Saturday, 15 June 2013

Duda Berhias! Bab 3: Kasih Bertaut Mata Berair

Pagi ini, Kampung Kunang-kunang bakal menyambut kepulangan yang dinanti-nantikan oleh orang kampung. Abu Naim Bin Leman bakal tiba. Di rumah Fakrul pula, seperti biasa pada hari minggu semua orang ada di rumah. Fakrul bangun awal hari ini membantu ibu menyidai pakaian di laman rumah. Tiba-tiba ada teksi yang berhenti di hadapan rumahnya. Keluar seorang pemuda yang segak bergaya dengan beberapa buah beg pakaian.

Wednesday, 13 February 2013

Duda Berhias! Bab 2 : Pulang Sireh ke Ganggang




Di Kedai Runcit Pak Bilal
Fakrul tiba di Kedai Runcit Pak Bilal untuk menggantikan Pak Bilal menjaga kedai sehinggalah ke malam hari. Sudah lama Fakrul bekerja dengan Pak Bilal. Sejak Fakrul tamat sekolah lagi.
Pak Bilal : Hah! Sampai pun kau. Aku ingat tak datang tadi.
Fakrul : Maaf, Pak Bilal. Lambat sikit.
Pak Bilal : Tak apalah. Nasib baik kau ada tolong aku kat kedai ni. Kau tolong aku parutkan kelapa sehelai. Aku nak bawa balik nih.

Duda Berhias! Bab 1 - Al-Kisah


DUDA BERHIAS
Tersebutlah al-kisah seorang duda di Kampung Kunang-kunang. Lain daripada duda-duda lain, duda ini usianya sangat muda. Baru berumur 23 tahun. Alangkah begitu muda sudah mendapat gelaran duda. Nasib badan jodohnya bersama bekas isteri tidak panjang. Duda ini bernama Ahmad Fakrul bin Megat.Orang kampung memanggilnya Atan. Kenapa Atan? Hanya orang-orang Kampung Kunang-Kunang saja yang tahu.  Bekas isterinya pula Wani Binti Zahar. Pekerjaannya polis bantuan. Fakrul tinggal bersama dengan kedua orang tuanya dan adik perempuannya yang masih bersekolah di tingkatan 5.

Thursday, 3 January 2013

Darah - Bab 1 : Khabar Angin



Biarkan Aku Jatuh Cinta Bab 8: Earth Hour

Menjadi kelaziman para pelajar kolej untuk terlibat dalam aktiviti berpersatuan apabila masuk ke kolej. Ada yang berpendapat masuk ke kolej adalah semata-mata untuk belajar dan memperoleh diploma dan ijazah sahaja. Bagi aku pendapat sebegitu memang tidak sepatutnya berada di minda seseorang lagi-lagi pelajar kolej. Aktiviti berpersatuan membantu aku untuk menyibukkan diri dengan perkara yang mendatangkan faedah selain memperbanyakkan kenalan dan belajar cara untuk berorganisasi. Sejak masuk ke kolej banyak persatuan yang tidak ada kaitan dengan kursus yang aku ambil iaitu pengurusan perniagaan. Aku berkecimpung dalam dalam kelab seni lakon, kelab fotografi dan yang paling aku gemari kelab pelancongan. Aku kira bila sebut fasal kelab pelancongan pasti ramai yang teruja membayangkan pergi bercuti di tempat-tempat menarik