DUDA
BERHIAS
Tersebutlah
al-kisah seorang duda di Kampung Kunang-kunang. Lain daripada duda-duda lain,
duda ini usianya sangat muda. Baru berumur 23 tahun. Alangkah begitu muda sudah
mendapat gelaran duda. Nasib badan jodohnya bersama bekas isteri tidak panjang.
Duda ini bernama Ahmad Fakrul bin Megat.Orang kampung memanggilnya Atan. Kenapa
Atan? Hanya orang-orang Kampung Kunang-Kunang saja yang tahu. Bekas isterinya pula Wani Binti Zahar.
Pekerjaannya polis bantuan. Fakrul tinggal bersama dengan kedua orang tuanya
dan adik perempuannya yang masih bersekolah di tingkatan 5.
Ahmad Fakrul ini
kerjanya membantu Pak Bilal di kedai runcit di tengah-tengah kampung.
**********************************************************************************
Lenggang lengguknya memang
menjadi bualan ramai. Dari jauh pun, bunyi langkah kakinya tetap dinanti. Walaupun
bertudung labuh dan berpakaian ala muslimah, namun rupa parasnya tetap menjadi
pujaan jejaka-jejaka kampung. Itu lah Faatihah. Anak Pak Bilal kampung Kunang-kunang.
Faatihah ini ada hobinya iaitu menjahit. Ibu Fakrul, Mak Linbau juga begitu. Satu
lagi nama yang unik. Nama sebenar ibu Fakrul, Fazlin Binti Fazli. Ada kisah
yang menjadikan panggilan Linbau itu melekat pada dirinya sejakya dia anak dara
lagi di kampung itu. Berbalik kepada hobi mereka. Faatihah suka menjahit
sulaman-sulaman pada baju kurung. Manakala Mak Linbau menjahit baju kurung.
Pada suatu hari di rumah Fakrul
tinggal. Pada pagi yang segar selepas turunnya hujan di malam hari. Embun juga
belum sempat kering.
Mak Linbau :
Atan! Oh Atan! Lihat di pintu siapa yang datang pagi-pagi ini.
Fakrul : Yelah.
Mak! Oh Mak! (Fakrul memimik ibunya-bergurau)
Mak Linbau : Ada
sahaja anak bujang aku ini. Lekas lihat di pintu siapa yang datang.
Fakrul : Baik.
Bonda. Bukan bunjang lagi mak. Duda. Ayah pun tak da gelaran itu. (Fakrul
bergurau lagi)
Di pintu. Fakrul keluar dan
mengeliat seolah-olah baru bangun dari tidur tanpa menyangka siapa yang datang.
Fakrul: Siapa
saja yang menganggu pagi-pagi buta ini?!
Faatihah : Ni
Teha la. Mak Linbau nya ada?
Fakrul : (Terkejut) Ada. Nanti Atan
panggilkan. Jemput la masuk. (Fakrul masuk ke dalam mendapatkan ibunya yang sedang
menghiris bawang)
(Faatihah dengan
keayuannya menanggalkan kasut dan naik tangga untuk masuk ke rumah)
Mak Linbau :
Siapa yang datang? Tak jemput masuk?
Fakrul : Menantu
mak la. Ada kat depan tu.
Mak Lindau: Tadi
baru saja kau kata kau duda. Baru berapa minit aku sudah dapat menantu? Siapa?
Fakrul : Teha,
mak.
Mak Linbau: Itu
anak dara majikan kau, Pak Bilal. Jangan dibuat main. Sambungkan kerja mak ni.
Mak nak jumpa menantu mak tu. ( Mak Linbau turut bergurau dengan anaknya. Dia
sebenarnya menyimpan hasrat menjadikan Faatihah menantunya sehinggalah
peristiwa itu)
Di Ruang tamu.
Mak Linbau :
Mana pulak cermin mata aku ni. Rabun pulak tak nampak siapa yang datang.
Faatihah :
(Mengambil cermin mata di atas televisyen dan menyerahkan kepada Mak Linbau).
Ni dia, Mak Linbau.
Mak Linbau :
Terima kasih. Baik menantu aku ini. (Mak
Linbau bergurau dengan Faatihah)
Faatihah :
Apalah Mak Linbau ni. Bergurau saja pagi-pagi ni.
Fakrul: (Muncul
dari dapur membawakan minuman) Kalau betul apa salah nya.
Mak Linbau :
Rajin pulak kau buat airnya, Atan. Selalu mak minta kau buat ada saja alasannya.
Fakrul: Hurm
yelah. Bonda. (Fakrul berlalu pergi masuk ke dapur)
Faatihah :
(Tersenyum kecil melihat gelagat dua beranak itu mengusiknya). Oh ya. Ini baju
kurung yang Mak Linbau minta saya sulamkan.
Mak Linbau : Cantik sulamannya seperti
orangnya juga.
Faatihah : Mak
Linbau ini ada-ada saja.
Mereka berbual
seketika. Hal orang perempuan. Tak lama seketika Faatihah beransur pulang. Mak
Linbau masuk ke dalam dapur menyambung rutin hariannya. Masak Gulai Asam Pedas.
Mak Linbau :
Atan! Oh Atan! Nanti petang kau ke kedai jangan lupa bawa balik sekali batu
lesong Pak Bilal kau pinjam hari tu.
Fakrul : Bila
pulak Pak Bilal pinjam batu lesong mak. Buat apa?
Mak Linbau :
Itu.. anu… isterinya nak tumbuk inai. Mengandam anak Pak Leman kampung sebelah
kan anaknya baru kahwin kelmarin. Batu lesong dia hilang dicuri orang.
Fakrul : Haish.
Batu lesong pun kene curi.
Mak Linbau :
Zaman sekarang bukan batu lesong saja yang dicuri. Is.. (Mak Linbau tidak
sempat menghabiskan ayatnya)
Fakrul : Sudah
lah mak. Cerita lama jangan diungkit lagi. Atan nak siap. Nak pergi kerja. (Air
muka Fakrul berubah. Barangkali tidak suka ibunya mengungkit hal yang lama)
No comments:
Post a Comment