jatuh hati kat dia?’ Izman tak berubah dengan
perangainya yang asyik mengusik aku. ‘Mana ade. Giler aku jatuh hati kat gurl
cam tu. Dah la macam lelaki. Pukul orang sini sana.’ Balas aku kepada Izman.
‘Tapi bukan ko suka lelaki ke? Tu Dr Razman tu apa?’. Izman terus mengusik
aku.‘Itu lain la, bro!’ jawapan mudah aku kepada Izman. Aku tahu lagi banyak
jawapan aku, lagi banyak coleteh Izman.
Petang
ini aku datang ke restoren agak lewat. Sengaja. Tidak mahu gadis cliché menyedari
aku terlalu banyak meluangkan masa di
situ. Setibanya di restoran, aku lihat gadis cliché sudah mula bekerja.
Agak kekok tapi rajin. Cara gadis cliché melayan pelanggan begitu
berbeza dengan cara layanannya terhadap aku. Siapa sangka singa kolej yang
asyik memukul orang sini dan sana dengan failnya boleh menunjukkan sikap yang
berbeza bila berkerja. Tindak tanduknya hari ini membuatkan aku seperti tidak
pernah berjumpa dengan gadis cliché sebelum ini. Tiba-tiba sesuatu
dilempar ke atas meja aku. Menu! Gadis cliché berdiri di sebelah aku.
‘Awak lagi kan? Nak kacau saye keje? Cepat nak makan apa? Saya ada banyak
pelanggan lain nak layan ni! Keras sungguh layanannya terhadap aku. Aku sangka
gadis cliché sudah berubah. Rupa-rupanya masih sama. ‘Eh U ni tak boleh
cakap elok sikit ke? I report kat manager tempat ni baru U tau’. ‘Suka hati
saya la. Awak tu asyik menghabiskan duit mak bapak je. Orang kaya kan? Cepat la
nak ape? Gadis cliché terus menerus dengan sikap singa kolejnya. ‘Mak
bapak U jangan main ok! I tak minta duit U pun. Duit mak bapak I suka hati I
la, rupa macam jantan ada hati nak nasihat orang lain’ aku membalas keras
kepadanya. Pekikan aku membuatkan gadis cliché terdiam. Tiba-tiba dia
menunduk ke bawah dan seakan-akan mahu mengalirkan air mata. Aku tidak tahu
kata-kata agak terlalu kasar terhadapnya. Kak Yati tiba-tiba muncul entah dari
mana dan menyuruh gadis cliché masuk ke dalam dapur. Kak Yati
kemudiannya berkata kepada aku dengan lembut, ‘Perempuan walau keras mana pun
di luar, tapi di dalam memang lembut, Kamal. Tak pe Kak Yati settlekan dia.
Kamal nak apa-apa tak? Kak Yati buatkan.’ Kata-kata Kak Yati membuat aku rasa
begitu bersalah. ‘Tak pe la Kak Yati. Saye balik dulu. Penat’ alasan mudah aku
berikan kepada Kak Yati untuk melepaskan diri dari situasi yang agak janggal
itu. Aku terus bangun dan meninggalkan
restoren dengan perasaan yang bercampur baur.
Aku
kah yang bersalah? Layanan gadis cliché yang begitu dingin terhadap aku
mengingatkan aku pada saat mula-mula aku kenali gadis cliché. Aku juga
pada mulanya melayan dia dengan dingin. Mungkin ini cara gadis cliché membalas
perbuatan aku terhadapnya dulu. Walaubagaimana pun, jika tidak kerana insiden
tadi aku merasakan gadis cliché tidaklah begitu teruk sebagai PEKERJA
BARU!
Bab 5:
Kehilangan Pak Cik Azam
Aku masih terfikir mengenai tindakan aku terhadap gadis cliche
semalam. Adakah tindakan aku terhadapnya begitu kasar sehingga membuat dia
hampir menjatuhkan air mata. Aku kira mungkin itu kali terakhir gadis cliché
mahu berbicara dengan aku. Alangkah bagus jika along masih ada. Dapatlah aku
meminta pendapatnya mengenai situasi ini, Along bagaikan romeo semasa di bangku
sekolah dulu. Kata daddy perangai Along sama seperti Pak Cik Azam. Ya! Mengapa
tidak aku minta pendapat Pak Cik Azam mengenai hal ini. Sebut tentang Pak Cik
Azam, sejak pagi semalam aku tidak melihat kelibatnya di mana-mana. Agak aneh.
Sejak dia keluar kelmarin untuk ke tapak pembinaan, dia bagai lenyap begitu
sahaja. Aku mengambil keputusan untuk mencarinya di dalam bilik tetamu. Pintu
tidak berkunci. Aku mengetuk pintu dan membukanya dengan perlahan. Bilik kemas.
Namun tiada sesiapa di dalam. Aku semakin hairan. Adakah Pak Cik Azam tidak
pulang ke rumah sejak kelmarin. Pakaian dan beg Pak Cik Azam masih ada di dalam
almari. Tidak mungkin Pak Cik Azam sudah pulang ke luar negara tanpa
memberitahu aku. Tanpa membiarkan lebih banyak persoalan bermain di mindaku,
aku mengambil keputusan untuk menelefon telefon bimbit Pak Cik Azam. Tiada
jawapan. Terus ke peti pesanan. Aku semakin risau.
Pak
Cik Azam bukan seorang yang akan menghilang tanpa memberikan sebarang pesanan.
Barangkali sesuatu telah berlaku pada Pak Cik Azam. Tiba-tiba ku teringatkan
Cik Khatijah iaitu peguam daddy yang juga bekerja bersama Pak Cik Azam untuk
menguruskan harta keluargaku. Hari ini hari pertama dalam semester ini aku
tidak menghadiri kelas tanpa sebab yang dianggap kukuh oleh lecturer iaitu
bimbang akan pak cik yang tidak pulang ke rumah hakikatnya Pak Cik Azam bukan
lagi anak kecil yang perlukan perlindungan. Tetapi kehilangan Pak Cik Azam
benar-benar membuatkan aku risau sehingga aku nekad untuk menuju ke pejabat
peguam daddy, Cik Khatijah. Setibanya aku di pejabat Cik Khatijah, aku
dimaklumkan bahawa dia mengambil cuti dan ada meninggalkan nota buat aku di
mejanya. Aku semakin binggung. Cik Khatijah juga menghilangkan diri seperti Pak
Cik Azam. Pembantu Cik Khatijah menghulurkan nota yang ditinggalkan oleh Cik
Khatijah kepadaku yang juga ditulis di atas kertas berwarna kuning. Sama
seperti surat daddy yang ditunjukkan oleh Cik Khatijah tempoh hari. Cuma kali
ini tulisan yang digunakan agak kemas berbanding tulisan daddy. Aku kira ini adalah
tulisan Cik Khatijah sendiri. Tertulis di situ ''HATI-HATI". Aku semakin
hairan. Apakah yang sedang berlaku. Aku masih ingat lagi kali pertama aku
datang ke pejabat ini dan pulang dengan perasaan yang bercampur baur. Aku kira
kali ini pun begitu juga. Cuma ditambah lagi dengan perasaan risau yang
menghantui diri.
Setibanya
aku di rumah, Izman berada di dalam. Menunggu aku di ruang tamu. Aku tahu Izman
mahukan jawapan mengapa aku tidak ke kelas hari ini. Walaupun Izman adalah
rakan karib aku yang paling rapat, aku tidak tahu sama ada aku patut
memberitahu hal sebenar kepada Izman. Tentang harta peninggalan mummy dan
daddy, tentang kehilangan PaK Cik Azam dan tentang nota yang ditinggalkan oleh
Cik Khatijah buatku. Sama ada aku boleh percayakan Izman untuk aku berkongsi
perkara ini. Belum sempat aku membuat keputusan, Izman bertanyakan sesuatu pada
aku "Kau pegi mane tadi? Aku tak nampak kau dalam kelas tadi?" Tanpa
berfikir panjang aku menjawab dengan jawapan mudah yang aku kira sering digunakan
oleh pelajar kolej untuk menjelaskan ketidakhadiran ke kelas."Aku keluar
pergi klinik tadi. Tak sihat sikit ni". Aku tahu dengan memberi jawapan
sebegitu, aku terpaksa menghadapi situasi yang aku alami ini sendirian kerana
selain Pak Cik Azam dan keluarga aku, dia adalah orang yang paling rapat dengan
aku. Namun dia tetap orang luar yang aku perlu berjaga-jaga. Bukan apa.
Sehingga aku belum boleh betul-betul mempercayai Izman, biarlah aku seorang
yang menghadapi situasi ini. "Kau tak bagitahu aku pun kau tak sihat,
kalau tak aku boleh bawa kau ke klinik, pak cik kau mane? Tak temankan kau pegi
klinik?" Satu lagi pertanyaan Izman yang bakal aku jawab dengan penipuan.
"Dia dah balik dah semalam, ada hal penting dia kata, jadi dia terus
balik." Izman seperti tidak berpuas hati dengan jawapan aku. "Aku
lapar la. Jom pegi kedai. Aku belanja". Aku sengaja mengubah topik
perbualan. "Jom la. Aku dari tadi tunggu kau kat sini. Bagus la ko nak
belanja aku. Duit pun dah tak da nih .Hahaha." Balas Izman terhadap
pelawaan aku.Mujur dia tidak mengesyaki apa-apa.
Dari jauh aku lihat gadis cliché sudah berada di restoren.
Sibuk melayan pelanggan. Aku kira walaupun dia sibuk melayan pelanggan dan
bekerja untuk mencari duit lagi beruntung daripada aku yang sejak kebelakangan
ini ditimpa pelbagai peristiwa yang tidak aku duga akan berlaku. Tiba-tiba aku
teringat akan peristiwa semalam.
Buat seketika, kehilangan Pak Cik Azam tidak lagi menjadi persoalan
utama di mindaku. Saat ini aku lebih risau mengenai hal yang berlaku semalam.
Aku sedar kata-kata aku terhadap gadis cliché semalam agak kasar. Aku
cuba membawa Izman untuk ke kedai makan yang lain, tetapi hasrat aku tidak
kesampaian. Langkah keluar aku dari restoren dihentikan oleh orang yang aku
tidak sangka akan berbuat demikian. Gadis cliché memanggil aku dari
belakang. "Awak nak pergi mana? Belum order lagi kan. Cuaca panas ni,
Kalau saya buatkan awak jus tembikai nak tak?" Kata-kata gadis cliche itu
betul-betul membuatkan aku rasa serba salah. Aku tidak mampu untuk menatap
wajahnya sejak aku melemparkan kata-kata yang kasar semalam. "Kiteorang
tak minum jus tembikai, air tebu ade? " Izman tiba-tiba mencelah.
"Alah mengada la korang ni. Duduk la kejap. Saya buatkan." Aku masih
tidak boleh berkata apa. Izman yang seakan tidak ingat perbuatan gadis cliché
terhadapnya semalam terus duduk di meja yang sedang dibersihkan oleh gadis
cliche. Aku masih berdiri di situ. "Awak ni nak duduk ke tak? Kalau tak
nak saya buat air untuk Izman je" Gadis cliche sekali lagi mempelawa aku
untuk duduk. "Eh, nak. Mestila nak". Jawapan aku terhadap pelawaan
gadis cliche agak tersekat-sekat keluar dari mulut ku dek rasa bersalah yang
masih berada di minda. Selepas aku duduk, gadis cliche menunjukkan raut muka
yang manis sambil berkata "Tunggu kejap. Jangan balik pulak".
Tindakan gadis cliché hari ini sungguh aneh. Biasanya dia sungguh kasar
terhadap aku. "Kenapa dia macam tu? Tak macam biasa pun. Pelik la."
Aku mengajak Izman untuk berbicara mengenai tingkah laku gadis cliche.
"Kau ni orang buat baik salah, buat tak baik salah, kau nak dia macam mana
lagi?" Izman seperti benar-benar tidak kisah mengenai kejadian semalam.
"Bukan ape. Dia tu baik semacam. Macam kene rasuk jin aje". Aku masih
tidak berpuas hati dengan tindak tanduk gadis cliche. "Eh kau ni bukan-bukan
je". Izman menyangkal sangkaan aku. Adakah tindak tanduk gadis cliche ade
kaitan dengan Kak Yati. Apa yang Kak Yati beritahu gadis cliché sehingga
dia berubah begitu. Dalam aku sibuk memikir banyak perkara yang berada di minda
aku, gadis cliché kembali ke meja sambil membawa dua gelas air tebu.
"Nah, air tebu dua. Saya buat extra sejuk untuk korang." Gadis cliche
menghidangkan minuman dengan begitu sopan sekali. Izman tiba-tiba mengajak
gadis cliché duduk bersama di meja. "Awak tak penat ke kerja hari ni.
Pelanggan pun tak ramai. Duduk la kejap sembang dengan kiteorang." Argh.
Lagi aku ingin mengelak dari gadis cliché, lagi Izman cuba membuat
sesuatu yang mendekatkan kami berdua. " Boleh la. Lagi pun syif saya dah
nak abis dah ni". Gadis cliche menarik kerusi dan duduk bersama kami. Buat
kali pertama aku duduk semeja dengan gadis cliché. Aku tidak tahu
bagaimana mahu memulakan perbualan. Tapi
aku tak risau, kerana Izman berada bersama aku. "Kite dah selalu jumpe
tapi aku tak tahu pun nama awak?" Izman bertanyakan sesuatu yang aku
sendiri dari dahulu ingin tahu mengenainya. " Nama saya? Saya ingat awak
takkan tanye. Dah sombong semacam. Nak berkenalan kat facebook pun tak boleh
kan". Aku tahu gadis cliché menyindir tindakan aku tempoh hari
menolak permintaannya untuk berkenalan denganku. Hakikatnya aku bukanlah
sombong seperti yang disangka oleh gadis cliche. Cuma aku tidak bersedia untuk
ada apa-apa hubungan dengan mana-mana perempuan di kolej. Aku mengubah topik
perbualan. " U okay ke? Pasal semalam I minta maaf terkasar dengan U. I
betul-betul tak sengaja." Gadis cliche tersenyum. " Alah okay je.
Saje je buat drama semalam. Nak buat Awak rasa bersalah" Gadis cliche
tertawa kecil. Kata-katanya membuatkan aku lega seketika.
Kami
berbual panjang petang itu. Perbualan bersama gadis cliche tidak seperti yang
aku sangka. Aku kira dia seorang yang sentiasa pemarah. Tetapi kadang kala dia
juga berjaya membuat aku tertawaa dengan jenaka dan celotehnya. Hubungan kami
semakin baik. Tindakan Izman mempelawa gadis cliche untuk duduk bersama, pada
mulanya aku tidak setuju tapi kini akku berterima kasih kepadanya. Jika tidak,
aku tidak akan pernah tahu sikap sebenar gadis cliche yang aku masih tidak tahu
namanya. Perbualan kami berakhir dengan begitu baik sekali. Aku meminta Izman
menemani aku malam ini. Kehilangan Pak Cik Azam membuatkan rumahku kembali
kosong. Apatah lagi Pak Cik Azam hilang tanpa khabar berita. Disebalik
keseronokkan aku berbual dengan Izman dan gadis cliche, aku tetap risau akan
KEHILANGAN PAK CIK AZAM.
Bab 6 : Desa Permai Nan Indah
Sudah lama aku rasakan sejak kali terakhir aku melawat kampung
halaman daddy. Maklumlah daddy seorang yang sibuk bekerja. Tambahan pula
grandpa dan granny sudah lima tahun meninggal dunia. Sejak itu, daddy kurang
mengajak kami sekeluarga pulang ke kampung halaman daddy. Katanya tidak ada apa
yang tinggal buatnya di sana kecuali kesedihan. Selepas kehilangan misteri Pak
Cik Azam, aku kira inilah masa terbaik untuk aku pulang ke kampung halaman
daddy. Bukan sahaja untuk mengimbau kembali kenangan lalu malahan juga untuk
mencari jawapan kehilangan Pak Cik Azam. Manalah tahu jika ada seseorang di
sana yang boleh memberikan jawapan buat persoalan yang berada di minda aku saat
ini. Kebetulan pula cuti pertengahan semester bakal tiba tak lama lagi.
Beberapa hari sebelum cuti, seperti biasa kehidupan sebagai pelajar kolej, ada
banyak test dan tugasan yang harus disiapkan. Tidak kurang juga ada pelajar
kolej yang sudah pulang awal ke kampung halaman masing-masing kerana sudah
habis menduduki test. Maklumlah mereka semua tinggal di hostel bukan seperti
aku yang tinggal bersama keluarga di rumah sendiri. Tidak perlu rasanya untuk
terburu-buru dan begitu teruja untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi cuti
pertengahan semester kali ini, agak berbeza tanpa keluargaku. Jika dahulu mummy
yang selalu merancang percutian kami sekeluarga, kali ini aku harus merancang
percutian aku sendiri. Sekali sekala menghirup udara segar desa setelah apa
yang berlaku kebelakangan ini mungkin rehat yang terbaik bagi aku.
Hari ini adalah hari terakhir sebelum cuti pertengahan semester
bemula. Namun begitu keadaan kolej sudah mula lengang. Aku kira keadaan yang
sama berlaku di kolej-kolej yang lain. Aku mengambil kesempatan pada hari
terakhir ini untuk mengucapkan selamat jalan kepada rakan-rakan kolej aku yang
belum lagi pulang ke kampung halaman. Ada juga yang mengeluh kesedihan tidak
dapat pulang ke kampung halaman kerana terdapat tugasan dan program yang perlu
diuruskan. Tidak kurang juga ada yabg bertanyakan soalan yang aku tidak mahu
menjawabnya seperti "Family kau rancang pergi mana pula kali ni? Maklumlah
orang kaya mesti pergi bercuti jauh-jauh kan" Mereka masih tidak tahu yang
aku tinggal sebatang kara di dunia ini. Aku yang memilih untuk tidak
memberitahu mereka mengenai kehilangan ahli keluarga aku kerana aku tidak mahu
menerima simpati yang tidak ikhlas dari mereka kerana keluarga aku berada dan
juga barangkali ada yang mengambil kesempatan terhadap situasi yang aku hadapi
ini.
Dalam kelekaan aku bersalam salaman dengan rakan-rakan aku sambil
mengucapkan selamat jalan, aku teringat akan gadis cliché. Mungkin aku
juga patut mengucapkan selamat jalan buatnya. Setelah hubungan kami semakin
baik sejak perbualan di restoren tempoh hari, aku rasa aku harus menemuinya
sebelum aku juga berangkat pulang ke kampung halaman daddy.
Setelah selesai semua urusan aku di kolej maka berakhirlah kuliah
bagi separuh semester ini. Akhirnya tiba juga giliran untuk aku berehat setelah
penat belajar selama 7 minggu ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang timbul
kebelakangan ini, aku yakin bukan aku sahaja yang menanti saat cuti pertengahan
semester ini. Selepas pulang dari kolej aku terus menuju ke restoren untuk
bertemu dengan gadis cliché. Agak-agaknya apakah yang akan dilakukan
gadis cliche sepanjang cuti ini. Pulang ke kampung halaman barang kali. Aku
tiba di restoren lewat tengah hari. Restoren masih penuh dengan pelanggan
walaupun lunch hour hampir berakhir.Alhamdulilah. Perniagaan angah masih
berjalan lancar walaupun dia sudah tiada. Dalam keramaian di restoren, aku cuba
mencari gadis cliche. Aku lihat dia sibuk melayan pelanggan yang ada.Gigih
sungguh dia bekerja. Dalam kesempatan yang ada, aku menegurnya. "Hi, U.
Rajin kerja" "Mestilah rajin kerja. Ramai orang ni, awak nak apa-apa
ke? Awak duduk dulu nanti saya datang" Gadis cliche masih melayan aku
dengan baik walaupun dia sibuk melayan pelanggan. "Tak pela. I datang nak
ucap selamat bercuti semester pada U, U bila balik?" Aku cuba menjadi
seramah mungkin. "Saya tak balik la cuti ni. Jauh. Tiket mahal. Ingatkan
nak kerja je cuti ni, nak kumpul duit sikit". Gadis cliche memberikan
jawapan dengan separuh mengeluh. Aku tidak tahu apa mahu dikatakan padanya.
Takkan lah aku harus membelikan tiket untuknya meski pun aku mampu, tetapi
nanti adakah dia mahu menerimanya. "Ok la U. Kite jumpe lepas cuti nanti. Saye nak balik
kampung daddy I. Dah lama tak pergi sana." Aku mahu menamatkan perbualan
itu seawal mungkin kerana tidak mahu mengganggu gadis cliche bekerja. Sebelum
aku pulang dan mengemas barang-barang aku berjumpa dengan Kak Yati. "Kak
Yati, saya tengok budak perempuan tu rajin kerja. Akak tambah la elaun dia
yup." Aku rasa inilah perkara yang aku boleh buat untuk meringankan
bebannya tanpa diketahui oleh gadis cliche. Kak Yati mengangguk faham sambil
mengucapkan selamat jalan kepada aku.
Aku tidak berhasrat untuk menghabiskan masa cuti aku seorang diri.
Jadi aku mengajak Izman untuk pergi bersama. Tetapi malangnya dia juga ingin
pulang ke kampung halamannya sendiri. Aku rasa elok juga begitu dia meluangkan
masa. bersama keluarga sementara mereka masih ada tidak seperti aku. Ini
bermakna aku cuma ada satu pilihan sahaja lagi. Meskipun aku tidak begitu mahu
dia mengikut aku pulang ke kampung halaman tetapi aku tidak ada pilihan lain
selain mengajak Dr Razman untuk bersama menemani aku menempuh perjalanan yang
jauh ke selatan tanah air. Nasib masih menyebelahi aku. Dr Razman bersetuju
untuk menemani aku ke kampung halaman. Aku pulang ke rumah dengan segera untuk
mengemas barang-barang khusunya pakaian. Kali terakhir aku mengemas pakaian
adalah untuk pergi bercuti bersama keluarga aku. Tetapi kali ini, aku pergi
bersama Dr Razman. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana keadaannya bila aku
meluangkan masa yang banyak bersama Dr Razman. Setelah selesai mengemas barang,
aku menuju ke rumah Dr Razman. Aku kira lebih baik perjalanan ini menggunakan
kereta aku sahaja kerana aku yang mengajaknya jadi tidaklah Dr Razman merasakan
aku mengajaknya hanya untuk menjadi pemandu aku sahaja. Dr Razman keluar dari
rumah dengan beg yang agak banyak. Ya Allah! Macam nak pergi bercuti sebulan. "Dr
banyak nye barang. Kite pergi seminggu je pun" Aku menyindir Dr Razman
sedangkan aku tahu Dr Razman seorang yang metroseksual dan mementingkan
penampilan. " Alah kereta U ni besar. Tak pe kalau I bawa peti ais I
sekali kan" Dr Razman membalas sindiran aku dengan gurauan. Selesai semua
barang dimasukkan ke dalam kereta aku. Dr Razman menawarkan diri untuk memandu
tetapi aku kira lebih baik aku dan dia memandu secara bergilir-gilir.
Perjalanan ke kampung halaman daddy akhirnya bermula setelah sekian
lama aku tidak ke sana. Sepanjang perjalanan Dr Razman menghiburkan hati aku.
Pelbagai celoteh dan jenaka yang dibuat oleh Dr Razman membuat aku tidak
mengantuk sepanjang perjalanan. Hari kian gelap. Dr Razman pula yang memandu.
Aku mengambil kesempatan untuk berehat dan tidur sebentar setelah hampir 3 jam
memandu. Aku terlelap begitu cepat. Penat barangkali. Dr Razman memandu
bersendirian. Setelah kira-kira 2 jam kemudian, kami tiba di tempat daddy
dilahirkan. Dr Razman mengejutkan aku dari tidur yang lena. Aku mengambil aiih
kembali pemanduan kerana Dr Razman tidak mengetahui selok belok jalan di sini.
Banyak perubahan yang berlaku di kampung daddy. Tidak sama seperti kali
terakhir aku melawatinya. Akhirnya tiba di rumah peninggalan grandpa dan granny
yang kini tdak diami oleh sesiapa. "Kamal, U biar betul, macam rumah hantu
dah ni." Dr Razman menzahirkan perasaan takutnya melihat rumah yang besar
dan kosong "Alah Dr ni jangan takutkan saya. Saya pun dah lama tak datang
sini." Aku juga akui aku turut merasakan apa yang dirasakan oleh Dr
Razman. Namun aku gagahi juga diri ini. Aku keluarkan semua lampu suluh yang
ada. Banyak juga aku bawa ditambah dengan lampu suluh kepunyaan Dr Razman.
Maklumlah bekalan elektrik di rumah ini sudah diputuskan bagi mengelakkan berlakunya
litar pintas dan kebakaran. ´Dalam kegelapan dibantu dengan lampu suluh yang
ada, kami mengeluarkan barang-barang dari kereta. Aku masuk ke rumah dengan
lafaz basmalah berharap tidak ada apa yang tidak diingini berlaku. Sebenarnya
aku ini penakut juga. Setelah selesai meletakkan barang di dalam rumah dan
mengemas apa yang mampu, Aku dan Dr Razman terlelap di ruang tamu ditemani
lampu minyak tanah yang kami jumpa di dapur. Begitu tenang rasanya dapat tidur
di rumah di mana daddy membesar. Agaknya begini la suasana waktu daddy masih
kecil dulu ketika era bekalan elektrik tidak berada di semua tempat.
Alhamdulilah. Tidur kami lena malam tadi. Selepas selesai solat
subuh, aku keluar untuk melihat suasana pagi di sini. Ya Allah. Begitu indah
ciptaan Ilahi. Berbeza dengan malam tadi yang hanya dikelilingi kegelapan
malam, pagi ini disinari suria riang. Meskipun di selatan tiada sawah padi yang
mendamaikan tetapi pemandangan dari rumah atas bukit tempat daddy membesar ini
sungguh memukau pandangan. Dr Razman tertidur selepas solat subuh. Inilah
peluang aku untuk meninjau keadaan sekeliling dab bertemu dengan orang kampung
yang mungkin mengetahui misteri kehilangan Pak Cik Azam yang sehingga kini aku
gagal untuk hubungi. Aku tinggalkan sekeping nota di kaca televisyen buat Dr
Razman agar dia tidak tercari-cari akan aku apabila dia bangun dari tidur
nanti.
Aku berjalan sambil membawa kamera dan merakam suasana kampung yang
sudah banyak berubah. Pokok yang menghijau membekalkan udara segar di pagi
hari. Terdapat beberapa rumah yang dahulunya penuh dengan tawa penghuninya kini
sepi. Barangkali sudah berpindah ke bandar atau pun sudah pergi mengadap Ilahi
yang maha Essa. Aku tiba di kedai makan yang selalu dikunjungi daddy apabila
pulang ke kampung. Aku singgah sebentar di situ untuk membeli sarapan dan mana
tahu barangkali aku terjumpa dengan orang yang ada jawapan kepada persoalan
aku. Aku duduk bersendirian sambil melihat-lihat kembali gambar yang aku ambil.
Dalam kelekaan aku membelek-belek kamera aku, seorang wanita berbaju kurung dan
berusia hampir setengah abad datang ke meja aku. "Cucu Ismail ke?"
Wanita itu memulakan perbualan. " Ya, Saya Kamal. Ismail datuk saya"
Aku menjawab ringkas. "Lama dah mak cik tak nampak sedara arwah Ismail
datang sini. Panggil mak cik, Mak Ana. Nak makan apa untuk sarapan?".
Rupa-rupanya granpa dikenali di kawasan ini. "Erm, nasi lemak dua.
Bungkus. Mak Ana kenal dengan ayah saya, Ibrahim. Pak Cik saya Azam?" Mak
Ana membungkuskan nasi lemak sambil berkata " Mak Ana kenal diorang tu.
Selalu la jugak masa kecil-kecil Mak Ana datang ke rumah Arwah Pak Ismail. Eh
sebut pasal Azam, dia ada datang sini kelmarin. Nak ambil barang katanya."
Pak Cik Azam pulang ke kampug untuk mengambil barang tanpa memberitahu aku.
"Apa yang Pak Cik Azam cari Mak Ana?" Aku mencari kepastian. "
Dia kata dia cari beg lama. Tak sempat la Mak Ana tanye apa dalam beg tu sampai
penting sangat". Adakah Pak Cik Azam mencari beg galas daddy. Tetapi tidak
mungkin kerana Pak Cik Azam tahu bahawa beg galas daddy ada dengan aku.
"Nah, dua ringgit". Mak Ana siap membungkus nasi lemak. Aku
mengeluarkan wang dan memberikan kepada Mak Ana. "Terima kasih, Mak
Ana." Aku bergerak meninggalkan kedai makan. "Oh ya. Dia ada pesan
kalau ada apa-apa telefon dia". Mak Ana menghulurkan kad nama. Kad nama
itu tertulis no telefon Pak Cik Azam yang dia tidak pernah berikan kepada aku.
Dengan segera aku menghubungi no telefon tersebut. Aneh. "Nombor yang anda
panggil belum diaktifkan." Pak Cik Azam meninggalkan no telefon yang masih
belum digunakan lagi. Mengapa dia tidak tinggalkan sahaja no telefon itu di
rumah sebelum dia keluar meninggalkan aku secara misteri. Walaubagaimanapun
setelah ak mendengar perkhabaran mengenai Pak Cik Azam daripada Mak Ana, aku
sedikit lega. Aku tahu Pak Cik Azam baik-baik sahaja. Telefon bimbit aku
berdering. Dr Razman. "Hi, U pergi mana tinggalkan I sorang-sorang kat
rumah ni?" Aku tahu dia akan risau sebaik sahaja tidak melihat aku di
rumah selepas bangun dari tidur walaupun aku sudah meninggalkan nota.
"Saya keluar sekejap beli sarapan la Dr. Kejap lagi saya balik". Aku
terus meletakkan telefon. Bimbang Dr Razman akan bertanya yang macam-macam.
Setibanya aku di rumah grandpa, Dr Razman sudah berada di laman
rumah. Mengemas dan menyapu sampah. Dr Razman memang seorang yang mementingkan
kebersihan. "Dr. Razman tak payah la susah-susah sapu laman ni. Bukan kita
tinggal lama pun. Jom sarapan!" pelawa aku terhadap Dr Razman sambil
menunjukkan bungkusan nasi lemak yang aku beli tadi. Dr Razman yang aku tahu
sedang kelaparan kerana sejak malam tadi tidak menjamah apa-apa terus
meletakkan penyapu dan masuk ke rumah. Semasa sarapan aku mengajak Dr. Razman untuk melawat kebun buah milik
grandpa. Aku kira sudah cukup maklumat yang aku ingin dapatkan mengenai
kehilangan Pak Cik Azam. Cukup sekadar aku tahu yang dia baik-baik sahaja. Saat
ini aku berada di kampung daddy untuk menghabiskan cuti semester aku dan
melepaskan semua tekanan yang ada.
Selama seminggu aku menghabiskan masa bersama Dr Razman. Banyak
tempat yang kami pergi sekitar kampung halaman daddy. Perkampungan nelayan,
perusahaan tembikar tradisional, pembuatan keris, melihat kelas persilatan di
sebelah malam, menyertai usrah di surau kampung dan berbagai lagi membuatkan
aku mahu terus tinggal di sini. Kampung halaman daddy bagai DESA PERMAI NAN
INDAH buatku!
Bab 7 : Hubungan Semakin Rapat
Cuti semester yang baru sahaja berlalu begitu memberikan aku ruang
yang cukup bagi aku untuk melepaskan tekanan selepas apa yang berlaku
kebelakangan ini. Melawat kampung halaman daddy bagai melahirkan kembali aku ke
dunia dan menjadikan aku orang yang baru. Aku rasa lebih tenang dan berseedia
untuk menghadapi masalah mendatang. Mengetahui Pak Cik Azam baik-baik sahaja
benar-benar membuatkan aku lega dan tidak begitu risau lagi. Walaupun satu-satu
cara untuk aku berhubung dengan Pak Cik Azam adalah dengan mendail no yang
belum diaktifkan sehingga tiba masanya, sekurang-kurangnya ada juga maklumat
dan faedah yang aku perolehi dari kampung halaman daddy. Kampung halaman daddy
aku tinggalkan, kolej pula aku tuju.
Hari ini hari permulaan pengajian di kolej selepas seminggu
bercuti. Seperti biasa, banyak perkara yang ingin dikongsikan oleh rakan kolej
aku tentang cuti semester yang baru berlalu. Rata-rata datang ke kolej hari ini
dengan semangat yang baru untuk meneruskan pengajian. masing-masing. Suasana
riang pada hari pertama selepas cuti semestinya mewarnai setiap kolej hari ini.
Walaupun ada yang aku perhatikan pulang ke kolej dengan balutan di tangan,
mungkin cedara ketika bercuti, aku dapat rasakan hari ini permulaan yang baik
bagi aku dan rakan-rakan yang lain. Selepas kehilangan Pak Cik Azam, aku
bersendirian lagi di rumah.Memulakan hari dengan mandi, solat subuh dan sarapan
menjadi rutin yang biasa. Apa yang lain pagi ini aku menerima panggilan dari Dr
Razman. "Hi, U dah bangun ke? Biasa seminggu ni I bangun je nampak muka U.
Hari ni rasa lain la." "Hi Dr. Saya dah bangun da. Nak buat macam
mana cuti dah habiskan kenalah uruskan urusan masing-masing". Aku melayan
panggilan Dr Razman agak panjang pagi ini. Dr Razman turut mengajak aku keluar
makan malam ini. Mungkin seminggu menghabiskan masa bersama Dr Razman
membuatkan aku lebih selesa dan tidak menolak pelawaannya itu.
Aku tiba di kolej agak awal hari ini. Biarpun kuliah bermula jam 10
pagi, aku lebih selesa duduk di library berbanding sendirian di rumah sementara
menunggu kuliah. Mungkin baca surat
khabar di pagi hari satu permulaan yang baik di hari yang baik ini. Aku
berjalan menuju ruangan surat khabar. Tiada siapa di situ. Maklumlah masih
pagi. Aku mengambil senaskah surat khabar dari rak. Tiba-tiba aku terasa ada
sesuatu yang menarik naskah akhbar yang aku sedang ambil. Gadis cliche. Dia
juga ingin membaca akhbar yang aku sedang pegang. Kami tidak berkata apa-apa
buat seketika. Ada sesuatu tentang wajah gadis cliche yang mebuatkan aku
terpaku sebentar. Gads cliche kelihatan lebih ayu daripada biasa. Seperti
perempuan Melayu terakhir. Aku tidak pernah bertentangan wajah sedekat ini
dengan gadis cliche. Gadis cliche juga memandang tepat ke wajah aku. Buat kali
pertama tiada apa yang berada di minda aku selain wajah gadis cliche. Lamunan
aku tersentak apabila gadis cliche tiba-tiba berkata sesuatu " Eh,awak
saya dapat surat khabar ni dulu. Lepaslah!" Aku masih mengelamun seketika.
"Eh awak dengar tak ni?" Kali ini suaranya agak perlahan diringi
dengan ketawa kecil. "Dengar. I dengar." Aku sedikit mengelabah
menjawab pertanyaan gadis cliche. " Baru cuti seminggu dah mamai. Kalau
sebulan tak tahu la apa jadi"Gadis cliche merampas akhbar dari tangan aku
dan berlalu pergi. Aku masih di situ memerhatikan gadis cliche berjalan pergi.
Apakah yang baru berlaku tadi. Tiba-tiba wajah aku terasa hangat. Dengan segera
aku meninggalkan library. Aku tidak pasti ke mana aku ingin tuju tapi yang
pasti bukan di sini.
Langkah aku laju. Peluh mula mengalir. Aku terus berjalan. Aku
ditegur dari belakang. Izman memanggil aku dengan raut wajah yang riang. Aku
pula? "Hi, bro. Amacam cuti? Honeymoon dengan Dr Razman nampak. Eh apasal
muka ko merah-merah ni? Ni peluh kat muka? Kau kenapa bro?" Izman tak henti-henti bertanyakan soalan. Aku
menjawab ringkas. "Aku okay. Jom r aku ajak kau pergi minum. Haus ni"
Sengaja aku mengelak dari soalan Izman. Dengan apa yang baru berlaku aku rasa
segelas air tebu diperlukan untuk menenangkan fikiran aku. Izman mengekori aku
dari belakang dengan penuh kehairanan.
Di kafe aku masih teringatkan apa yang berlaku di library tadi. Air
minuman air teguk dengan laju. Izman cuma memerhatikan tingkah laku aku. Aku
tidak mahu kejadian tadi memenuhi minda aku lagi. "Cam ne cuti kau Izman?
Seminggu balik kampung takkan ada apa-apa nak cerita dengan aku?" Aku
memulakan perbualan dengan Izman. "Biase la. Balik kampung sekali sekala.
Tolong mak bapak kat kebun. Buat kerja rumah sikit. Masa lapang aku lepak ngan
kawan-kawan lama. Tak pun tidur." Izman meringkas aktiviti cutinya dalam
satu lafaz. "Kau pulak buat apa ngan Dr Razman tu? Honeymoon?" Izman
melontarkan pertanyaan itu sekali lagi. "Kalau honeymoon pun kenapa? U
cemburu ke?" Dr Razman tiba-tiba mencelah. Entah muncul dari mana.
"Eh, Dr tak perasan Dr ada kat sini. Duduk la sekali." Izman cuba
menutup silapnya kerana cakap bukan-bukan mengenai Dr Razman. Dr Razman mengambil
tempat sambil menghulurkan aku segelas air. Dia seperti tahu air minuman aku
baru sahaja habis dan tidak cukup. "Terima kasih, Dr." Aku menerima
minuman itu dengan senyuman. "Aku pergi lawat kampung my dad je. Dr Razman
teman aku je. Kau jangan pikir bukan-bukan pulak." Aku menjawab soalan
Izman sebaik sahaja Dr Razman duduk. "U all ni tak da kelas ke? Lapang je
nampak?"Dr Razman bertanya sambil meneguk minumannya. "Ada Dr. pukul
10 nanti. Saja lepak-lepak kejap lama tak jumpa Izman ni." Aku makin
selesa berbual dengan Dr Razman. "Lepak-lepak juga, malam ini jangan lupa
ya, Kamal. Kalau nak ajak Izman pun boleh." Dr Razman mengingatkan tentang
program kami malam nanti. "Korang nak pergi mana ni?" Izman akhirnya
mencelah selepas diam seketika. " Aku nak pergi makan-makan je pastu
terpulang la Dr Razman ni nak main boling ke karok ke. Aku ikut je. Sebagai
terima kasih dia teman aku seminggu cuti aritu." Aku menerangkan program
malam ini kepada Izman. " Macam kacau korang dating la pulak kan?"
Izman tidak habis-habis mengusik aku. "Izman!" Nada suara aku agak
keras. "Okay2. Aku ikut."
Izman seperti dipaksa setuju untuk keluar bersama aku dan Dr
Razman. Sekurang-kurangnya aku tidaklah janggal. Apa yang lebih baik berbanding
keluar dengan rakan karib ngan lecturer kolej yang aku paling rapat sekali.
Perbualan kami yang kadang kala diselangi ketawa berakhir apabila aku harus
masuk ke kuliah.
Setelah kuliah tamat. Seperti biasa aku akan pergi ke restoren
pula. Kali ini aku tiba di restoren lebih awal berbanding gadis cliche. Gadis
cliche tiba di restoren kira-kira setengah jam aku berada di sana dalam keadaan
kelam kabut. Gadis cliche sedar dia terlewat dan segera memohon maaf kepada Kak
Yati. Aku cuma memerhatikan tingkah lakunya. Secara jujur di dalam hati ini aku
masih segan dengan apa yang berlaku pagi tadi tetapi aku gagahi juga diri ini
untuk bertemu dengannya di restoren. Selepas dia mengambil pesanan beberapa
pelanggan, akhirnya dia datang ke meja aku. "Hari-hari datang sini. Sedap
ke air yang saya buat?" Kata-katanya membuatkan aku tersenyum. "Okay2
je la." Aku membalas ringkas. Tanpa aku sedari wajahku terasa hangat
seperti pagi tadi. " Awak demam ke? Muka awak merah je dari pagi
tadi?" Dalam sekelip mata tangan gadis cliche menyentuh dahiku. "Eh
U. Tak manis la orang nampak." Aku tidak mahu gadis cliche terus menyentuh
dahiku walaupun hakikatnya aku rasa dimanjai tetapi batas tetap batas.
"Saya nak check je. Bukan apa. Ke awak malu? Air tebu macam biasa
kan?" Gadis cliche tersenyum dan meninggalkan meja aku. Oh Tuhan! Apakah
perasaan yang ku rasa saat ini.
Gadis cliche kembali ke meja aku. "Air tebu. Air suam. Panadol
dua biji." Gadis cliche meletakkan air minuman di meja aku. "Eh U, I
tak demam la." Walaupun aku rasa badan semakin hangat, aku tidak mahu makan
panadol yang diberikan. Aku malu mahu mengaku yang hakikatnya aku tidak pandai
menelan pil. "Awak ni degil kan. Sebelum makin panas badan awak baik awak
ikut je cakap saya ni ke awak tak reti telan pil?" Argh. Gadis cliche
meneka dengan sangat tepat. Aku menganggguk malu. Gadis cliche kembali ke dapur
mencuci tangannya dan kembali dengan sudu. Panadol tadi diletakkan di atas sudu
bersama sedikit air. Gadis cliche menghancurkan pil tadi dengan jarinya.
"Buka mulut." Gadis cliche cuba menyuapkan panadol itu. "U, I
segan. Orang tengok ni." Aku cuba menolak dan mahu mengambil sudu dari
tangannya. " Lagi awak tak nak makan ubat saya ni, lagi lama saya berdiri
dekat sini." Gadis cliche tidak memberikan pilihan kepada aku. Aku menurut
sahaja kemahuannya. "Kan senang. Macam budak-budak kecik je la.
Comel." Gadis cliche berjaya membuatkan aku malu di khalayak ramai. Kali
ini berbeza dengan sebelumnya. Jika yang sebelum ini aku rasa marah kepadanya,
kali ini tidak tergambar perasaan aku. "Dah awak pergi balik la. Tak yah
lepak sini lama-lama. Awak kan tak sihat ni." Gadis cliche begitu
mengambil berat tentangku. Meskipun agak aneh tetapi aku sukakannya. Aku pun
mengambil nasihat gadis cliche untuk balik dan berehat. Apatah lagi malam ini
aku sudah janji dengan Dr Razman dan Izman untuk keluar bersama. Takkanlah aku
mahu menghampakan Dr Razman buat kali kedua.
Rehat yang cukup di waktu petang membuat aku segar di waktu malam.
Kali ini Dr Razman yang menjemput aku dan Izman di rumah. Malam itu kami
bertiga keluar makan bersama. Kali ini bukan di restoren milikku tetapi di
suatu tempat yang begitu menarik. Aku pikir Dr Razman membawa kami ke kedai
makan lain tetapi rupa-rupanya dia sudah menyediakan set bbq malam itu. Kami
berhenti di suatu kawasan bukit yang aku dan Izman selalu datang suatu ketika
dahulu. Dari sini seluruh kota kelihatan. Ditemani cahaya unggun api dan bau
ayam panggang yang sungguh menyelerakan membuatkan aku rasa gembira dan teruja
sekali. Hubungan semakin rapat antara aku, gadis cliche, Dr Razman dan Izman.
Menjadi kelaziman para pelajar kolej untuk terlibat dalam aktiviti
berpersatuan apabila masuk ke kolej. Ada yang berpendapat masuk ke kolej adalah
semata-mata untuk belajar dan memperoleh diploma dan ijazah sahaja. Bagi aku
pendapat sebegitu memang tidak sepatutnya berada di minda seseorang lagi-lagi
pelajar kolej. Aktiviti berpersatuan membantu aku untuk menyibukkan diri dengan
perkara yang mendatangkan faedah selain memperbanyakkan kenalan dan belajar cara
untuk berorganisasi. Sejak masuk ke kolej banyak persatuan yang tidak ada
kaitan dengan kursus yang aku ambil iaitu pengurusan perniagaan. Aku
berkecimpung dalam dalam kelab seni lakon, kelab fotografi dan yang paling aku
gemari kelab pelancongan. Aku kira bila sebut fasal kelab pelancongan pasti
ramai yang teruja membayangkan pergi bercuti di tempat-tempat menarik di
samping kawan-kawan dan insan tersayang. Inilah masanya untuk berjauhan
seketika dengan tekanan di kolej. Walaupun aku hanya sebagai ahli biasa dalam
kelab ini, aku cuba memberikan komitmen yang begitu baik untuk menjayakan
aktiviti yang dijalankan..
Sejak beberapa tahun yang lalu, Earth Hour telah dilaksanakan dan
mendapat sambutan yang begitu baik dari seluruh penduduk bumi. Aku juga tidak terkecuali.
Hujung minggu. ini kolej aku juga akan mengadakan sambutan Earth Hour bagi
menyatakan sokongan. Peluang bagi menjadi runner program ini tidak aku
lepaskan.
Meskipun Earth Hour biasanya disambut dengan memadamkan lampu
selama satu jam pada waktu malam, tetapi di kolej aku sambutannya sedikit
berbeza. Masih mengekalkan konsep memadamkan lampu dan ditambah dengan aktiviti
menarik. Tidaklah hanya duduk bergelap menunggu saat lampu dibuka semula.
Persiapan harus dilakukan bagi memastikan aktiviti ini berjalan lancar. Hari
ini mensyuarat persediaan dan pembahagian tugasan dan kumpulan akan diadakan.
Seperti biasa aku selesa bekerja dengan Izman kerana dia rakan aku yang paling
rapat dan mudah untuk aku bekerjasama dengannya. Pengarah program memulakan mesyuarat
selepas semua runner hadir. Ramai juga yang menawarkan diri sebagai runner. Aku
dapat rasakan Earth Hour kali ini akan menjadi sambutan yang paling meriah..
Aku dan Izman mendengar taklimat yang diberikan oleh pengarah program. Pengarah
program begitu teliti membentangkan perjalanan aktiviti dan pembahagian tugas.
Izman rajin mencatat setiap apa yang dituturkan oleh pengarah program.
Maklumlah Izman bimbang tersilap melaksanakan tugas. Kini tiba giliran kumpulan
aku dan Izman diberikan tugas. Kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
makanan dan santapan ringan pada malam itu. Malangnya kumpulan kami kekurangan
tenaga runner. Kami diminta untuk mencari seorang lagi runner untuk
melengkapkan kumpulan kami. Apabila pengarah program meminta kami untuk mencari
ahli perempuan, dalam minda aku hanya terbayang dia. Gadis Cliche. Ini peluang
baik bagi aku lebih mengenali gadis cliche. Mesyuarat tamat selepas semua faham
tentang tugasan masing-masing.
Selepas mesyuarat aku bergegas ke bilik kuliah. Akku terlalu teruja
dengan program hujung minggu ini sehingga terlupa aku ada kuliah yang perlu
dihadiri. Aku tiba lewat di bilik kuliah. Lecturer sudah memulakan kuliah. Aku
masuk dengan senyap dari belakang dan segara mengambil tempat duduk. Nasib
menyebelahi aku, lecturer tidak perasan aku hadir lewat. Dalam kuliah aku asyik
memikirkan bagaimanakah keadaannya aku dan gadis cliche akan bekerjasama untuk
program nanti. Sebaik sahaja habis kuliah aku mencari gadis cliche untuk
mengajaknya menyertai kumpulan aku. Sebelum sempat aku menelefon gadis cliche,
dia sudah muncul di hadapan aku. "Panjang umur. I baru nak cari U."
Aku sedikit terkejut melihat gadis cliche muncul entah dari mana. "Izman
yang cakap awak cari saya. Kenapa? Rindu ke?" Gadis cliche tersenyum sambil
meninggikan keningnya. "Eh, merepek la U ni. I nak U team up dengan I
untuk program hujung minggu ni. Okay?". Aku sungguh berharap gadis cliche
mengatakan ya. Umpama mengajak gadis untuk keluar makan malam. "Erm, saya
buzy la awak. Saya banyak kerja." Gadis cliche menolak pelawaan aku.
"Oh ye? Kalau macam tu tak pelah." Agak jelas raut muka kekecewaan
aku. Tiba-tiba gadis cliche tertawa kecil. "Tak delah awak. Saya main-main
je. Saya jumpa awak ni pun sbb nak volunteer la. Saya suka bab makan-makan ni."
Aku terpedaya dengan lakonan gadis cliche. "U ni suka main-mainkan I. Suka
la tengok I susah hatikan?" Entah mengapa tiba-tiba aku berkata begitu.
"Alah, merajuk ke? Macam perempuan la." Gadis cliche cuba memujuk
aku. Manja. "Macam tu, nanti I call U okay?" aku mengubah nada suara.
"Okay. Saya tunggu awak call." Gadis cliche berlalu pergi. Entah kenapa
aku tiba-tiba tersenyum.
Malam ini akan berlangsung aktiviti Earth Hour yang dirancang. Seperti
yang dirancang, ,mala ini hadirin semua memakai baju ala zaman dahulu. Aku
memilih untuk memakai baju melayu tradisional. Semua AJK bekerja keras bagi
memastikan semuanya lancar. Aku, Izman dan gadis cliché turut sama.
Alhamdulilah, makanan untuk malam ini telah tersedia. Pandai juga gadis cliché
mnghias meja dan susun atur makanan. “Senyum je dari tadi? Dah siap kerja ke?” Izman menyapa aku dari
belakang. “Bila ko sampai? Dah siap dah. Pandai tak aku susun? Hehe” Aku cuba
berlagak pandai depan Izman. “Alah, bro! Bukan aku tak tau dia yang susun kan?”
Izman membalas. Aku hanya tersenyum.
“Nak berlagak sikit pun tak boleh. Haha!” “Eh aku tengok ko ngan dia dah
semakin rapat. Dia dah tak pukul-pukul kau cam dulu ke?” Izman saja mengusik.
“Tak da apa-apalah. Haha!” Aku balas ringkas.
“Ko ni dari tadi gelak-gelak je kan.” Izman terus mengusik aku. “Eh,
tengok tu, dah sampai masa. Diorang nak tutup lampu dah.” Aku menarik perhatian
Izman ke pentas. Suasana semakin meriah saat semua mula menghitung masa untuk
menikmati kegelapan malam.
“3! 2! 1!”Sorakan ramai dan kini semua lampu di seluruh kampus
dipadamkan. Masing-masing memegang lilin di tangan. Cahaya lilin yang menyinari
malam sungguh indah. Seperti zaman klasik. Persembahan di atas pentas pun
bermula. Alatan muzik tradisional dan moden yang tidak menggunakan elektrik
menyerikan lagi suasana. Dari masa ke masa, semakin banyak lilin dan pelita
yang dipasang. Aku mencari gadis cliché di sebalik cahaya lilin dan pelita.
“Tak datang ke dia malam ni”. Aku merungut sendirian. “Kamal, jom pergi check
malanan tu.” Izman mengingatkan kembali yang kami ada tugas malam ini. Aku
stand by di bahagian minuman. Izman pula bersama AJK lain di bahagian makanan.
Aku mengeluarkan satu per satu cawan dan susun di atas meja. Tiba-tiba ada
seseorang yang menghulurkan cawan kepada aku dari belakang. “Awak. Air ni tak
sedap la. Reti ke tidak buat air?”. Aku menoleh kebelakang. Seorang gadis yang
berpakaian baju kurung lama dengan kain batik di kepala sambil menutup wajah.
“Awak sampai jugak! Kesian saya sorang- sorang kat tempat air ni.” Aku tahu si sebalik kain batik itu
adalah gadis cliché. “Eh, awak silap orang ni. Saya bukan AJK.” Gadis itu
membalas. “Oh, sorry awak!” Muka aku terasa hangat. Malu. Tapi aku yakin dengan
keadaan gelap ini tidak ada yang perasan. Gadis itu berlalu pergi. Aku masih
lagi menanti kehadiran gadis cliché.
Hari semakin lewat dan upacara pembukaan lampu juga bakal
berlangsung. Kelibat gadis cliché masih tidak kelihatan. Aku masih menantikan
kehadirannya. Izman datang menyapa aku. “Amacam tauke air malam ni? Banyak
untung?” “Haha. Mane ade untung kalau percuma.”Aku membalas sambil menghulurkan
secawan air kepada Izman. “Dia tak datanng la tu. Dah nak abis dah.” Izman
seperti tahu aku sedang menantikan kehadiran gadis cliché. Mungkin betul dia
tak datang malam ini tapi mengapa? Suasana kembali meriah di saat lampu kembali
dinyalakan. Terang. Mataku sedikit silau. Mungkin kerana dah terbiasa dengan
suasana gelap seketika. Namun gadis cliché masih tidak kelihatan di mana-mana. Walaubagaimanapun,
malam ini akan menjadi kenangan seperti mana kenangan zaman klasik yang cuba
dihidupkan kembali pada malam Earth Hour ini.
Bab 9:
No comments:
Post a Comment