Thursday, 3 January 2013
Biarkan Aku Jatuh Cinta Bab 8: Earth Hour
Menjadi kelaziman para pelajar kolej untuk terlibat dalam aktiviti berpersatuan apabila masuk ke kolej. Ada yang berpendapat masuk ke kolej adalah semata-mata untuk belajar dan memperoleh diploma dan ijazah sahaja. Bagi aku pendapat sebegitu memang tidak sepatutnya berada di minda seseorang lagi-lagi pelajar kolej. Aktiviti berpersatuan membantu aku untuk menyibukkan diri dengan perkara yang mendatangkan faedah selain memperbanyakkan kenalan dan belajar cara untuk berorganisasi. Sejak masuk ke kolej banyak persatuan yang tidak ada kaitan dengan kursus yang aku ambil iaitu pengurusan perniagaan. Aku berkecimpung dalam dalam kelab seni lakon, kelab fotografi dan yang paling aku gemari kelab pelancongan. Aku kira bila sebut fasal kelab pelancongan pasti ramai yang teruja membayangkan pergi bercuti di tempat-tempat menarik
Subscribe to:
Posts (Atom)